Tawallá (Arab: تولّى ) atau "Mencintai Ahlul Bait" ialah sebahagian daripada rukun subsidiari (Furū al-Dīn) Syiah Imam Dua Belas. Ia diambil daripada ayat al-Quran:
Itulah yang Allah gembirakan (dengannya), hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran yang aku sampaikan itu, (yang aku minta) hanyalah kasih mesra disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku dengan kamu) dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu perkara yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya [Quran 42:23]
Hadith Peristiwa Jubah digunakan untuk menakrifkan siapa kerabat terdekat Nabi Muḥammad s.a.w.