Tengku Zulpuri Shah Raja Puji | |
---|---|
تڠكو ذوالڤوري شاه راج ڤوجي | |
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Sultan Muhammad V (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2020) |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Xavier Jayakumar Arulanandam |
Didahului oleh | James Dawos Mamit (Air) Hamim Samuri (Sumber Asli) |
Digantikan oleh | Ali Biju (Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli) Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air) |
Kawasan pilihan raya | Raub |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Raub | |
Dalam jawatan 9 Mei 2018 – 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (PR–DAP) |
Digantikan oleh | Chow Yu Hui (PH−DAP) |
Majoriti | 3,159 (2018) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Tras | |
Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
Didahului oleh | Chow Yu Hui (PH−DAP) |
Majoriti | 11,397 (2022) |
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang bagi Mentakab | |
Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Chuah Boon Seong (BN–MCA) |
Digantikan oleh | Woo Chee Wan (PH−DAP) |
Majoriti | 1,554 (2013) |
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik | |
Dalam jawatan 20 Mac 2022 – 16 Mac 2025 | |
Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
Pengerusi Kebangsaan | Lim Guan Eng |
Didahului oleh | Teresa Kok Suh Sim |
Naib Pengerusi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
Dalam jawatan 12 November 2017 – 20 Mac 2022 | |
Setiausaha Agung | Lim Guan Eng |
Pengerusi | Tan Kok Wai |
Didahului oleh | Ariffin S.M Omar |
Peranan lain | |
2013–2018 | Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji 15 Julai 1964 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2000) |
Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (2000–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
Kediaman | Pahang |
Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Jawi: تڠكو ذوالڤوري شاه بن راج ڤوجي; lahir 15 Julai 1964) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Tras sejak November 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Xavier Jayakumar Arulanandam dari Julai 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran PH pada Februari 2020 serta sebagai Ahli Parlimen (MP) Raub dari Mei 2018 hingga November 2022. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pahang dan ADUN Mentakab dari Mei 2013 hingga Mei 2018 serta pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan. Beliau kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP sejak Mac 2022 dan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Pahang. Beliau juga pernah memegang jawatan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP dari November 2017 hingga Mac 2022. Selain itu, beliau merupakan satu-satunya Melayu yang menjadi Ahli Parlimen DAP dari tahun 2018 hingga 2022.[1]
Kerjaya politik
Pelantikan sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP
Pada 20 Mac 2022, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Zulpuri Shah telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP bersama-sama dengan Sivakumar Varatharaju dan Liew Chin Tong, berkhidmat di bawah Setiausaha Agung, Anthony Loke.[2]
Kehidupan peribadi
Beliau juga merupakan kerabat diraja Pahang[3] dan anak kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas Timbalan Pesuruhjaya Pahang dan bekas ahli jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS).[4][5][6]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2013 | N30 Mentakab | Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) | 7,882 | 55.47% | Chuah Boon Seong (MCA) | 6,328 | 44.53% | 14,430 | 1,554 | 84.93% | ||
2022 | N07 Tras | Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) | 17,255 | 62.32% | Lim Teck Hoe (MCA) | 5,858 | 21.16% | 28,001 | 11,397 | 72.23% | ||
Amirul Kuek (GERAKAN) | 4,233 | 15.29% | ||||||||||
Mohd Tahir Kassim (PUTRA) | 340 | 1.23% |
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | P080 Raub | Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) | 20,659 | 44.89% | Chew Mei Fun (MCA) | 17,500 | 29.66% | 46,971 | 3,159 | 81.37% | ||
Mohd Nilam Abd Manap (PAS) | 7,866 | 17.09% | ||||||||||
2022 | P079 Lipis | Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP) | 6,366 | 17.75% | Abdul Rahman Mohamad (UMNO) | 17,672 | 49.29% | 36,343 | 6,118 | 76.09% | ||
Mohamad Shahrum Osman (BERSATU) | 11,554 | 32.22% | ||||||||||
Aishaton Abu Bakar (PEJUANG) | 263 | 0.76% |
Rujukan
- ^ "DAP finalises CEC lineup – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ "Loke elected new DAP secretary-general". FMT. 20 Mac 2022. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ^ MEI, WONG PEK. "PRU13: DAP Umum Calon Negeri Pahang – Berita Semasa | mStar". www.mstar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ "Meet Malaysia's New Cabinet". 2 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Julai 2018.
- ^ "Pahang assembly: Mentakab rep Tengku Zulpuri Shah Raja Puji chosen Opposition leader – Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Julai 2018. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ "Follow example of Pahang MB, Kit Siang tells politicians". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 29 November 2017. Dicapai pada 18 Julai 2018.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.
- ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.