| Sultan Kelantan Sultey Klate کلنتن دار النعيم سلطان | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Penjawat kini | |
| Sultan Muhammad V sejak 13 September 2010 | |
| Butiran | |
| Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
| Pewaris takhta | Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra Tengku Mahkota Kelantan |
| Penyandang pertama |
|
| Pembentukan | 1267 |
| Persemayaman | Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan |
| Laman sesawang | pejsultan |
| YMM Raja Perempuan Tengku Anis |
|
YAM Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra |
| YTM Tengku Mahkota |
|
YAM Tengku Maharani Putri
|
|
YBM Tengku Laksamana
|
|
YBM Tengku Temenggong
|
| YBM Tengku Sri Kelana D’Raja |
| YBM Tengku Kaya Perkasa |
| YBM Tengku Keso’ma Mastika |

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim serta Jajahan Takluknya, merupakan pemerintah kerajaan negeri Kelantan di bawah Malaysia.
Kerajaan negeri Kelantan meliputi ke sempadan Thailand|Siam di selatan Sungai Golok, timur Banjaran Titiwangsa sehingga ke Besut di sempadan Kelantan-Terengganu. Beberapa dinasti memerintah Kelantan bermula dari keturunan Maharaja Srivijaya|Sriwijaya yang berundur ke Langkasuka (Pattani) selepas Sriwijaya runtuh diserang Kerajaan Chola pada abad ke-10. Perkahwinan diraja juga berlaku dengan Champa, Pattani dan Terengganu yang menyebabkan pertukaran dinasti apabila menantu raja menaiki takhta Kelantan.
Senarai Raja / Sultan Kelantan
(Dinasti Chermin)
Dinasti Chermin atau kerajaan Chermin ialah kerajaan yang memerintah Langkasuka, Kelantan dan Singgora. Kerajaan ini pernah meluaskan jajahan takluknya hingga meliputi Kedah, Perak, utara Sumatera dan Campa. Keturunan Raja-raja kerajaan ini memerintah Kelantan dan Campa di Vietnam.
- 1267-1339: Raja Sang Tawal[perlu rujukan]
- 1339-1362: Sultan Mahmud Jiddah Riayah Saadatussalam[1]
- 1391-1418: Sultan Baki Shah[2]
- 1418-1429: Sultan Sadik Muhammad Shah.[3]
Majapahit II
- 1429-1467: Sultan Iskandar[4]
- 1467-1511: Sultan Mansur Shah[5]
Jajahan Patani Besar
- 1511-1522: Sultan Mansur Shah
- 1522-1526: Sultan Gombak ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah[5]
- 1526-1547: Sultan Ahmad Shah[5]
- 1547-1561: Sultan Mansur Shah Ibni Sultan Ahmad
- 1561-1565: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur (kali pertama)
- 1565-1570: Sultan Umar Bin Raja Ahmad
- 1570-1579: Sultan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Mansur (kali kedua)
- 1579–1597: Sultan Addil ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din (kali pertama)
- 1597–1602: Sultan Muhammad Ibni Sultan Ibrahim ( Sultan Kelantan terakhir dari keturunan Iskandar Zulkarnain)
- 1602–1605: Sultan Addil ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din (kali kedua), Raja of Kelantan
- 1610-1667: Paduka Seri Maharaja Cik Siti Wan Kembang (Raja Wanita Pertama di Kelantan bagi wilayah Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan)
- 1605–1616: Sultan Samir ud-din ibni al-Marhum Nik Jamal ud-din, Raja Kelantan, anak kepada Nik Jamal ud-din bin Wan Abul Muzaffar, Timbalan Raja Champa
- 1616–1637: Sultan 'Abdu'l Kadir ibni al-Marhum Sultan Samir ud-din
(Dinasti D'Raja Jembal)
Kerajaan-kerajaan Langkasuka-Patani-Kelantan termasuk Dinasti Jembal mengamalkan sistem perwarisan male-preference primogeniture atau primogenitur keutamaan lelaki di mana anak paling tua mewarisi gelaran, harta, atau tanah keluarga, tetapi anak lelaki diberi keutamaan berbanding anak perempuan. Dengan kata lain, jika seorang Raja mempunyai anak lelaki dan perempuan, anak lelaki sulungnya akan mewarisi, tetapi jika tiada anak lelaki, anak perempuan sulung boleh mewarisi.
Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pertabalan Ratu Saadong. Baginda mewarisi takhta ayahandanya, Raja Loyor, kerana baginda Ratu Saadong adalah anak tunggalnya. Sekiranya Raja Loyor mempunyai anak lelaki, kemungkinan besar anak lelaki tersebut akan diberi keutamaan. Kenaikan takhta Ratu Saadong berbanding dengan bapa saudaranya (Raja Bahar, Raja Umar dan Raja Sungai) membuktikan bahawa primogenitur (garis keturunan sulung) adalah penting. Anak lelaki lebih diutamakan, tetapi anak perempuan tidak diketepikan.
Hal ni juga dapat dilihat di Patani di mana selepas saudara-saudara lelaki mereka mangkat akibat perang saudara, Ratu Hijau, Ratu Biru dan Ratu Ungu meneruskan pemerintahan sebagai Sultan Patani. Ratu Ungu dapat mewarisi takhta kerana kekanda-kekanda baginda iaitu Ratu Hijau dan Ratu Biru tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Kemudiannya, puteri Ratu Ungu iaitu Ratu Kuning menaiki takhta sebagai Sultan Patani menggantikan ibunda baginda kerana baginda Ratu Kuning adalah anak tunggal Ratu Ungu tanpa saudara lelaki. Jika Ratu Ungu mempunyai anak lelaki semestinya anak lelaki ini akan menjadi Sultan Patani.
Selepas penurunan takhta Ratu Saadong secara sukarela tanpa zuriat sebagai pewaris, takhta Kelantan tidak diwarisi oleh ibu saudara Ratu Saadong atau mana-mana sepupu perempuan (Raja Aminah Binti Sultan Umar dan Raja Pah Binti Sultan Umar) sebaliknya dipindahkan terlebih dahulu kepada adinda lelaki suaminya yang juga sepupunya (Raja Abdul Rahim bin Raja Bahar), kemudian kembali kepada bapa saudara Ratu Saadong Raja Umar, dan seterusnya kepada anak lelaki Raja Umar iaitu Raja Kecil Sulung. Ini mencerminkan pengembalian semula perwarisan kepada garis lelaki setelah seorang ratu yang memerintah tidak mempunyai anak baik lelaki mahupun perempuan.
- 1637-1649: Raja Sakti I[5]
- 1649-1667: Raja Loyor[5]
- 1667-1671: Ratu Saadong[5] (Raja Sa’adah Mariam dengan gelaran Puteri Wijaya Mala)
- 1671-1676: Sultan Abdul Rahim Ibni Raja Bahar Ibni Raja Sakti I[5] (sepupu dan juga adinda ipar Ratu Saadong, adinda kandung Raja Abdullah)
- 1676-1721: Sultan Umar bin Raja Sakti[5]
- 1721-1721: Raja Kecil Sulung Ibni Raja Umar Ibni Raja Sakti I
(Dinasti D'Raja Champa-Pattani/Dinasti Po Rome)
- 1721-1733: Long Bahar[6], adalah putera kepada Datu Pengkalan Tua Wan Daim bin Wan Nik Ibrahim (Po Ibrahim) (Raja Jambu di Pattani dan Pengasas Dinasti D'Raja Champa-Pattani) Ibni Nik Mustafa (Po Rome) Ibni Wan Abul Muzaffar Waliyullah. Po Rome merupakan Raja Champa yang terkenal dan disegani oleh bangsa Viet. Wan Daim berkahwin dengan Che' Dewi anak Sri Diraja Patani melahirkan Long Bahar. Waris-waris Wan Daim kemudiannya akan menurunkan Long Gaffar (cucu Wan Daim) dan Long Yunus (cicit Wan Daim melalui Long Bahar) yang membahagikan Kelantan kepada Kelantan Barat dan Kelantan Timur, yang mana keturunan mereka seterusnya menjadi seteru hebat dan mencetuskan perang saudara yang dicatatkan membunuh ribuan nyawa rakyat Kelantan. Anak Wan Daim iaitu Long Bahar kemudian menjadi Raja Patani pada tahun 1710 tetapi digulingkan oleh Raja Laksamana Dajang pada tahun 1714. Sebelum masuk campur dalam politik negeri Kelantan, baginda Long Bahar berkahwin dengan Raja Perempuan Patani bernama Raja Mas Kelantan dan kemudian pula berkahwin dengan Raja Pah anak perempuan bongsu Sultan Umar Ibni Raja Sakti I daripada wangsa Jembal. Long Bahar kemudian menjadi Raja pemerintah Kelantan dan ditabalkan di Kota Jembal bagi menggantikan kekanda iparnya daripada dinasti Jembal Raja Kecil Sulung yang merupakan putera sulung Sultan Umar yang mana Raja Kecil Sulung memerintah secara singkat pada tahun 1721 akibat melalui percaturan isteri muda Long Bahar yang juga adinda kesayangan Raja Kecil Sulung iaitu Raja Pah. Raja Pah dan Long Bahar berjaya mengetepikan kekanda-kekanda Raja Pah selain Raja Kecil Sulung, iaitu Raja Ngah Udang, Raja Sakti II dan Raja Aminah sebagai penerus pemerintahan dinasti Jembal.[7] Malangnya Long Bahar menaikkan anak lelaki baginda bersama Raja Perempuan Patani bernama Raja Mas Kelantan iaitu Long Sulaiman sebagai pewaris Sultan Kelantan. Anakanda-anakanda Raja Pah terpaksa akur hanya menjadi pemerintah-pemerintah kampung iaitu Tuan Kundur yang berpangkat Raja Muda (Raja Muda Kota Seneng), Tuan Nik Junuh, Tun Raja Ali, Tuan Che Wook (Raja Neng Hitam Kota Seribung) dan Long Nik Halus (Raja Bongsu).
- 1734-1739: Raja Long Sulaiman [6] (Kali pertama)
- 1739-1746: Perang Saudara Kelantan dan antara pemerintah (Perang Saudara)| en:Interregnum and en:Siver War
- 1746-1756: Raja Long Sulaiman[6] (Kali kedua)
- 1756-1758: Raja Long Pandak[6]
- 1758-1763: Raja Long Muhammad[6]
- 1763-1795: Long Yunus[8]
- 1795-1800: Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhammad[8] (putera ke-6 Sultan Mansur Terengganu, menggunakan gelaran Raja dan Yang Di Pertuan Muda Kelantan dan juga menantu Long Yunus)
- 1800-1835: Sultan Muhammad I[9] (putera ke-6 Long Yunus)
- 1835-1837: Yang Di-Pertuan Muda Long Zainal (putera ke-5 Long Yunus)
- 1837-1886: Sultan Muhammad II[9] (Nama asal baginda ialah Long Senik Mulut Merah) mempunyai zuriat iaitu:
- 1886-1889: Sultan Ahmad [10]
- 1889-1890: Sultan Muhammad III[11] (putera Sultan Ahmad)
- 1890-1899: Sultan Mansur[11] (adinda Sultan Muhammad III)
- 1899-1920: Sultan Muhammad IV[11] (putera Sultan Muhammad III)
- 1920-1944: Sultan Ismail[11] (putera Sultan Muhammad IV)
- 1944-1960: Sultan Ibrahim [12] (adinda Sultan Ismail)
- 1960-1979: Sultan Yahya Petra[12] (putera ke-2 Sultan Ibrahim)
- 1979-2010: Sultan Ismail Petra[12] (putera Sultan Yahya Petra)
- 2010-kini: Sultan Muhammad V[12] (putera Sultan Ismail Petra)
Kesultanan Kelantan
| Sultan Mansur Riayat Shah I | ( XVI ) Long Yunus 1763-1795 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XVII ) Tengku Muhammad 1795-1800 | Cik Ku Tuan Nawi | Long Ismail (Raja Muda) | ( XVIII ) Long Muhammad (Sultan Muhammad I) 1800-1835 | ( XIX ) Long Jenal 1835-1837 | Long Tan (Temenggong Aria Pahlawan) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Long Muhammad (Raja Patani) | ( XX ) Long Senik (Sultan Muhammad II) 1837-1886 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XXI ) Long Sulong (Sultan Ahmad) 1886-1889 | Tengku Puteri Cik | Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XXII ) Long Kundur (Sultan Muhammad III) 1889-1890 | ( XXIII ) Long Mansur (Sultan Mansur) 1890-1899 | Tengku Long Idris (Tengku Petra Semerak) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XXIV ) Tengku Long Senik (Sultan Muhammad IV) 1899-1920 | Nik Wan Zainab (Sultanah Zainab) | Tengku Long Zainal Abidin (Raja Dewa) | Tengku Muhammad Petra (Tengku Sri Utama Raja) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XXV ) Sultan Ismail 1920-1944 | ( XXVI ) Sultan Ibrahim 1944-1960 | Tengku Zainab (Raja Perempuan Zainab I) | Tengku Muhammad Hamzah (Tengku Sri Maharaja) | Tengku Long Ishak | Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tengku Indera Petra (Tengku Besar Indera Raja) | ( XXVII ) Sultan Yahya Petra 1960-1979 (Yang di-Pertuan Agong VI) | Tengku Petri (Tengku Puan Temenggong) | Tengku Abdul Rashid (Tengku Temenggong) | Tengku Zainal Abidin (Tengku Sri Akar Raja) | Tengku Azizah | Tengku Abdul Hamid | Tengku Abdul Aziz (Tengku Sri Utama Raja) | Tengku Razaleigh | Tengku Zainab (Raja Perempuan Zainab II) | Tengku Noor Asiah | Tengku Muhammad Zaid | Tengku Nora (Sultanah Johor) | Sultan Ismail (Sultan Johor) | Tengku Zanariah (Sultanah Johor) | Sultan Iskandar (Sultan Johor & Yang di-Pertuan Agong VIII) | Tengku Iskandar | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tengku Ibrahim Petra | Tengku Merjan (Tengku Puan Sri Utama Raja) | ( XXIII ) Sultan Ismail Petra 1979-2010 | Tengku Fauziah (Raja Perempuan Perlis) | Tuanku Syed Sirajuddin (Raja Perlis & Yang di-Pertuan Agong XII) | Tengku Anis (Raja Perempuan Tengku Anis) | Tengku Mohamad Rizam (Tengku Temenggong) | Tunku Noor Hayati (Tengku Puan Temenggong) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ( XXIX ) Tengku Muhammad Faris Petra (Sultan Muhammad V) 2010-kini (Yang di-Pertuan Agong XV) | Tengku Muhammad Fa-iz Petra | Tengku Muhammad Fakhry Petra (Tengku Mahkota) | Tengku Amalin A'ishah Putri (Tengku Maharani Putri) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Petunjuk : Sultan & Raja Perempuan/Sultanah Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong
Kerabat Diraja Kelantan
Sultan Kelantan melantik kerabat-kerabatnya kepada Gelaran Kerabat Bergelar untuk membantu pentadbiran negeri. Gelaran Kerabat-kerabat bergelar itu ialah:
- Raja Kelantan - Gelaran pertama dalam kekananan bagi bakal sultan. Bagi mengelakkan kekeliruan dengan Sultan Kelantan, ia dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail I. Sultan Muhammad IV hanya menggunakan gelaran Raja Kelantan sebelum perjanjian Bangkok 1909. kerabat diraja paling awal menyandang gelaran Raja Kelantan bertaraf bakal pertama atau pewaris takhta terdekat ialah Tuan Senik Mulut Merah (kemudiannya digelar Sultan Muhammad II), iaitu pada akhir zaman Sultan Muhammad I (mangkat 24 Jun 1835).
- Raja Dewa - Sultan Ibrahim melantik mentua baginda iaitu Tengku Long Zainal Abidin ibni Sultan Muhammad III sebagai Raja Dewa yang pada mulanya menjawat sebagai Raja Muda. Anakanda Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra dilantik sebagai Raja Muda yang baharu.
- Raja Muda - Jawatan kedua bagi kekananan bakal sultan. Diwujudkan semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad I. Kerabat Diraja yang pernah memegang jawatan ini ialah Long Ismail, Long Jenal, dan Long Zainal IV. Tidak semestinya Raja Muda menaiki takhta Kelantan. Sebagai contoh Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah) ialah putera Tengku Temenggong Aria Pahlawan Long Tan ibni Long Yunus. Adapun Raja Muda perintis bertaraf pewaris atau bakal pengganti raja pemerintahan pertama ialah Tuan Bongsu (Raja Muda Penambang/Raja Muda Tua), iaitu adinda (berlainan bonda) kepada Tuan Senik Mulut Merah. Tuan Bongsu ini ialah paduka ayahanda kepada Tengku Chik (Raja Penambang atau Raja Praknat) yang lebih masyhur dengan gelaran Tengku Panglima Raja (kadang-kadang disebut juga Tengku Panglima Tua).
- Tengku Mahkota - Gelaran Tengku Mahkota mula diperkenalkan pada 1 Februari 1948. Sebelum itu pewaris pertama kesultanan Kelantan dikenali dengan gelaran Raja Kelantan, manakala calon pewaris kedua bergelar Raja Muda. Tetapi, pada zaman awal pemerintahan Sultan Muhammad II (sebelum 1877), zaman Sultan Mansor (sebelum 1898), zaman awal Sultan Muhammad ke IV (sebelum 1911), dan zaman awal Sultan Ibrahim (1944-1947), penyandang gelaran Raja Muda ialah pewaris/bakal pertama Raja Pemerintah. Gelaran Tengku Mahkota ini bagi menggantikan gelaran Tengku Sri Indera Mahkota, diwujudkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ibrahim. Putera sulung Sultan Ibrahim iaitu Tengku Indera Petra (1945 - 1948) memakai gelaran Tengku Besar Indera Raja manakala adindanya Tengku Yahya Petra menjadi Tengku Mahkota dan berjaya menaiki takhta Kelantan dengan gelaran Sultan Yahya Petra. Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Yahya Petra - (1948 - 1960)
- Tengku Ismail Petra - (1967 - 1979)
- Tengku Muhammad Faris Petra - (1985 - 2010)
- Tengku Muhammad Fa-iz Petra - (2010 - 2024)
- Tengku Muhammad Fakhry Petra - (2024 - kini)
nota; Tengku Sri Indera Mahkota Jawatan ke-3 bagi bakal Sultan, dipendekkan gelaran menjadi Tengku Mahkota semasa zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.
Dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan terdapat empat jenis Gelaran Kebesaran yang boleh dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan kepada Kerabat-kerabat Diraja lelaki negeri Kelantan sebagai Orang Besar Negeri Yang Utama mengikut susunan selepas Bakal Raja Sendiri yang dikurniakan gelaran "Tengku Mahkota'. Berikut ialah Gelaran Kebesaran dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan:
- Tengku Bendahara Kelantan - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Chik Tuan Abdullah Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra - (1989-2010)
- Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra - (2022-2024)
- Tengku Temenggong Kelantan - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Long Muhammad Salleh Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Long Abdul Ghaffar Ibni Almarhum Sultan Muhammad II
- Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Zainal Mulok Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra
- Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz - (2013 - kini)
- Tengku Laksamana Kelantan - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Yusoff Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
- Tengku Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Abdul Halim Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Panglima Raja Kelantan - [13] Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Long Ahmad Ibni Tengku Temenggong Long Abdul Ghaffar
- Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
Selain Empat Gelaran yang terdapat dalam Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan yang disandang oleh Kerabat Diraja, terdapat juga Gelaran Kebesaran Kerabat Diraja lain yang dianugerahkan oleh Baginda Sultan. Nama Gelaran Kebesaran ini sudah wujud sejak turun-temurun lagi. Baginda Sultan berkuasa mewujudkan nama gelaran-gelaran sekiranya Baginda perkenan. Kerabat Diraja Kelantan yang bergelar terdiri daripada dua puluh satu gelaran iaitu:
- Tengku Besar Indera Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Besar Tuan Long Muhammad Yusuf Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Indera Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Sri Maharaja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Besar Tuan Long Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Muhammad Hamzah Ibni Tengku Zainal Abidin
- Tengku Sri Utama Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Muhammad Petra Ibni Tengku Idris
- Tengku Abdul Aziz bin Tengku Muhammad Hamzah
- Pengiran Muda Abdul Qawi -(Penyandang kini, 2022 - kini)
- Tengku Sri Mara Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Ahmad Rithauddeen bin Tengku Mek Haji Ismail
- Tengku Seriwa Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Ibrahim bin Tengku Muhammad Petra
- Tengku Sri Wangsa Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Zainal Abidin bin Tengku Chik
- Tengku Sri Kelana D’Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Long Abdul Rahman bin Tengku Muhammad Petra
- Raja Aman Shah bin Raja Haji Shahar Shah
- Raja Shah Zurin bin Raja Aman Shah (Penyandang kini, 2022 - kini).
- Tengku Sri Ismara Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Sri Pekerma Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Long Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Abdul Majid bin Tengku Besar Tuan Yusuf
- Tengku Sri Akar Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Ahmad Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Abdul Kadir Kamaruddin, adalah putera kepada Sultan Abdul Kadir Kamaruddin Syah Ibni Sultan Sulaiman Syarafuddin Syah (Raja Pattani terakhir yang dibuang negeri ke Kelantan)
- Tengku Anwar bin Tengku Zainal Abidin
- Tengku Temenggong Aria Pahlawan - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Long Tan Ibni Almarhum Long Yunus
- Tengku Kaya Pahlawan - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Chik Ibni Almarhum Tuan Long Yunus
- Tengku Mahmood Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
- Tengku Kaya Perkasa - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV
- Tengku Feissal Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
- Tengku Mohamad Faziharudean bin Tengku Feissal - (Penyandang kini, 2013 - kini).
- Tengku Sri Jaya Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Muhammad Khalid bin Tengku Bendahara Chik Abdullah
- Tengku Ariff bin Tengku Long Abdul Rahman
- Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz
- Tengku Selia Raja - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Muhammad bin Tengku Besar Hussein
- Tengku Petra Semerak - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Tuan Long Idris Ibni Almarhum Sultan Ahmad
- Tengku Maharani Putri - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Kembang Petri binti Almarhum Sultan Muhammad IV
- Tengku Amalin A’ishah Putri binti Almarhum Sultan Ismail Petra - (Penyandang kini, 2019 - kini).
- Tengku Maharani - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Hajjah Embong binti Almarhum Sultan Muhammad IV
- Tengku Yah binti Tengku Long Sulaiman
- Tengku Keso'ma Mastika - Antara kerabat yang pernah memegang gelaran ini ialah;
- Tengku Maryam binti Tengku Long
- Tengku Anisah binti Tengku Abdul Hamid - (Penyandang kini, 2022 - kini).
Rujukan
- Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081.
- Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.
Nota kaki
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelantan.htm
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant4.htm
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant5.htm
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant6.htm http://www.royalark.net/Malaysia/kelant7.htm
- http://www.royalark.net/Malaysia/kelant8.htm
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/kelant2.htm
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaZH24 - ^ a b c d e f g h "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 3 Februari 2010.
- ^ a b c d e "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ http://www.royalark.net/Malaysia/kelant3.htm
- ^ a b "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ a b "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ a b c d "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ a b c d "Kelantan". The Royal Ark. Christopher Buyers. 2008. Dicapai pada 20 Januari 2010.
- ^ Utusan Malaysia 04062010, Tengku Mohamad Rizam bergelar Tengku Panglima Raja








