Shukery Hashim | |
---|---|
شكاري هشيم | |
![]() | |
Kelahiran | Shukery bin Hashim 25 Oktober 1954 |
Meninggal dunia | 10 Jun 2009 | (umur 54)
Sebab kematian | Kanser pankreas |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Ampang, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1975–2009 |
Pasangan | Faridah Mat Desa |
Anak-anak | 5 |
Shukery Hashim (25 Oktober 1954 – 10 Jun 2009) merupakan pelakon lelaki Malaysia yang banyak bergiat aktif dalam drama dan filem.
Kehidupan peribadi
Shukery dilahirkan pada 25 Oktober 1954 di Kg Ewa Ayer Hangat Pulau Langkawi, Kedah.[1] Beliau mendapat pendidikan di merata tempat termasuk Sekolah St Michael, Alor Setar dan Sekolah Jalan Raja Muda yang dulunya dikenali dengan Princess Road School.
Beliau berkahwin dengan Faridah Mat Desa dan mempunyai 5 orang anak.
Kerjaya
Shukery mula berlakon pada 1982. Beliau terbabit dalam drama radio pada 1975 di RTM. Drama lakonannya ialah Azimah (di samping Uji Rashid), Di Mana Kasihmu, Cinta Gila dan 3T.
Kematian
Shukery Hashim meninggal dunia pada 10 Jun 2009, 1.15 petang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Selangor akibat kanser pankreas yang dialaminya sejak tiga bulan lalu. Jenazah beliau dimandikan dan disembahyangkan di kediamannya di Taman Fairuza, Ampang Selangor.[2]. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat, Ampang.
Filemografi
Drama

Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1982 | Azimah | TV1 | Drama pertama | |
Di Mana Kasihmu | ||||
3T | ||||
1983 | Generasi 3 | |||
1993 | Opah | |||
1998–2002 | Mat Despatch | Ayah Aidid | ||
1999 | Gerimis Mengundang | |||
2001 | Mama Wanita Korporat | TV2 | ||
2004 | Rindu Semakin Jauh | Dato' Khalil | TV3 | |
2005 | Cinta Madinah | TV1 | ||
2006 | Mya Zara | Dato' Azman | TV3 | |
2007 | Airmata Maria | Tan Sri Yunus | ||
Susuk (musim 1) | Pak Uda Ramelan | |||
2009 | Keliwon (Musim 1) | Tok Adi | Episod: "Hantu Kopek" | |
Cinta Gila | Astro Prima | Drama terakhir |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Iktiraf | TV1 | Telefilem pertama | |
1987 | Drama Minggu Ini: Abang Tuah Dimana Tuan Hamba? | |||
1992 | Keranamu Kekasih | |||
1996 | Ekspresi | |||
2004 | Zaharul vs Zarina | Astro Ria | ||
2005 | Zaharul vs Zarina II | |||
2008 | Cinta Keropok Lekor | TV2 | Telefilem terakhir |
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1986 | Untukmu | Filem pertama | |
1987 | Rahsia | Prof. Hamdan | |
1988 | Ujang | Basri | |
1992 | Syahadat[3] | ||
1993 | Hanny | Dato Mansor | |
1995 | Pesona Cinta | ||
2001 | Seri Dewi Malam | Hakim Mahkamah | |
2003 | Janji Diana | Murad | |
2012 | Shh...Dia Datang | Dato' G | Filem terakhir, tidak ditayangkan |
Anugerah dan pencalonan
- Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 pada 1987
- Pelakon Terbaik di Anugerah Sri Angkasa pada 1990
- Pelakon Drama TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (1994)
- Pelakon TV Lelaki Popular (ABPBH) 1994 (1995)