Sofia Dendroff | |
|---|---|
صوفيا ديندروف | |
| Kelahiran | Sofia Jane Dendroff 16 Disember 1991 |
| Nama lain | Sofia Dendroff |
| Pendidikan | Kelulusan Murdoch University, Australia |
| Pekerjaan | Pelakon, model, penyumbang suara latar |
| Tahun aktif | 2017–kini |
Sofia Jane Dendroff (lahir 16 Disember 1991) ialah seorang pelakon dan model wanita Singapura dan kini aktif berlakon di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Indah Kamelia dalam drama Bukan Hanya Sekadar Cinta (2023).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 16 Disember 1991 di Singapura. Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina, Jerman, India dan Bugis. Sofia mendapat jurusan kelulusan Murdoch University di Australia.
Kerjaya
Beliau pernah menjadi model sambilan deejay di stesen radio Power 98 dan aktif memuat naik lagu-lagu cover di platform perkongsian di YouTube, menunjukkan bakat nyanyian terpendam yang dimiliki.
Pada awal kemunculannya sebagai pelakon dalam drama melayu, beliau pernah dikritik kerana kurang mahir berbahasa melayu. Namun, beliau telah berjaya membuktikan kemampuannya sebagai pelakon melayu dan memperbaiki pertuturan bahasanya seiring waktu berjalan.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2020 | Bulan dan Pria Terhebat | Sarah | Filem pertama |
Drama
Singapura
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2017 | Bingit | Nura | Mediacorp Suria | Drama pertama |
| Syurga Ibu | Farah | |||
| InstaGeram | Arina Abdul Hadi | |||
| 2018 | Trendsetters | Ruby Rai | meWatch | |
| 2018–2022 | Kin | Zara Hassan | ||
| 2020 | Classmates | Sabriba | Mediacorp Saluran 5 | |
| 2021 | The Cutting Edge | Hannah | ||
| 2022 | Tiang Lampu | Jen | Mediacorp Suria | |
| 2023 | Titoudau | Iffah |
Malaysia
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2018 | Banteras | Sarah | Astro Ria | Drama pertama |
| 2019 | Patah Sayap Bertongkat Paruh | Sarah | ||
| 2022 | Tiada Maaf Buatmu | Suzy | ||
| 2023 | Bukan Hanya Sekadar Cinta | Indah Kamelia | TV3 | |
| Aku Hanim | Hanim | Astro Ria |
Drama web
| Tahun | Tajuk | Watak | Aplikasi | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | My Stolen First Kiss | Mel | Tonton | Drama web pertama |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 2024 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 | Artis Baharu Wanita Popular | Diri sendiri | Tercalon |
Pautan luar
- Kelahiran 1991
- Orang hidup
- Orang Singapura berketurunan Melayu
- Orang Singapura berketurunan Cina
- Orang Singapura berketurunan Jerman
- Orang Singapura berketurunan India
- Orang Singapura berketurunan Bugis
- Muslim Singapura
- Pelakon wanita Singapura
- Pelakon wanita Singapura abad ke-21
- Pelakon televisyen Singapura
- Pelakon filem Singapura
- Peragawati Singapura








