Sebahagian daripada pengurniaan darjah kebesaran di Malaysia tahun 2025 | |
Tarikh | 20 Jun 2025 |
---|---|
Lokasi | Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu, Sabah |
Penyebab | Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Istiadat pengurniaan Darjah kebesaran, bintang dan pingat Sabah sempena hari keputeraan ke-74 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Musa Aman telah diadakan di Dewan Istiadat, Istana Seri Kinabalu, di Kota Kinabalu pada 20 Jun 2025.[1][2]
Berikut ialah senarai penerima darjah kebesaran negeri Sabah 2025.
Senarai penerima
Seri Panglima Darjah Kinabalu
Penerima darjah S.P.D.K. ini membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Berikut ialah penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Seri Panglima Ahmad Fuad Md Ali - Ahli Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri Malaysia
- Senator Datuk Seri Panglima Saifuddin Nasution Ismail - Menteri Dalam Negeri[3]
- Datuk Seri Panglima Jahid @ Noordin Jahim - Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah
- Datuk Seri Panglima Elbert Lim Yu Ming - Pengerusi Usahawan Borneo Greenwood Sdn. Bhd.
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
Penerima darjah P.G.D.K. ini membawa gelaran Datuk. Seramai 78 induvidu menerima darjah P.G.D.K pada tahun 2025. Berikut ialah sebahagian penerima darjah kebesaran ini:
- Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
- Senator Datuk Dr. Fuziah Salleh - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
- Datuk Myrna Jimenez - Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah
- Datuk Jannie Lasimbang - ADUN Kapayan
- Senator Datuk Anna Bell - Ahli Dewan Negara
- Datuk Suhaili Abdul Rahman - Ahli Parlimen Labuan
- SAC Datuk Abdul Rahman Ishak - Ketua Cawangan Khas Sabah
- SAC Datuk Abdul Fuad Abdul Malek - Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Sabah
- Datuk Dania Daria Amit - Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)
- Brig Jeneral Datuk Jagjit Singh Indarsingh - Panglima 13 Briged Sabah
- Datuk Alexander Siew How Wai - Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
- Datuk Dr Maklarin Lakim - Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS)
- Datuk Dr Maria Suleiman - Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)
- Datuk Wong Nyuk Leong @ Lifred Taliban - Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)
- Datuk Lahirul Latigu - Pengerusi AMANAH Sabah
- Datuk Emin Madi - Wartawan Veteran and Ketua Biro Sabah Bernama[4]
- Datuk Mohd Tamin Zainal - ADUN Pantai Manis
- Datuk Chong Pit Fah - Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP)
- Datuk Christoper Mandut - Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PSB)
- Datuk Ir. Mohd Yaakob Jaafar - Ketua Eksekutif Sabah Electricity (SESB)
- Datuk Joehari Ayub Aman - President Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)[5]
Darjah, pingat dan bintang lain
Berikut ialah bilangan penerima darjah, pingat dan bintang yang tidak mambawa gelaran:
- 100 induvidu penerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.)
- 181 induvidu penerima Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.)
- 248 induvidu penerima Bintang Setia Kinabalu (B.S.K.)
- 285 induvidu penerima Bintang Kinabalu (B.K.)
- 109 induvidu penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T.)
- 10 induvidu penerima Jaksa Pendamai (J.P.)
Rujukan
- ^ "Ahmad Fuad ketuai 1,015 penerima pingat, darjah kebesaran Sabah". Berita Harian. 20 Jun 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ "Lebih 2,800 peserta sertai perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran TYT Sabah". Sabah Media. 21 Jun 2025. Dicapai pada 21 Jun 2025.
- ^ "Menteri dalam negeri antara 4 terima darjah kebesaran tertinggi Sabah". Free Malaysia Today. 20 Jun 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.
- ^ "PGDK Pengiktirafan Tertinggi Sabah Buat Diri dan BERNAMA - Emin Madi". Bernama. 22 Jun 2025. Dicapai pada 22 Jun 2025.
- ^ "1,015 honoured with Sabah awards". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris). 20 Jun 2025. Dicapai pada 20 Jun 2025.