Sistem Kangani ialah sebuah sistem Buruh atau pengamilan pekerja yang diamalkan oleh Kolonial British di beberapa bahagian di Asia Tenggara yang beroperasi sejak awal abad ke-19 hingga awal abad ke-20 khususnya di kawasan yang kini dikenali sebagai Malaysia,Singapura, Myanmar dan Sri Lanka.[1]. Sistem ini wujud seiring dengan sistem buruh berkontrak, Sistem Buruh Kontrak India (Indian indenture Labour System). Selepas kemorosotan sistem sistem buruh berkontrak, sistem Kangani menjadi sistem alternatif yang lebih popular pada akhir abad ke-19.[2]
Di bawah sistem Kangani,proses pengambilan dan pengurusan dilakukan oleh individu yang dikenali sebagai Kangani yang secara langsung merekut migran dari India, khusunya India Selatan di kawasan majoriti Tamil, melalui rangkaian kawan,keluarga dan kenalan lain.Individu yang sama kemudian bertanggungjawab menyelia para buruh yang mereka rekrut.[3]
Etimologi
Kangani ialah bentuk pengaglisan daripada perkataan Tamil "Kangani" (கங்கான) yang merujuk kepada individu yang mengawasi pekerja . Kan bermaksud 'mata', kani bermaksud 'Mengawasi'[4].Istilah ini pada asalnya digunakan bagi mereka yang menyelia buruh pertanian di tanah kuil di India Selatan Istilah kangani dari bahasa Tamil. Kangani boleh juga diterjemahkan sebagai 'ketua', 'penyelia', atau 'pengawas' Ia juga bermaksud penyelia atau ketua buruh ladang. [5].
Sejarah
Sistem Kangani pada awalnya diperkenalkan untuk merekrut buruh bagi ladang kopi dan teh di Ceylon pada awal abad ke-19. Ia kemudian diperluaskan ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Sistem ini dibubarkan pada tahun 1938 selepas pengharaman imigresen India ke Tanah Melayu. Di Ceylon, sistem ini wujud sehingga tahun 1940.[6]
Sistem Kangani di Tanah Melayu
Berbanding sistem kangani di Ceylon dan Burma,sistem di Tanah Melayu kurang bargantung kepada orang tengah atau kangani ini, kerana proses pengambilan pekerja diuruskan oleh peladang melalui firma penambilan mereka. Oleh itu,kangani perlu bergantung atau berkerjasama dengan firma pengambilan tersebut. Selain itu, pekerja di ladang ini diayar upah secara lagsung oleh pengurus ladang dan tidak melalui kangani. Justeru, kedudukan kangani di sini tidak dominan seperti di Ceylon.
Perbandingan dengan Sistem Buruh Kontrak India
Sistem Buruh kontrak India adalah lebih formal dengan kontrak 5 tahun dan diamalkan di Mauritius,Karibia Fiji, Guyana dan lain-lain Negara.[7], Manakala,Sistem Kangani ini tidak berkontrak dan lebih flexibel.Ia juga berasaskan pada jaringan sosial.
Impak demografi
Antara tahun 1840 hingga 1942, dianggarkan lebih 1.7 juta orang India telah direkrut untuk bekerja di Tanah Melayu (Termasuk Singapura), lebih 1.6 Juta di Burma dan kira-kira 1 juta di Ceylon. [8]
Beberapa negara di Asia Tenggara mengalami perubahan demografi akibat penghijrahan ini.
- Minoriti yang ketara:
- Warga Singapura berketurunan India : 9.00% Demografi Singapura
- Orang India Malaysia : 7.00% Demografi Malaysia
- Tamil India Sri Lanka : 4.2% Demografi Sri Lanka
- Lain-lain termasuk minoriti yang ketara dalam minoriti yang lalu atau yang kukuh dari segi ekonomi:
Rujukan
- ^ Rising India and Indian communities in East Asia. Kesavapany, K., Mani, A., Ramasamy, P. (Palanisamy), 1949-. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. 2008. m/s. 19. ISBN 9789812308009. OCLC 746746932.CS1 maint: others (link)
- ^ Basu, Raj Sekhar (2011). Nandanar's Children: The Paraiyans' Tryst with Destiny, Tamil Nadu 1850 - 1956. SAGE. m/s. 111, 119. ISBN 978-81-321-0679-1.
- ^ Kaur, Amarjit (2004). Southeast Asia: An Historical Encyclopedia from Angor Wat to East Timor. ABC-CLIO. m/s. 639, 641. ISBN 1576077705.
- ^ https://keralamuseum.org/wp-content/uploads/2024/04/Bound-by-Kin_-The-Evolution-of-Kangani-System-1.pdf
- ^ Sandhu, K. S. (1969). Indians in Malaya: Some Aspects of Their Immigration and Settlement (1786–1957). Cambridge University Press.
- ^ Modi, 2015, p. 10.
- ^ "Indian indentured labourers – National Archive". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2019. Dicapai pada 10 February 2019.
- ^ 4 Modi, 2015, p. 9.








