Tepuk Amai Amai تڤوق أماي أماي | |
---|---|
Maklumat am | |
Nama lain | Pok Amai Amai |
Asalan budaya | ![]() |
Asal usul | ![]() |
Bentuk terbitan | Domain awam |
Genre lakuran | |
Lagu rakyat | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
"Tepuk Amai-amai" (Jawi: تڤوق أماي٢), juga dikenali sebagai "Pok Amai-amai", ialah sebuah lagu rakyat Melayu yang popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Ia merupakan sejenis lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan sambil bertepuk tangan secara berpasangan. Lirik dalam Tepuk Amai-amai terbina daripada pantun. Ia seolah-olah menggambarkan seorang kakak yang mahu menenangkan adiknya yang masih kecil sementara ibu mereka sedang bekerja.[1]
![]() |
| ||||
Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media. |
Lirik
Tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
Emak upah susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Emak ada kerja.
Belalang kupu-kupu,
Tepuk ramai-ramai,
Emak upah susu.
Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Emak ada kerja.
Sejarah
Tidak terdapat rekod tertentu mengenai asal usul sebenar lagu Tepuk Amai-amai. Bagaimanapun, ia diyakini berasal daripada masyarakat Melayu yang kaya dengan seni dan kebudayaan tradisional. Rekod terawal lagu ini dicatatkan oleh seorang pegawai Inggeris yang berusaha melakukan penyelidikan tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu bernama R.O Winstedt. Beliau mengumpulkan lagu-lagu rakyat dalam bentuk pantun dari negeri Selangor dan Perak, yang kemudian dimuatkan dalam jurnal bertajuk Malay Nursery Rhymes pada tahun 1917. Di antara pantun-pantun yang dikumpulkannya itu, terdapat rangkap lagu Tepuk Amai Amai.[2]
Kemudian pada tahun 1951, di bawah pentadbiran British Malaya lagu ini telah dirakamkan untuk pertama kalinya di dalam piring hitam Columbia Orchestra yang diketuai oleh Osman Ahmad dan dinyanyikan oleh Miss Julia.[3]
Rujukan
- ^ [https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19700517-1.2.72?qt=pok,%20amai,%20amai&q=pok%20amai%20amai'ADEK SAYANG' PENOH IRAMA DAN DIDEKAN Berita Harian, 17 Mei 1970, halaman 11]
- ^ Winsteadt - Malay Nursery Rhymes
- ^ [https://www.discogs.com/release/15021616-Julia-Permata-Nilan-Tepok-Amai-Amai Julia - Tepok Amai-Amai