The Fabulous Cats | |
---|---|
![]() The Fabulous Cats pada tahun 2013. Dari kiri ke kanan: Hairool, Afif, Zizi dan Cat Farish | |
Maklumat latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | TFC |
Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Tahun aktif | 2006–2015 |
Syarikat rakaman |
|
Kegiatan berkaitan |
|
Bekas anggota | |
Pautan berkaitan | |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
The Fabulous Cats (singkatan; TFC) ialah sebuah kumpulan hip-hop Malaysia yang mula dibentuk di Kuala Lumpur pada 2006. Ia diasaskan Cat Farish sebagai sebuah kumpulan projek solonya setelah meninggalkan Ruffedge pada ketika itu. Kumpulan itu pada awalnya dibarisi oleh Cat Farish bersama Adeep, Ellie dan DJ Sumo. Sepanjang hampir sedekad berkecimpung dalam arena muzik, mereka berjaya menerbitkan sebanyak tiga buah album studio dan beberapa buah single. Namun, kumpulan ini sering kali berdepan dengan pertukaran ahli, terutamanya ahli wanita mereka.[1]
Sejarah
The Fabulous Cats diwujudkan sebagai sebuah projek solo Cat Farish selepas meninggalkan Ruffedge pada April 2006. Kumpulan ini melancarkan single sulung mereka berjudul "Gila-Gila Bola" yang menjadi lagu tema Piala Dunia FIFA 2006.
Pada tahun 2011, salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.[2]
Gaya muzik dan pengaruh
The Fabulous Cats telah digambarkan sebagai hip-hop, R&B dan pop. Ia turut menggabungkan pelbagai genre muzik lain seperti ska, reggae, elektropop, rock, funk, soul dan opera.
Kumpulan itu menjadikan Black Eyed Peas sebagai pengaruh dan landasan utama. Ini disebutkan oleh Adeep sendiri yang mengatakan bahawa di Malaysia ketika itu belum pernah lagi ada mana-mana kumpulan muzik dengan pengaruh Black Eyed Peas. The Fabulous Cats mengambil pendekatan ini untuk tampil dengan imej yang bersahaja supaya Cat Farish tidak terlalu berasa janggal.[3]
Ahli kumpulan
Berikut ialah senarai ahli kumpulan The Fabulous Cats:
- Cat Farish – vokal, rap (2006–2015)
- Adeep – vokal (2006–2011)
- DJ Sumo – turntablis (2006–2009)
- Ellie – vokal (2006–2007)
- Alya – vokal (2007)
- Farhana – vokal (2007–2009)
- Wangi – vokal (2009–2011)
- Zizi – vokal (2009–2015)
- Afif (AF9) – vokal (2013–2015)
- Hairool – vokal (2013–2015)
Ahli gantian
- Afiq – vokal (2012)
- DJ Krates – turntablis (2012)
- Isyariana – vokal (2014)
Garis masa
Nota: Adeep dan Wangi tampil dalam album ketiga. Album ketiga menampilkan lagu-lagu single yang dirakam dari 2010 hingga 2013. Afif dan Hairool tidak merakamkan album ketiga.

Diskografi
Album studio
- Fantastik (2007)
- Hyperkosmik (2008)
- Fabulousity (2013)
Single
Lagu | Album | Tahun/tarikh dilancarkan |
---|---|---|
"Gila-Gila Bola" (Single khas untuk Piala Dunia FIFA 2006) | Single tanpa album | 2006 |
"Papa Jahat" | Fantastik | |
"Fantastik" | 2007 | |
"Macam Itu Ini" (duet bersama Phlowtron) | ||
"Rimas" | ||
"Bila-Bila Katakan" | ||
"Ola Ole" | Hyperkosmik | 2008 |
"Bawa Ku Terbang" | ||
"Slot Akasia" | ||
"Ratu Novella" | ||
"Lari" (bersama Kombatt) | ||
"Cinta Kosmik" | Fabulousity | 1 Februari 2010 |
"Pergilah Ayu" | 2010 | |
"Terbaik Untukmu" | 2011 | |
"Muncul Kamu" | 11 Mac 2011 | |
"Bila Kita Lupa Sujud" | ||
"Suka Suka" | 10 Januari 2012 | |
"Sebulatnya" | Single tanpa album | 18 April 2013 |
Filemografi
Filem
Tahun | Filem | Catatan |
---|---|---|
2010 | Cuti-Cuti Cinta | Filem pertama |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2009 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-22 | Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ The Fabulous Cats: Rombak ahli kumpulan Harian Metro. Dicapai pada 25 Julai 2013.
- ^ Adeep Keluar Fabulous Cats Untuk Berdakwah Diarkibkan 2018-09-02 di Wayback Machine mStar Online. Diperoleh pada 25 Ogos 2011.
- ^ Terpaling Podcast: Episod 10 - Raplah Sangat oleh RTMklik. 23 Ogos 2025.