Teluk Kumbar | |
---|---|
Kawasan pinggir bandar George Town | |
Transkripsi lain | |
• Cina | 直落公芭 Zhí luò gōng bā (Pinyin) |
• Tamil | தெலுக் கும்பார் Teluk Kumpār (Transliterasi) |
![]() | |
![]() | |
Koordinat: 5°17′12″N 100°14′18″E / 5.28667°N 100.23833°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bandar | ![]() |
Daerah | Barat Daya |
Keluasan | |
• Jumlah | 6.8 km2 (2.6 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 21,481 |
• Kepadatan | 3,200/km2 (8,200/batu persegi) |
Demografi | |
• Etnik |
|
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tiada |
Poskod | 11920 |
Teluk Kumbar ialah sebuah kawasan pinggir bandar di George Town dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia.[2] Ia terletak kira-kira 17.8 km (11.1 bt) ke selatan pusat bandar, di pantai selatan Pulau Pinang, antara Bayan Lepas di sebelah timur dan Gertak Sanggul di sebelah barat.
Etimologi
[sunting | sunting sumber]Dalam Bahasa Melayu, *Teluk Kumbar* bermaksud teluk kumbar, merujuk kepada pokok Salak (Salacca zalacca; Melayu: kumbar) yang pernah tumbuh di kawasan tersebut.[3][4]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Menurut sejarawan dari Universiti Sains Malaysia, Teluk Kumbar diasaskan oleh dua perintis Melayu iaitu Nakhoda Seedin dari Deli Serdang dan Panglima Long dari Setul sekitar penghujung abad ke-18.[5] Pekan berasaskan pertanian ini merupakan antara beberapa penempatan Melayu autonomi yang wujud di selatan Pulau Pinang pada ketika itu.
Sehingga akhir abad ke-20, penduduk pekan ini bergantung kepada penanaman padi dan aktiviti perikanan sebagai sumber ekonomi utama.[3] Pada tahun 1990-an, pembangunan Teluk Kumbar digerakkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), iaitu sebuah agensi di bawah Kerajaan Persekutuan Malaysia yang ditugaskan membangunkan kawasan luar bandar di Pulau Pinang.
Geografi
[sunting | sunting sumber]Klik pautan di penjuru kanan atas untuk zum masuk.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Setakat 2020[kemas kini], Teluk Kumbar mempunyai populasi seramai 21,481 orang.[1] Melayu membentuk hampir 68% daripada jumlah penduduk, manakala kaum Cina membentuk kira-kira 22%, diikuti oleh kaum India sebanyak 5%.
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Jalan Teluk Kumbar merupakan laluan utama di pekan ini. Ia merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan 6, yang menghubungkan Teluk Kumbar dengan Bayan Lepas di sebelah timur dan Gertak Sanggul di sebelah barat. Untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melebarkan sebahagian jalan ini pada tahun 2017.[6]
Laluan bas Rapid Penang bernombor 308, 401 dan 401E melalui Teluk Kumbar.[7][8][9] Laluan-laluan ini menghubungkan kawasan ini dengan pelbagai destinasi seperti pusat bandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia, Queensbay Mall, Sungai Nibong, Bayan Lepas, dan Balik Pulau.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Teluk Kumbar dilengkapi dengan lima buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah.
Sekolah rendah
Sekolah menengah
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "MyCensus 2020: Mukim/Town/Pekan". Department of Statistics Malaysia. Putrajaya: 174–175. Februari 2024. ISBN 9789672537069.
- ^ "George Town meliputi 'pulau', jelas Datuk Bandar" (PDF). Buletin Mutiara. 1 May 2015.
- ^ a b Raudhah. "Teluk Kumbar". cis.penanglib.gov.my. Dicapai pada 2018-02-14.
- ^ Quattrocchi, Umberto (2017). CRC World Dictionary of Palms: Common Names, Scientific Names, Eponyms, Synonyms, and Etymology. CRC Press. ISBN 9781351651493.
- ^ Haji Salleh, Muhammad (2015). Early History of Penang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. ISBN 9789838616577.
- ^ "Widening of Bayan Lepas-Teluk Kumbar stretch ready in December - Metro News | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-02-09.
- ^ Route map rapidpg.com.my
- ^ Route map rapidpg.com.my
- ^ Route map rapidpg.com.my
- ^ "SK BAYAN LEPAS 2 - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-04.
- ^ "SK SUNGAI BATU - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-14.
- ^ "SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS - PULAU PINANG - Carian Sekolah Malaysia". www.sekolahmy.com. Dicapai pada 2018-02-04.
- ^ "SK Sungai Batu, Bayan Lepas - Malaysia Education Directory". www.apac.com.my. Dicapai pada 2024-11-22.