{{Infobox royalty |name = Sultan Sharafuddin Idris Shah |title = Sultan Dan Yang di-Pertuan Besar Bagi Negeri Selangor Darul Ekhsan |image = 240830 Sultan of Selangor Meeting (cropped).jpg |caption = Idris pada tahun 2024
|succession = Sultan Selangor |moretext = ke 09 |reign = 22 November 2001 – 2025 kini (23 tahun, 7 bulan dan 8 hari) |coronation = 8 Mac 2003 |predecessor = Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Sultan Hisamuddin Alam Shah |suc-type = Raja Muda |successor = Tengku Amir Shah |reg-type = Menteri Besar Selangor Menteri Besar
|regent =
|birth_name = Tengku Idris Shah ibni Tengku Abdul Aziz Shah
|birth_date = Ralat petik: Tag <ref>
tidak ditutup dengan </ref>
Baginda mempunyai seorang putera, iaitu Tengku Amir Shah yang kini merupakan Raja Muda Selangor.
Pertabalan
Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan telah diadakan pada 8 Mac 2003 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri iaitu Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Hadirin-hadirin lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhammad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, dan Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah merupakan Sultan Melayu pertama menaiki takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.
Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara langsung menerusi sebuah rancangan khas oleh televisyen negara iaitu RTM.[1]
Pendidikan
Baginda belajar di Sekolah Melayu Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada tahun 1950 dan Institusi St. John, Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, baginda melanjutkan pelajaran di Hale School di Perth, Australia.
Seterusnya baginda menyambung pelajaran di Kolej Langhurst di Surrey, Britain pada tahun 1964.
Kerjaya
Pernah menjadi pegawai di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan pejabat Polis Kuala Lumpur.
Pada 3 September 1960 dilantik menjadi Raja Muda Selangor ke-8 . Tetapi majlis pertabalan diadakan pada 1970 di Istana Alam Shah, Klang. Pada 24 April 1999 dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor berikutan ayahandanya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11.
Pada awal tahun 2011, Baginda mengikut nasihat kerajaan persekutuan dalam krisis berkenaan dengan pelantikan setiausaha negeri, pegawai awam tertinggi negeri Selangor. Kerajaan persekutuan melantik Mohd Khusrin Munawi untuk jawatan itu, yang dipersetujui oleh Baginda.[2] Walau bagaimanapun, kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membantah pelantikan tersebut.[3] Akhirnya, kerajaan negeri akur, dan Khusrin memulakan tugasnya pada Februari 2011.[2]
Pada tahun 2016, berikutan krisis politik 'Langkah Kajang', Baginda menarik balik gelaran 'Datuk Seri' Anwar Ibrahim.[4]
Pada tahun 2020, The Straits Times melaporkan bahawa Baginda memiliki saham dalam syarikat yang merancang pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Berikutan laporan dan kemarahan awam, kerajaan negeri membatalkan rancangan itu.[5]
Pada tahun 2022, Malaysiakini melaporkan bahawa kerabat Baginda terlibat dalam syarikat yang diberikan lesen perlombongan di Hutan Simpan Bukit Lagong, bersebelahan dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).[6]
Komander Tentera Laut
Menjadi Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada 27 Ogos 1998. Pentauliahan ini kerana baginda berjaya mengelilingi dunia selama 644 hari mulai 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadinya, Jugra. Kisah pelayaran ini disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia. Baginda meminati bidang pelayaran sebagaimana ahli pelayaran Islam dari Afrika bernama al-Idrisi.
Pada 1997 baginda mengembara 16,000 km dari Beijing ke Paris dengan kereta antik, Ford model B. Oleh itu baginda diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.[7]
Anugerah
Pada 20 Februari 2012, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada Kerajaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D'Honneur (Commander of the French National Order of the Legion of Honour). Penganugerahan telah dilakukan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Perancis, Laksamana Edouard Guillaud di Kedutaan Perancis dekat Kuala Lumpur. Turut hadir ketika penganugerahan berlangsung ialah puteri Sultan, Tengku Zatashah dan Duta Perancis ke Malaysia Martine Dorance. Anugerah berprestij itu yang disampaikan kepada Sultan Selangor adalah untuk mengiktiraf peranan Sultan Sharafuddin dalam mentadbir angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan sebagai pemimpin tertinggi untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.[8]
Pembedahan jantung
Pada 3 Mei 2009, baginda menjalani pembedahan jantung terbuka selama 10 jam di Pusat Perubatan Universiti Stanford di Palo Alto, California, Amerika Syarikat. Pembedahan injap mitra regurgitasi itu terpaksa dilakukan kerana mengalami lecutan pecahan - ukuran bagi keberkesanan jantung - jatuh di bawah 60 peratus dan/atau ventrikel kiri adalah lebih besar daripada 40mm semasa berehat. Lecutan pecahan itu boleh digunakan bagi menganggarkan fungsi ventrikel kiri yang mengepam darah ke seluruh badan. Pembedahan diketuai oleh Prof Dr Craig Miller dan Prof Dr Alan Yeung.[9]
Rujukan
- ^ Tengku Idris kini Sultan Selangor ke-9
- ^ a b A. Ruban (17 Februari 2011). "Khusrin akhirnya mengangkat sumpah". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2012. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ Shazwan Mustafa Kamal (6 Januari 2011). "Sultan Selangor mengekalkan pelantikan Khusrin sah". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2011. Dicapai pada 3 Jun 2011.
- ^ "Sultan Selangor cabut anugerah Datuk Seri kepada Anwar Ibrahim". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 2014-12-04. ISSN 0585-3923. Dicapai pada 2024-03-13.
- ^ Correspondent, Hazlin HassanMalaysia (2020-02-21). "Pakatan Harapan Malaysia bertelagah mengenai rancangan Selangor untuk menghapuskan hutan simpan". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0585-3923. Dicapai pada 2024-03-13.
- ^ Chyuan, Low Choon (2022-10-25). "Bukit Lagong: Lebih banyak kuari dengan hubungan diraja, politik tertera". Malaysiakini. Dicapai pada 2024-03-13.
- ^ "Biodata Sultan Sharafuddin Idris Shah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-01. Dicapai pada 2008-09-23.
- ^ The Star Online - Selangor Sultan conferred French award of distinction
- ^ Sultan Selangor Stabil Selepas Pembedahan Jantung
Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 2001 - kini |
Penyandang Kemudian |
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj | kini |
Keturunan Sultan Sharafuddin Idris Shah
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
- Orang dari Selangor
- Sultan Selangor abad ke-21
- Raja Muda Selangor
- Ahli pelayaran
- Pengembara
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Kelahiran 1945
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang I
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Canselor Universiti Putra Malaysia