![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Seshat | |||||
---|---|---|---|---|---|
![]() Seshat, digambarkan memakai kulit harimau bintang dengan lambangnya di atas kepala, mencatat tahun-tahun pemerintahan raja pada tetulang pelepah palma (hieroglif untuk "tahun").[1] | |||||
Nama dalam hieroglif |
| ||||
Simbol | Kulit harimau bintang, loh, bintang, kalam | ||||
Ibu bapa | Thoth dan Ma'at | ||||
Pasangan | Thoth |
Sebahagian daripada siri |
Agama Mesir Purba |
---|
![]() |
Portal Mesir Purba |
Seshat (Mesir Purba: 𓋇𓏏𓁐, rumi: sšꜣt, lit. 'Jurutulis Perempuan',[1] dengan pelbagai ejaan[Note 1]) merupakan dewi Mesir purba bagi penulisan, kebijaksanaan dan pengetahuan. Dia dilihat sebagai seorang jurutulis dan perakam catatan. Dia juga dianggap pencipta tulisan.[perlu rujukan] Dia dikenali sebagai dewi pengukuran, perakaunan, seni bina, sains, astronomi, matematik, geometri, sejarah dan ukur tanah. Dia dengan pelbagainya digambarkan sebagai pasangan, anak perempuan, atau rakan sejawat Thoth, yang juga dikaitkan dengan pengetahuan, astronomi, pengukuran dan penulisan.[2][3]
Sejarah
Seshat disebut sekurang-kurangnya sejak Dinasti Pertama. Kahin-kahin dan imejnya dirujuk dalam Babad Diraja Kerajaan Lama, semasa pemerintahan Den.[4] Dia digambarkan seawal Dinasti Kedua, melakukan upacara "meregangkan tali" dengan Khasekhemwy.[1] Sifat purba simbolnya, seperti dahan palma bergerigi yang wujud sebelum penulisan, mencadangkan bahawa dia mungkin berasal lebih awal daripada Dinasti Pertama.[5] Selain itu, contoh-contoh lambangnya, atau simbol-simbol yang nampaknya berkaitan, telah ditemui sejak alaf ke-3 SM dari Zaman Protodinasti.[6]
Bermula pada Kerajaan Pertengahan, nama Seshat ditulis sebagai Sefkhet-Abwy.[Note 2] Seshat dan Sefkhet-Abwy terus digambarkan sehingga sekurang-kurangnya Dinasti Ptolemaik.[7]
Ikonografi
Dalam seni Mesir purba, dia digambarkan sebagai seorang wanita dengan lambang pecah tujuh di atas kepala atau terkeluar daripada ikat kepalanya.[8] Lambang ini sumber nama lain Seshat, Sefkhet-Abwy,[Note 2] yang boleh diterjemahkan sebagai "bertanduk tujuh".[1][9] Dia sering digambarkan memakai kulit harimau bintang atau pakaian, kadang-kadang dengan jubah di bawah kulit itu.[7] Kulit harimau bintang ialah simbol kahin pengebumian, dengan corak pada kulit itu dianggap mewakili bintang, yang melambangkan keabadian, dan dikaitkan dengan langit malam.[perlu rujukan]
Biasanya, Seshat memegang tetulang palma bergerigi, simbol untuk "tahun" dalam hieroglif Mesir. Hujung batang pelepah itu sering digambarkan dengan berudu yang mewakili 100,000 di atas cincin shen, infiniti.[8][10] Seshat menakuk pelepah itu menandakan perakaman peredaran masa, terutamanya jangka hayat raja.[11] Hieroglif yang mewakili apa-apa perayaan ditunjukkan tergantung daripada batang palma apabila Seshat mencatatkan acara-acara ini. Dia juga digambarkan memegang alat lain, seringnya tali bersimpul-simpul yang diregangkan untuk mengukur tanah dan binaan.[1]
Peranan
Seshat ialah pengukur dan jurutulis para dewa, dan membantu firaun dalam kedua-dua perbuatan ini. Kemahirannya diperlukan untuk mengukur tanah, untuk menetapkan semula sempadan selepas banjir tahunan. Kahin wanita yang merasmikan acara-acara ini dalam namanya juga mengawasi kakitangan lain yang melakukan tugas serupa dan dilatih dalam matematik serta ilmu-ilmu yang berkaitan. Dia juga bertanggungjawab untuk merakam ucapan firaun semasa upacara pertabalan.[perlu rujukan]
Seawal Kerajaan Lama, Seshat digambarkan mencatat barangan, rampasan, dan tawanan yang dibawa ke Mesir, terutamanya yang diperoleh dalam kempen tentera.[8] Dia juga ditunjukkan mengambil banci lembu.[12] Dari Kerajaan Pertengahan, dia digambarkan mencatat ufti asing yang diberikan kepada Mesir.[1]
Seshat berkait rapat dengan Thoth (Mesir purba: Ḏḥwtj), penghitung masa dan dewa penulisan, yang juga dipuja sebagai dewa kebijaksanaan. Kedua-duanya mempunyai beberapa fungsi yang sama dan Seshat dianggap sebagai saudari, isteri, atau anak perempuannya. Seshat mencipta penulisan dan Thoth mengajar penulisan kepada manusia.[perlu rujukan] Seshat juga hadir dalam konteks-konteks pengebumian, yang mana dengan Nephthys, dia memulihkan anggota-anggota si mati.[1]

Upacara "Meregangkan Tali"
Seshat memegang gelaran-gelaran yang berkaitan dengan pembinaan, seperti "Empuan Pembina",[13] kerana dia terlibat dalam merancang pembinaan dan perluasan tapak-tapak suci, seperti kuil.
Upacara "meregangkan tali", atau upacara pedj-sesh(r), adalah satu contoh.[14] Upacara ini berkenaan membuat pelan lantai kuil-kuil dan binaan-binaan penting lain. Ia membantu merancang dimensi dan menyelaraskan binaan dengan jasad-jasad langit atau geografi,[15] sambil menetapkan pelan tanah dan menentukan sudut-sudutnya.[13] Tali, tiang, dan tukul digunakan. Gambaran upacara ini biasanya menunjukkan Seshat dan si raja berhadapan, memegang peralatan ini dan "meregangkan" tali itu di antara mereka. Dewa Horus kadangkala digambarkan ada bersama mereka.[14]
Teks daripada Batu Palermo menunjukkan bahawa perayaan ini dilakukan sekurang-kurangnya sejak Dinasti Pertama, di mana melibatkan para kahin Seshat.[16][4] Gambaran ikonografik yang tertuanya berasal dari Dinasti Kedua, dengan Seshat dan Khasekhemwy melakukan upacara tersebut.[17]
Perayaan Sed
Menjelang Kerajaan Baru, dia dikaitkan dengan perayaan Sed, upacara yang disebut sejak Tempoh Dinasti Awal. Juga dipanggil Heb Sed, perayaan ini meraikan pemerintahan raja yang berterusan, biasanya selepas tiga puluh tahun memerintah.[18] Seshat, kadang-kadang bersama Thoth, mencatat jubli-jubli dan tahun pemerintahan raja pada tetulang palma yang ditakik atau daun pokok ished suci (atau tanjung persea, Mimusops laurifolia).[3][11] Seshat dan Thoth juga mencatat nama-nama dan sejarah raja-raja pada pokok ished suci.[19]
Penyembahan
Seshat dikaitkan rapat dengan pemerintahan raja dan upacara rasmi. Dia tidak disembah oleh orang ramai dan tidak mempunyai kultus atau kuil khusus. Walau bagaimanapun, peranannya dalam upacara "meregangkan tali" membuatnya terlibat dalam pembinaan setiap kuil.[1] Demikian juga, hubungannya dengan penulisan dan seni bina menjadikannya penaung jurutulis dan pembina.[7][16]
Seshat memegang pelbagai gelaran berkaitan penulisan dan perpustakaan, antaranya "Empuan Jurutulis"[3] dan "Empuan Buku,"[9] kerana para kahinnya mengawasi tempat di mana naskhah-naskhah ilmu dikumpulkan dan jampi disimpan. Tanggungjawab ini mengaitkan dia dengan Rumah Kehidupan, tempat jurutulis dilatih.[20] Heliopolis ialah lokasi tempat suci utamanya.[perlu rujukan]
Seorang putera Dinasti Keempat, Wep-em-nefret, dicatat sebagai seorang kahin Seshat (antara dewa lain) pada stele papak dari makamnya.[21]
Lambang
Lambang Seshat ialah hieroglif yang melambangkan dewi Seshat di Mesir purba.[22] Dalam seni, ia diletakkan di atas kepalanya atau sebagai sebahagian daripada hiasan kepalanya.
Tidak jelas apa yang dilambangkan oleh lambang ini. Ia dengan berbeza-beza dipanggil bunga, bintang, atau roset di bawah bulan sabit atau lengkung.[1] Selain itu, lambang ini mungkin mewakili alat yang serupa dengan groma Rom[15] atau kaedah mengenal pasti arah melalui penggunaan gnomon.[13] Ia biasanya mempunyai tujuh mata dan satu "pecahan" memanjang ke bawah.[5] Mata-mata lambang ini boleh digambarkan dengan pelbagai bentuk dan tahap keterperincian, tetapi ia mesti simetri.[13] Ia juga boleh digambarkan dengan cakera atau cincin di tengahnya.[23]
Lambang ini mempunyai dua variasi utama. Semasa Kerajaan Lama, lengkung atas digambarkan sebagai sempurna dengan dua bulu pelepah tegak di atas (Gardiner R21).[24] Menjelang Kerajaan Baru, lengkung itu dibahagikan kepada dua "tanduk" dengan mata yang menegak menggantikan bulu-bulu tadi (Gardiner R20).[22] Kedua-dua variasi digunakan bermula dari Kerajaan Baru.[7]

| |||||||||||||||
Variasi lambang Seshat dalam hieroglif Mesir | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Senarai tanda Gardiner: R21 dan R20 | |||||||||||||||
Batu Palermo yang terkenal dari abad ke-24 SM, sebahagian daripada stele Babad Diraja Kerajaan Lama, banyak menggunakan lambang Seshat. Ia muncul dua kali pada sisi "depan" (atau rekto), dalam tahun 34 dan 40 di bawah Den. Salah satu contoh ini disusun di bawah, lebih kurang berbunyi: "(Tahun:) Mencipta (imej) Seshat dan Mafdet." Ini merujuk kepada penciptaan imej sembahan dewi itu, seperti patung, sebagai peristiwa penting untuk tahun itu.[4][Note 3]
Lambang Seshat juga digunakan pada Batu Palermo untuk mewakili Seshu, dewa yang sama jawatannya dengan Seshat.[25][7]
|
Galeri
-
Seshat (ketiga dari kiri) ditunjukkan melakukan upacara "meregangkan tali" dengan Ramesses II (kedua dari kiri). Ukiran tenggelam di Kompleks Kuil Karnak.
-
Ptolemy III dan Seshat, dengan Horus bersama, digambarkan melakukan "meregangkan tali". Ukiran asas di Kuil Edfu (s. 237–57 SM), Dinasti Ptolemaik.
-
Seshat ditunjukkan memegang tukul, tiang, dan tali yang digunakan dalam upacara "meregangkan tali", bersama Horus. Ukiran asas di Kuil Kom Ombo (s. 180–47 SM), Dinasti Ptolemaik.
-
Gambaran Seshat menulis. Ukiran tenggelam dalam batu kapur dari Kuil Piramid Senusret I (Dinasti 12, s. 1919–1875 SM); salinan ukiran dibuat untuk Pepi II (Dinasti 6, s. 2284–2214 SM).
-
Gambaran Seshat mencatat kehidupan raja pada tetulang palma. Thoth (tidak digambarkan) melakukan perkara yang sama di hadapannya. Ukiran tenggelam dalam granit dari belakang takhta patung Ramesses II, di kuil Amun di Luxor (s. 1250 SM).
-
Seluruh Seshat daripada imej sebelum ini.
Lihat juga
Nota
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Seshat |
- ^ a b c d e f g h i Wilkinson, Richard H. (2003). The Complete Gods and Goddesses of Ancient Egypt. London: Thames & Hudson. m/s. 166–167. ISBN 0-500-05120-8. Dicapai pada 8 Julai 2022 – melalui Internet Archive.
- ^ Asante, Molefi Kete; Cérol, Marie-José, penyunting (2009). Encyclopedia of African Religion. Los Angeles: Sage (diterbitkan 2008-11-26). m/s. 294. ISBN 978-1-4129-3636-1. Dicapai pada 27 Februari 2025 – melalui Internet Archive.
- ^ a b c Gregory, Steven R.W. (2022-02-04). Tutankhamun Knew the Names of the Two Great Gods: Dt and nHH as Fundamental Concepts of Pharaonic Ideology. Archaeopress Publishing Ltd. m/s. 36. doi:10.2307/j.ctv2b07tzx. ISBN 978-1-78969-986-9. JSTOR j.ctv2b07tzx. Dicapai pada 27 Februari 2025.
- ^ a b c Wilkinson, Toby A. H. (2000). Royal Annals Of Ancient Egypt: The Palermo Stone and its Associated Fragments. London: Kegan Paul International. m/s. 112–118. ISBN 0-7103-0667-9. Dicapai pada 17 Mac 2025 – melalui Internet Archive.
- ^ a b Wainwright, G. A. (1940). "Seshat and the Pharaoh". Journal of Egyptian Archaeology. London: The Egypt Exploration Fund. 26: 30–33. doi:10.1177/030751334002600105. Dicapai pada 27 Februari 2025 – melalui Internet Archive.
- ^ Magdolen, Dušan (2006). "The Development of the Sign of the Ancient Egyptian Goddess Seshat Down to the End of the Old Kingdom: Analysis and Interpretation – Part Three" (PDF). Asian and African Studies. Bratislava: Institute of Oriental Studies, Slovak Academy of Sciences. 15 (1): 55–58. Dicapai pada 27 Februari 2025.
- ^ a b c d e Magdolen, Dušan (2005). "The Development of the Sign of the Ancient Egyptian Goddess Seshat Down to the End of the Old Kingdom: Analysis and Interpretation – Part One" (PDF). Asian and African Studies. Bratislava: Institute of Oriental Studies, Slovak Academy of Sciences. 14 (1): 46–47. Dicapai pada 27 Februari 2025.
- ^ a b c Hart, George (2005). The Routledge Dictionary of Egyptian Gods and Goddesses. New York: Routledge. m/s. 142–143. Dicapai pada 8 Julai 2022 – melalui Internet Archive.
- ^ a b Bunson, Margaret R. (2002). Encyclopedia of Ancient Egypt (ed. Revised). New York: Facts on File Inc. m/s. 366. ISBN 978-0-8160-4563-1. Dicapai pada 27 Februari 2025 – melalui Internet Archive.
- ^ Wainwright, "Seshat and the Pharaoh," p. 35.
- ^ a b Magdolen, "Sign of Seshat - Part Three," p. 67.
- ^ Asante, Encyclopedia of African Religion, p. 609.
- ^ a b c d Magdolen, Dušan (2009). "A New Investigation of the Symbol of Ancient Egyptian Goddess Seshat" (PDF). Asian and African Studies. Bratislava: Institute of Oriental Studies, Slovak Academy of Sciences. 18 (2): 169–189. Dicapai pada 27 Februari 2025.
- ^ a b Belmonte, Juan Antonio; Miguel Angel, Molinero Polo; Miranda, Noemi (2009). "Unveiling Seshat: New Insights Into The Stretching Of The Cord Ceremony" (PDF). Dalam Belmonte, Juan Antonio; Shaltout, Mosalam (penyunting). In Search of Cosmic Order: Selected Essays on Egyptian Archaeoastronomy. Cairo: Supreme Council of Antiquities Press. m/s. 197. Bibcode:2009iscc.book.....B. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-12-02. Dicapai pada 3 Julai 2022.
- ^ a b Belmonte, "Unveiling Seshat," pp. 203-210.
- ^ a b Magdolen, "Sign of Seshat - Part Three," p. 72.
- ^ Belmonte, "Unveiling Seshat," pp. 200-201.
- ^ Asante, Encyclopedia of African Religion, p. 660.
- ^ Bunson, Encyclopedia of Ancient Egypt, p. 152.
- ^ Gardiner, Alan (1938). "The House of Life". Journal of Egyptian Archaeology. London: The Egypt Exploration Fund. 24: 174. doi:10.1177/030751333802400131. Dicapai pada 27 Februari 2025 – melalui Internet Archive.
- ^ Smith, William Stevenson (Mac 1963). "The Stela of Wepemnofret" (PDF). Archaeology Magazine. 16 (1): 13. Dicapai pada 16 Mac 2025 – melalui Digital Giza, Harvard University.
- ^ a b Gardiner, Alan (1927). Egyptian Grammar: Being An Introduction to the Study of Hieroglyphs (dalam bahasa English) (ed. Third). Oxford: Griffith Institute. m/s. 503. ISBN 978-0900416354. Dicapai pada 3 Julai 2022 – melalui Internet Archive.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Magdolen, "Sign of Seshat - Part Three," pp. 62–63.
- ^ Magdolen, "Sign of Seshat - Part Three," pp. 64–65.
- ^ Budge, E. A. Wallis (1920). An Egyptian Hieroglyphic Dictionary. 2. London: John Murray. m/s. 698a. Dicapai pada 27 Februari 2025.
Bacaan lanjut
- Budge, E. A. Wallis, 1920, (1978). An Egyptian Hieroglyphic Dictionary, (Dover Publications), c 1978, (c 1920), edisi Dover, 1978. (Dalam dua jilid, 1314 pp. dan cliv-(154) pp.) (kulit lembut, ISBN 0-486-23615-3)
- Magdolen, Dušan (2005). "The Development of the Sign of the Ancient Egyptian Goddess Seshat Down to the End of the Old Kingdom: Analysis and Interpretation – Part Two" (PDF). Asian and African Studies. 14 (2). Bratislava: Institute of Oriental Studies, Slovak Academy of Sciences: 196–227
- Laman yang menggunakan sambungan WikiHiero
- Rencana yang memerlukan rujukan tambahan dari Januari 2010
- Rencana kekurangan petikan dalam teks dari Januari 2010
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Mesir Purba
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari Mac 2025
- Dewi Mesir
- Dewi kebijaksanaan
- Dewi pengetahuan
- Jurutulis
- Penulisan
- Thoth