Taman Mas Sepang | |
---|---|
Koordinat: 2°58′20.8″N 101°34′53.6″E / 2.972444°N 101.581556°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Sepang |
Mukim | Dengkil |
Kawasan parlimen | Sepang |
Kawasan negeri | Dengkil |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Sepang |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak dipratikkan) |
Poskod | 47130 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Mas Sepang merupakan kawasan perumahan di Daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Mas Sepang merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Dengkil, iaitu satu daripada tiga mukim dalam Daerah Sepang.[1][2] Poskod bagi Taman Mas Sepang ialah 47130 Puchong.[3]
Kedudukan
Kedudukan Taman Mas Sepang dalam Daerah Sepang boleh didefinisikan terletak di bahagian utara daerah tersebut manakala dalam Mukim Dengkil pula, Taman Mas Sepang terletak di bahagian utara.[1]
Petempatan yang terletak serantau dengan Taman Mas Sepang ialah Kampung Tanah Liat, Kampung Kuala Sungai Baru dan Kampung Sri Aman Hilir di sebelah utara. Kampung Seri Aman Dalam dan Taman Puchong Tekali pula terletak di sebelah timur laut. Kawasan ini juga berkongsi sempadan dengan Taman Putra Prima di bahagian barat dan Taman Desiran Bayu di bahagian tenggara. Bandar Saujana Putra pula terletak di bahagian seletan. Di sebelah barat pula, Taman Mas Sepang dibatasi oleh kawasan perindustrian Taman Perindustrian Putra dengan pemisah fizikal iaitu Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah.[1] Taman Mas Sepang mempunyai poskod tersendiri iaitu 47130 dalam daerah pos Puchong.[3]
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Taman Mas Sepang adalah di latitud Bumi dua darjah 58 minit 20.8 saat Utara dan longitud Bumi 101 darjah 34 minit 53.6 saat Timur (2°58′20.8″N 101°34′53.6″E / 2.972444°N 101.581556°E).[2]
Pengangkutan
Pengangkutan awam
Bagi meningkatkan darjah ketersampaian penduduk setempat ke destinasi lain, syarikat Rapid KL telah menyediakan perkhidmatan bas untuk berkhidmat di kawasan Taman Mas Sepang. Laluan bas T603 (Stesen LRT Puchong Prima–Taman Mas Sepang) dalam Koridor Puchong diperkenalkan dan berkhidmat di kawasan ini di sepanjang Jalan Taman Mas. Laluan bas ini menyediakan mobiliti penduduk ke stesen LRT Puchong Prima yang mana menyediakan perkhidmatan Laluan Sri Petaling ke terminal Putra Height dan terminal Ampang atau Sentul Timur.[4][5]
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Selangor Darul Ehsan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b "Taman Mas Sepang, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | T603" [MyRapid - Hentian Bas | T603]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 12 Disember 2023. Dicapai pada 12 Disember 2023.
- ^ Rapid KL (26 Jun 2016). "LRT Line Extension Project – Feeder Bus: T603" [Projek Sambungan Laluan LRT – Bas Perantara: T603]. Facebook (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2025.