![]() | ||||||||
Nama lain | Anjing pemburu tikus Belanda | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Belanda | |||||||
| ||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Smoushond Belanda[a] ialah satu baka anjing pemburu tikus kecil. Ia berkaitan dengan jenis pincer dan schnauzer yang dahulunya dibela di kandang kuda untuk membasmi tikus dan mencit. Ia jarang dan tidak begitu terkenal di luar Belanda. Ia diterima sepenuhnya oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1981.
Sejarah
Hollandse Smoushond Club (Smoushondenclub) dibentuk pada tahun 1905 untuk mendokumenkan dan mendaftarkan anjing kandang kuda kecil ini sebagai baka tulen, kerana ia berada dalam bahaya kepupusan. Asal usulnya mungkin terletak pada leluhur baka schnauzer dengan warna kuning salah. Namanya merujuk bulu dan muka berjumbai, kerana lelaki Yahudi (dipanggil smouzen pada tahun 1800-an, cemuhan yang diterbitkan daripada nama Moses (Musa)[1]) mempunyai janggut dan rambut panjang. Ia dipanggil "Belanda" untuk mengelakkan kekeliruan dengan grifon Brussel yang serupa. Semasa Perang Dunia Kedua, baka ini hampir lenyap. Pada tahun 1973, beberapa orang pembiak baka mula membangunkan baka ini semula dengan beberapa ekor anjing yang tersisa,[2] yang kebanyakannya telah dibiakbakakan secara bersilang dengan baka-baka lain. Kebanyakan pembangunan semula dicapai dengan penggunaan silangan terier sempadan.[3]
Baka yang diwujudkan semula diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1981.[4]
Penampilan
Smoushond Belanda bersaiz kecil, dengan berat maksimum 10 kg (22 lb) dan ketinggian 43 cm (17 in) pada paras kelasa. Lapis bulu kalis airnya adalah kasar dan berjumbai dan mempunyai sebarang cahaya warna kuning. Rupa bentuk kepala khususnya adalah lebar dan pendek, dengan telinga labuh yang terletak tinggi-tinggi di atas kepala.[5]
Catatan
- ^ Jawi: سماءوسهون بلندا, Sebutan bahasa Melayu: [s(ə)maushɔn]; Belanda: Hollandse smoushond; bahasa Inggeris: Dutch smoushond
Rujukan
- ^ "smous". Wiktionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "DUTCH SMOUSHOND" [SMOUSHOND BELANDA] (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "oorsprong" [asal usul] (dalam bahasa Belanda). Hollandse Smoushondenclub. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2009. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "FCI breeds nomenclature: HOLLANDSE SMOUSHOND (308)" [Tatanama baka FCI: SMOUSHOND BELANDA (308)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 30 Ogos 2025.
- ^ "FCI-Standard N° 308 DUTCH SMOUSHOND (Hollandse Smoushond)" [Piawaian FCI No. 308 Smoushond Belanda] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Hollandse Smoushonden Club. Diluluskan oleh Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland pada 2 Jun 2010. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 16 Mac 2012. Dicapai pada 18 Januari 2024.CS1 maint: others (link)