

Sri Pentas merupakan bekas pusat operasi penyiaran stesen-stesen televisyen dan radio milik Media Prima iaitu TV3, DidikTV KPM, 8TV, TV9, Kool 101, Fly FM, Hot FM, Eight FM dan Molek FM (kini ialah tapak 1 Plaza).[1] Ia terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor berdekatan dengan 1 Utama.[2]
Media Prima mengumumkan pada 15 Oktober bahawa kesemua empat rangkaian televisyennya serta siaran beritanya, akan disiarkan sepenuhnya di Balai Berita syarikat itu bermula 21 Oktober selepas lebih dua dekad beroperasi di Sri Pentas, Bandar Utama untuk menyatukan seluruh pengendalian operasi berita termasuk siaran TV bagi saluran TV3, DidikTV KPM, 8TV dan TV9 yang berpecah-pecah di merata Sri Pentas ke bawah satu bumbung.[3] Pada 25 Februari 2025, Media Prima mengumumkan bahawa Sri Pentas ditutup selepas 3 dekad beroperasi.[4] Pada 12 Mac tahun yang sama, semua logo rangkaian TV Media Prima telah dialih keluar dari bangunan Sri Pentas.[5]
Rujukan
- ^ [1]
- ^ Selamat Tinggal Sri Pentas! Selain Hoskan YDP Agong Sebagai Pembaca Berita, Lihat 4 Lagi Fakta Menarik Tentangnya
- ^ Operasi berita rangkaian Media Prima bersiaran dari Balai Berita mulai 21 Oktober
- ^ Selepas 3 dekad, Sri Pentas ditutup sepenuhnya di Bandar Utama
- ^ Semua logo rangkaian televisyen MPB di Sri Pentas diturunkan