Taman Tenaga | |
---|---|
![]() | |
Koordinat: 3°03′18″N 101°37′45″E / 3.055131°N 101.6290721°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Daerah | Petaling |
Mukim | Petaling |
Kawasan parlimen | Puchong |
Kawasan negeri | Kinrara |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Subang Jaya |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak digunapakai) |
Poskod | 47190 |
Kod kawasan | +603 |
Plat pendaftaran kenderaan | B |
Taman Tenaga merupakan kawasan perumahan di Daerah Petaling, Selangor, Malaysia. Secara pentadbiran, Taman Tenaga merupakan sebuah kawasan petempatan yang terletak di dalam Mukim Petaling, iaitu satu daripada empat mukim dalam Daerah Petaling.[1][2] Poskod bagi Taman Tenaga ialah 47190 Puchong.[3]
Lokasi
Taman Tenaga merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Kedudukan Taman Tenaga dalam Daerah Petaling boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tenggara daerah tersebut manakala dalam Mukim Petaling pula, Taman Tenaga terletak di bahagian utara. Taman Tenaga juga merupakan salah satu petempatan yang membentuk Pekan Kinrara. Antara petempatan yang terletak serantau dengannya ialah kawasan Jalan Merbuk, Jalan Helang dan Jalan Enggang dalam Bandar Puchong Jaya di bahagian utara, Taman Bukit Kuchai di bahagian timur laut, Taman Aman Sari di bahagian timur, Seksyen 3 kepada Bandar Kinrara, Seksyen 1 dan 2 kepada Taman Perindustrian Kinrara di bahagian tenggara, kawasan Jalan Tempua, Jalan Tekukur dan Jalan Kenari dalam Bandar Puchong Jaya di bahagian selatan dan Taman Puchong Lagenda dan kawasan Jalan Bangau, Jalan Merpati dan Jalan Rajawali dalam Bandar Puchong Jaya di bahagian barat.[1] Taman Tenaga mempunyai poskod tersendiri iaitu 47190 dalam daerah pos Puchong.[3]
Dari perspektif politik pula, kawasan perumahan Taman Tenaga mencakupi kawasan parlimen Puchong di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Tenaga terletak di dalam kawasan negeri Kinrara.[4]
Taman Tenaga dihubungkan dengan komuniti luar dengan Jalan Taman Tenaga, yang diselia oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya. Jalan Taman Tenaga menyambungkan Jalan Puchong (Jalan Negeri B11) di bahagian utara berdekatan dengan stesen minyak BHPetrol dengan Lebuhraya Bukit Jalil (Jalan Persekutuan 217) di bahagian selatan dekat stesen minyak Petronas dan Pangsapuri Avilla (Avilla Apartment).[1]
Rujukan
- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 9 September 2022.
- ^ Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. "Laporan Gazetir untuk Negeri Selangor Darul Ehsan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 12 Disember 2023.
- ^ a b "Taman Tenaga, Puchong". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). 19 November 2023. Dicapai pada 19 November 2023.
- ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.