| Tengku Muhammad Ismail | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu | |||||
Ismail | |||||
| Yang di-Pertuan Muda Terengganu | |||||
| Pemerintahan | 12 Januari 2006 - kini | ||||
| Pemasyhuran | 12 Januari 2006 | ||||
| Didahului oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||
| Keputeraan | Tengku Muhammad Ismail ibni Tengku Mizan 1 Mac 1998 (Umur 27 tahun, 9 bulan dan 18 hari) Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia | ||||
| |||||
| Kerabat | Bendahara | ||||
| Ayahanda | Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||
| Bonda | Sultanah Nur Zahirah | ||||
| Agama | Islam | ||||
Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin (diputerakan pada 1 Mac 1998) merupakan Yang di-Pertuan Muda Terengganu.
Baginda adalah putera sulung dan anakanda kedua kepada KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Kehidupan peribadi
Baginda merupakan anakanda kedua daripada 4 orang adik-beradik. Baginda mempunyai seorang kekanda dan 2 orang adinda:
- Yang Amat Mulia Tengku Nadhirah Zahrah (Tengku Puteri Utama Raja)
- Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Mua'az (Tengku Sri Setia Mahkota Raja)
- Yang Amat Mulia Tengku Fatimatuz Zahra’ (Tengku Puteri Daulath Raja)
Pendidikan
Baginda mendapat pendidikan di Garden International School di Kuala Lumpur. Baginda juga khabarnya melanjutkan pelajaran di luar negara di United Kingdom.
Pewarisan takhta
Baginda berada dalam barisan pertama dalam kedudukan sistem pewarisan takhta kerajaan negeri Terengganu dan diisytihar sebagai Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu.
Baginda dan Majlis Penasihat Pemangku Raja
Pada 13 Disember 2006, baginda dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu mengikut Syarat (1) Fasal 16AA, Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Kedua) mengenai Pelantikan Pemangku Raja. Baginda dibantu oleh tiga orang ahli Majlis Penasihat Pemangku Raja yang ditubuhkan berikutan Baginda yang belum mukallaf (boleh menjalankan tanggungjawab sendiri) untuk mentadbir negeri Terengganu bersendirian.
| Ahli | Keterangan | Catatan |
|---|---|---|
| Tengku Baderulzaman ibni Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah | Tengku Sri Panglima Raja Terengganu | Pengerusi |
| Tengku Abdullah Sulaiman Shah ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah | Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu | Ahli |
| Datuk Haji Abdul Kadir bin Haji Sulaiman | Hakim Mahkamah Persekutuan | Ahli |
Baginda dan Majlis Perwakilan Pemangku Raja
Pada 26 Ogos 2010, baginda sekali lagi dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu setelah ayahandanya berpuas hati bahawa baginda telah mukallaf.[1] Akan tetapi, berikutan baginda masih melanjutkan pelajaran di England, Majlis Perwakilan Pemangku Raja ditubuhkan menggantikan fungsi Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dibubarkan.
| Ahli | Keterangan | Catatan |
|---|---|---|
| Tengku Mustafa Kamel ibni Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah | Tengku Sri Bendahara Raja Terengganu | Pengerusi |
| Tengku Abdullah Sulaiman ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah | Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu | Ahli |
| Datuk Abdul Kadir Sulaiman | Hakim Mahkamah Persekutuan | Ahli |
Peranan
Pada 19 Julai 2009, baginda dilantik sebagai Penaung Persekutuan Pengakap Malaysia bagi negeri Terengganu.
Darjah kebesaran
Baginda telah dianugerahkan:
Terasul dan gelaran
| Gaya bagi Tengku Muhammad Ismail | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Duli Yang Teramat Mulia |
| Gaya percakapan | Tuanku |
| Gaya alternatif | Yang di-Pertuan Muda |
- 1 Mac 1998 - 15 Mei 1998: Yang Mulia Tengku Muhammad Ismail bin Tengku Mizan Zainal Abidin
- 15 Mei 1998 - 12 Januari 2006: Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
- 12 Januari 2006 - 12 November 2006: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu
- 12 November 2006 - 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu
- 12 Disember 2011 - kini: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Muda Terengganu








