![]() Stesen kereta api ekspres | |||||||||||||||
Nama lain | باتڠ ملاک (Tulisan Jawi) | ||||||||||||||
Lokasi | 77500 Batang Melaka, Melaka, Malaysia | ||||||||||||||
Dimiliki oleh | Perbadanan Aset Keretapi | ||||||||||||||
Dikendalikan oleh | Keretapi Tanah Melayu | ||||||||||||||
Laluan | ETS Laluan ETS | ||||||||||||||
Platform | 2 platform pulau | ||||||||||||||
Trek | 4 | ||||||||||||||
Pembinaan | |||||||||||||||
Jenis struktur | Atas tanah | ||||||||||||||
Templat letak kenderaan | Ada | ||||||||||||||
Kemudahan OKU | Ada ![]() | ||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||
Dibuka | 1906 | ||||||||||||||
Ditutup | 15 Mei 2012 (stesen lama) | ||||||||||||||
Dielektrikkan | 7 Februari 2014 | ||||||||||||||
Perkhidmatan | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
Lokasi | |||||||||||||||
![]() |
Stesen keretapi Batang Melaka ialah sebuah stesen kereta api yang terletak di Batang Melaka, kira-kira 200 meter arah selatan dari sempadan negeri Melaka-Negeri Sembilan. Stesen ini menyediakan perkhidmatan tren elektrik (ETS) laluan Padang Besar–Segamat dan Butterworth–Segamat.
Stesen ini menjadi tumpuan penumpang dari Selandar, Nyalas, Jasin dan Gemencheh.
Sejarah
Pembinaan awal
Stesen ini telah dibina pada awal abad ke-20 dan dibuka sekitar tahun 1906. Asalnya, stesen ini merupakan sebahagian daripada jajaran Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMSR) sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.
Sebelum dinaik taraf
Setelah FMSR diambil alih oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM), stesen ini terus menjadi salah satu perhentian utama kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura. Malah, selepas era Perang Dunia Kedua dan kemusnahan jajaran lama laluan Tampin–Bandaraya Melaka, negeri Melaka kini hanya mempunyai dua stesen kereta api sahaja: stesen ini dan stesen Pulau Sebang/Tampin.
Antara perkhidmatan dahulu yang terdapat di stesen ini ialah:
- Ekspres Sinaran Pagi (XSP) (ditamatkan)[1][2]
- Tren no. 5: Singapura - KL Sentral
- Ekspres Sinaran Petang (XSP) (ditamatkan)[3]
- Tren no. 6: KL Sentral - Singapura
- Ekspres Senandung Malam (SM) (ditamatkan pada 1 April 2009)[4]
- Tren no. 11: Singapura - KL Sentral
- Tren no. 12: KL Sentral - Singapura
Naik taraf
Pada 15 Mei 2012, stesen ini telah ditamatkan perkhidmatan bagi memberi laluan kepada projek landasan berkembar elektrik (PLBE) Seremban-Gemas. Para penumpang telah dinasihatkan untuk pergi ke stesen Tampin ataupun Gemas bagi meneruskan perjalanan. Perkhidmatan bas ulang-alik juga telah disediakan di stesen ini ke stesen-stesen tersebut bagi memudahkan perjalanan penumpang.
Awalnya, penutupan itu bersifat sementara sahaja sehingga 30 November 2012.[5] Kemudian, KTMB telah melanjutkan tempoh tersebut sehingga 31 Julai 2013.[6] Namun begitu, selepas tarikh tersebut, stesen yang usang dan berusia hampir 100 tahun itu masih tidak beroperasi lagi.
Stesen baharu dan lebih canggih sebagai penggantinya telah dibuka secara rasmi pada 7 Februari 2014. Ia terletak kira-kria 200 meter dari lokasi stesen lama. Pengoperasian pada hari pertamanya merupakan perkhidmatan tren Ekspres Sinaran Selatan No. 13 pada waktu pagi dan Ekspres Sinaran Petang No. 14 pada waktu petang.[7]
Perkhidmatan komuter dan ETS
Pada 10 Oktober 2015, KTMB telah memperkenal perkhidmatan ulang alik komuter sektor selatan melibatkan 7 buah stesen yang telah dinaik taraf antara Seremban dan Gemas.[8][9] Terdapat 4 kali perjalanan sehari antara Seremban dan Gemas, termasuk dari stesen ini. Para penumpang yang hendak meneruskan perjalanan ke arah Lembah Klang dan Utara perlu menukar tren di stesen Seremban dan menaiki komuter laluan Seremban yang berakhir di Tanjung Malim.[10]
Pelancaran perkhidmatan ini menandakan perkhidmatan KTM Komuter yang pertama di negeri Melaka. Ia juga merupakan perkhidmatan KTM Komuter terpanjang di Malaysia, iaitu antara Gemas dan Tanjung Malim. [11]
Turut diperkenal juga pada 10 Oktober 2015, perkhidmatan ETS dari Padang Besar dan Butterworth menuju ke Gemas, di mana stesen ini menjadi salah satu perhentian utamanya.
Penamatan komuter sektor selatan
Perkhidmatan komuter kemudiannya mengalami perubahan laluan berkuat kuasa 15 Disember 2015. Bagi laluan Seremban, terminal utaranya diubah daripada Tanjung Malim kepada Batu Caves, dan laluan tersebut dikenali sebagai Batu Caves–Gemas.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak kekal lama apabila KTMB memaklumkan penamatan operasi ulang-alik di stesen Batang Melaka dan Gemas, manakala stesen Pulau Sebang/Tampin dijadikan stesen akhir laluan tersebut bermula 20 Jun 2016.
Perkhidmatan ETS masih dikekalkan, sekaligus sebagai satu-satunya perkhidmatan tren di stesen ini sehingga kini. Pada 15 Mac 2025, perjalanan ETS telah dipanjangkan di bahagian selatan sehingga ke Segamat.
Rujukan
- ^ "Zoom Nostalgia - Ekspres Sinaran". Facebook KTMB. 31 Oktober 2020. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "Jadual Singapura - Gemas - Sentral Kuala Lumpur 2005" (PDF). Portal Rasmi KTMB. 1 April 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 29 Disember 2005. Dicapai pada 3 Julai 2025.
- ^ "TEMPORARY CLOSURE OF BATANG MELAKA STATION". Portal Rasmi KTMB. 11 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Penutupan Stesen Batang Melaka Dilanjutkan". Portal Rasmi KTMB. 1 Mei 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2013. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Stesen Batang Melaka operasi semula". Utusan Online. 8 Feb 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Feb 2025. Dicapai pada 6 Jul 2025.
- ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Perkhidmatan Baharu - Tren Shuttle KTM Komuter Sektor Selatan". Twitter KTMB. 1 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Bermula 10-10-15 penumpang ke laluan Seremban > Gemas <Seremban perlu buat pertukaran di Stesen Seremban #komuterKTM". Twitter KTMB. 12 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.
- ^ "Longest KTM Komuter Klang Valley & Southern Sector Journey from Gemas to Tanjung Malim". RailTravel Station. 22 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Julai 2025.