Muhammad Tajuddin | |
---|---|
Pemerintahan | 1- 1795 - 1804 2- 1804 - 1807 |
Pendahulu | 1 - Omar Ali Saifuddin I 2 - Muhammad Jamalul Alam I |
Pengganti | = 1 - Muhammad Jamalul Alam I 2-Muhammad Kanzul Alam |
Pasangan | Raja Isteri Bulan Dayang Asiah |
Anakanda | |
Pengiran Muda Besar Saiful Rizal, Pengiran Muhammad Jamalul Alam, Pengiran Temenggong Muhammad Yusuf, Pengiran Yakub, Pengiran Paduka Tuan Ishak, Pengiran Arshad, Pengiran Muhammad Ali, Pengiran Anak Bima | |
Nama penuh | |
Muhammad Tajuddin ibni Omar Ali Saifuddin I | |
Ayahanda | Omar Ali Saifuddin I |
Bonda | Pengiran Anak Nur Alam |
Keputeraan | محمد تاج الدين Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Kemangkatan | 11 Februari 1807 Istana, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Dimakamkan | Kubah Makam Diraja, Bandar Brunei, Brunei Darussalam |
Agama | Islam |
Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I adalah Sultan Brunei ke 20 dan 22, memerintah sebanyak dua kali iaitu mulai 1795 sehingga 1804 dan mulai 1804 sehingga 1807.
Sebelum menjadi sultan, pada tahun 1780, baginda dilantik oleh ayahanda baginda sebagai Yang Di-Pertuan Muda dan memakai gelaran Paduka Seri Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I. Dengan perlantikan ini, baginda mempunyai kuasa untuk memerintah walaupun pada hakikatnya ayahanda baginda masih menjadi Sultan dengan gelaran Yang Di-Pertuan Besar. Baginda menaiki takhta sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi menggantikan ayahanda baginda yang mangkat pada 10 Julai 1795.Baginda pernah menghantar utusan ke China untuk memasarkan barang-barang Brunei di sana. Baginda juga pernah menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda menitahkan Khatib Haji Abdul Latif menyuratkan Salasilah Raja-Raja Brunei dan menitahkan supaya membuat rumah wakaf untuk jemaah haji Brunei di Makkah. Sepanjang hidup baginda, baginda mendirikan rumah tangga bersama dua orang isteri. Mereka adalah Raja Isteri Pengiran Anak Bulan dan Dayang Asiah.
Hasil perkahwinan baginda, baginda dikurniakan lapan orang putera; iaitu:
Pengiran Muda Besar Saiful Rizal (putera kepada Raja Isteri Pengiran Anak Bulan) Pengiran Muda Tengah Muhammad Alam (putera kepada Raja Isteri Pengiran Anak Bulan) Pengiran Temenggong Sahibul Bahar Pengiran Anak Muhammad Yusuf (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Yakub (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Arshad (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Paduka Tuan Pengiran Anak Ishak (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Muhammad Ali (putera kepada Dayang Asiah) Pengiran Anak Bima (putera kepada Dayang Asiah)
Baginda pernah turun dari takhta kerajaan pada 27 April 1804 dan menyerahkannya kepada anakanda baginda, Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Namun pemerintahan anakanda baginda amatlah singkat dan mangkat pada tahun 1804. Selepas kemangkatan anakanda baginda, baginda sekali lagi menaiki takhta kerajaan pada 10 November 1804. Pada 11 Februari 1807, baginda mangkat dan diganti oleh Sultan Muhammad Kanzul Alam.
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1795 – 1804 |
Penyandang Kemudian |
Omar Ali Saifuddin I | Muhammad Jamalul Alam I |
Penyandang Terdahulu | Sultan Brunei 1804 – 1807 |
Penyandang Kemudian |
Muhammad Jamalul Alam I | Muhammad Kanzul Alam |