| Terminal Penumpang Antarabangsa Yokohama | |
|---|---|
大さん橋国際客船ターミナル | |
Ōsanbashi, Terminal Penumpang Antarabangsa Yokohama | |
![]() | |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Terminal kapal persiaran |
| Lokasi | Yokohama, Kanagawa, Jepun |
| Negara | Jepun |
| Koordinat | 35°27′N 139°39′E |
| Pembukaan | 2002 |
| Dirasmikan pada | 2002 |
| Butiran teknikal | |
| Keluasan tingkat | 34,732 m2 (373,850 ka2) |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | Foreign Office Architects |
| Jurutera penstrukturan | Kunio Watanabe (en) |
| Kontraktor utama | Shimizu Corporation, Toa Construction Corporation |
| Anugerah/hadiah | BCS Prize (en) |
| Maklumat lain | |
| https://osanbashi.jp/ | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tambangan Ōsanbashi (大さん橋, ōsanbashi, disebut [oːsambaɕi]) merupakan tambangan penumpang antarabangsa utama di Kawasan Pelabuhan Yokohama, yang terletak di Naka Ward, Yokohama, Jepun. Ōsanbashi adalah tambangan tertua di Yokohama yang asalnya dibina antara tahun 1889 dan 1896.
Kapal persiaran utama seperti Queen Elizabeth 2 pernah berlepas dari sini. Walau bagaimanapun, kapal seberat 90,000 GWT seperti MS Queen Elizabeth sering terpaksa menggunakan terminal kontainer berhampiran kerana saiznya yang terlalu besar. Tambangan ini terkenal dengan salah satu tempat yang dapat melihat Yokohama Three Towers (The King, Queen and the Jack) dengan indahnya.
Sejarah
Pelabuhan Yokohama telah dibuka secara langsung pada tahun 1859, hasil daripada penandatanganan Perjanjian Persahabatan dan Perdagangan serta Perjanjian Ansei yang dimeterai antara Keshogunan Tokugawa dengan kerajaan-kerajaan Amerika Syarikat, Great Britain, Perancis, Belanda, dan Rusia. Yokohama berkembang pesat sebagai pelabuhan persetiaan dan pusat komersial yang utama disebabkan oleh jaraknya yang dekat dengan Tokyo, air pelabuhan dalam secara semula jadi dan juga perlindungan daripada angin kencang daripada tebing Honmoku.
Pada peringkat awalnya, pelabuhan ini hanya mempunyai dua buah dermaga yang kecil untuk kapal-kapal singgah yang dibina di tapak tambangan Ōsanbashi moden masa kini. Kedua-dua dermaga ini yang dipanggil French Hatoba (Dermaga Perancis) dan English Hatoba (Dermaga Inggeris) terlalu cetek untuk dibarungi oleh kapal-kapal laut dalam. Oleh itu, tongkang terpaksa digunakan untuk mengangkut penumpang dan kargo dari kapal-kapal yang berlabuh di perairan luar pelabuhan. Pada tahun 1894, kerajaan Jepun memperuntukkan dana untuk membina sebuah tambangan keluli yang lebih panjang bagi menggantikan English Hatoba. Tambangan baharu yang direka oleh jurutera British, Henry Spencer Palmer ini mampu memuatkan sehingga empat buah kapal secara serentak.[1]
Walaupun tambangan ini telah dibaiki dan dibesarkan beberapa kali, tambangan ini berjaya diselamatkan daripada Gempa bumi besar Kantō 1923 dan pengemboman ketika Perang Dunia Kedua dengan kebanyakkan struktur tambangan ini terlindung. Ketika pendudukan, tambangan ini dinamakan sebagai Tambangan Selatan dam kekal dibawah pengawasan kuasa pendudukan sehingga 1952.
Pada 1964, pembinaan semula Terminal Penumpang Ōsanbashi disiapkan tempat pada masamya sebelum Sukan Olimpik Musim Panas 1964.
Tambangan sekarang

Bagi memenuhi permintaan terkini, Tambangan Ōsanbashi dibina semula diantara 1988 dan 2002. Terminal penumpang baharu ini dinamakan Terminal Penumpang Antarabangsa Yokohama, direka oleh Foreign Office Architects (Alejandro Zaera-Polo dan Farshid Moussavi). Tambangan ini menjadi subjek pertandingan reka bentuk antarabangsa dengan menarik lebih 660 pilihan. Jeti baharu ini mampu memuatkan sehingga empat buah kapal kelas 30,000 tan atau dua buah kapal kelas 70,000 tan secara serentak.
Ruang legar keberangkatan/ketibaan, kaunter tiket, kastam, imigresen, dewan serbaguna yang besar, serta pelbagai kedai dan kafe, semuanya terletak di tingkat 2 terminal ini. Kemudahan letak kereta disediakan di tingkat 1, manakala di bumbung bangunan terdapat dewan pemerhatian yang luas dan melengkung lembut dengan kawasan berumput, yang terbuka kepada orang awam.
Dalam tempoh yang sama, Lembaga Pelabuhan dan Bandar Raya Yokohama juga membangunkan projek-projek pembaharuan dan pembinaan lain di kawasan tepi laut, seperti projek Minato Mirai 21.

Lihat juga
Nota
- ^ Sabin, Burritt (2002). A Historical Guide to Yokohama (ed. 2nd). Yokohama, Japan: Yurindo Co., Ltd. m/s. 53. ISBN 4-89660-172-6.
Rujukan
- Sakamoto, Tomoko. The Yokohama Project. Actar (March 2003). ISBN 84-95951-18-5
Pauran luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tambangan Osanbashi |
- Ōsanbashi Pier (Port and Harbor Bureau, City of Yokohama)
- History of the Port of Yokohama (Port and Harbor Bureau, City of Yokohama)
- Japanese, English Ōsanbashi Yokohama International Passenger Terminal










