The Best Of Siti Nurhaliza | ||||
---|---|---|---|---|
![]() | ||||
Album himpunan oleh | ||||
Dilancarkan pada | 30 April 2000 | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 60:04 | |||
Syarikat | Suria Records EMI Music Malaysia | |||
Kronologi Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Single daripada The Best Of Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata![]() |
The Best Of Siti Nurhaliza[1] ialah sebuah album kompilasi oleh Siti Nurhaliza.[1] Album ini merupakan album kompilasi pertamanya yang dikeluarkan pada 30 April 2000 dan menampilkan lagu-lagu hits terbaik beliau serta termasuk dua lagu baru. Album ini boleh didapati di pasaran dalam bentuk CD dan VCD.
Keluaran
The Best Of Siti Nurhaliza menjadi album kompilasi pertama Siti Nurhaliza selepas muncul dengan enam album studio dari 1996 sehingga awal 2000. Album ini menampilkan 10 lagu-lagu popular beliau dari tiga albumnya Siti Nurhaliza II (1997), Adiwarna (1998) dan Pancawarna (1999) serta memuatkan dua lagu baru — "Gelora Kasih" ciptaan Johari Teh dan "Dalam Taman Syahdu" ciptaan Fauzi Marzuki.
Album ini dikeluarkan pada 30 April 2000 di Malaysia dan telah terjual sebanyak 60, 000 unit.[2] The Best of Siti Nurhaliza dilancarkan di Indonesia pada Mei 2000 dan menerima pensijilan Emas oleh ASIRI dengan jualannya mencecah 75, 000 unit,[3] sekaligus menduduki kedudukan kedua di Carta RIM.
Senarai lagu
No. | Tajuk | Penulis | Penerbit | Masa | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Dalam Taman Syahdu" (Lagu baru) | Johari Teh | Yaries | 4:49 | ||||||
2. | "Gelora Kasih" (Lagu baru) | Fauzi Marzuki | Lukhman S. | 5:27 | ||||||
3. | "Engkau Bagaikan Permata" (Dari album Pancawarna) | Sham Amir Hussain | Helen Yap | 5:09 | ||||||
4. | "Nian di Hati" (Dari album Pancawarna) | Azam Dungun | Azmeer | 5:22 | ||||||
5. | "Seribu Kemanisan" (Dari album Pancawarna) | Hazlan Abu Hassan | Zulkefli Majid | 4:59 | ||||||
6. | "Gelora Asmara" (Dari album Adiwarna) | Hazida | Adnan Abu Hassan | 4:21 | ||||||
7. | "Kau Kekasihku" (Dari album Pancawarna) | Alam Maya | Ajai | 5:24 | ||||||
8. | "Kesilapanku, Keegoanmu" (Dari album Siti Nurhaliza (1997)) | Baiduri | LY | 5:25 | ||||||
9. | "Satu Cinta Dua Jiwa" (Dari album Adiwarna) | Ucu | Azlan Abu Hassan | 4:08 | ||||||
10. | "Purnama Merindu" (Dari album Adiwarna) | Lukhman S | Azmeer | 4:26 | ||||||
11. | "Lagu Ku Di Hatimu" (Dari album Adiwarna) | Siti Nurhaliza | Salman | 4:34 | ||||||
12. | "Diari Hatimu" (Dari album Adiwarna) | Ferdi Khalid | Ferdi Khalid | 6:00 | ||||||
Jumlah masa: 60:04 |
Kedudukan carta
- Album
Carta (2000) | Kedudukan tertinggi carta |
---|---|
Malaysia (Carta RIM) | 2[4] |
- Single
Tahun | Tajuk | Kedudukan tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Radio Muzik | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | |||||||
2000 |
Gelora Kasih |
8 | - | - | - | |||||
Dalam Taman Syahdu |
- | 1 | - | - |
Pensijilan
Negara | Pensijilan | Jualan/penghataran |
---|---|---|
Malaysia | 60, 000[2] | |
Indonesia | ASIRI Platinum[3] | 75, 000[3] |
Rujukan
- ^ a b The Best of Siti Nurhaliza (liner notes). Siti Nurhaliza. Suria Records. 2000. SRCD 00-23484.CS1 maint: others (link)
- ^ a b Best of 2000 Diarkibkan 2014-10-23 di archive.today Marina Abdul Ghani (2 January 2001). Malay Mail. Accessed on 25 July 2014.
- ^ a b c Siti Nurhaliza Yang Tetap Bersahaja. (19 July 2003). cybertainment.cbn.net.id. Simply Siti Nurhaliza Zone. Diperoleh pada 18 Disember 2010.
- ^ Hisham Harun's Hit List Hisham Harun (20 September 2000). New Straits Times, Accessmylibrary.com. Retrieved on 6 February 2013.