| Tiroiditis Hashimoto | |
|---|---|
Keadaan tiroid pesakit Tiroiditis Hashimoto dilihat dibawah mikroskop | |
| Penamaan | |
| Dinamakan sempena | Hakaru Hashimoto |
| Nama lain | Tiroiditis limfositik kronik, tiroiditis autoimun, struma limfomatosa, penyakit Hashimoto |
| Keterangan | |
| Punca | Genetik dan faktor persekitaran.[1] |
| Biasa mula berlaku | 30–50 tahun[2][3] |
| Jenis | |
| Gejala | Tidak menyakitkan goiter, pertambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan[2] |
| Kerumitan | Tiroid lifoma.[4] |
| Faktor risiko | Sejarah keluarga, penyakit autoimun[2] |
| Rawatan | |
| Pengkhususan | Endokrinologi |
| Kaedah diagnosis | TSH, T4, [autoantibodi anti-tiroid]][2] |
| Diagnosis pembezaan | Graves' disease, nontoxic nodular goiter[5] |
| Langkah rawatan | Levothyroxine, pembedahan[2][5] |
| Perangkaan | |
| Kekerapan | 5% [1] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Tiroiditis Hashimoto, juga dikenali sebagai tiroiditis limfositik kronik dan penyakit Hashimoto, ialah penyakit autoimun di mana kelenjar tiroid mengalami kerosakan secara beransur-ansur. [2] [6] Tiada gejala yang mungkin dilihat pada peringkat awal. [2] Tiroid akan mengalami tumbesaran secara perlahan lahan, membentuk goiter yang tidak menyakitkan. [2] Bergantung kepada pesakit, sesetengah pesakit mungkin mengalami hipotiroidisme dengan penambahan berat badan, rasa letih, sembelit, kemurungan, dan sakit umum. [2] Selepas bertahun-tahun, saiz tiroid biasanya mengecut. [2] Komplikasi yang berpotensi termasuk limfoma tiroid . [4]
Tiroiditis Hashimoto dianggap sebagai sebuah penyakit yang merupakan gabungan daripada masalah genetik dan persekitaran . [1] Faktor yang meningkatan risiko termasuklah sejarah keluarga dan pesakit mengidap penyakit autoimun yang lain. [2] Diagnosis disahkan dengan ujian darah untuk TSH, T4 dan autoantibodi anti-tiroid . [2] Simptom yang sama seperti penyakit ini boleh juga dilihat pada penyakit Graves dan goiter nodular bukan toksik . [5]
Tiroiditis Hashimoto kerap dirawat mengunakan levothyroxine.[2][7] Sekiranya masalah tiroid tidak dikesan, sesetengah doktor akan mengesyorkan tiada rawatan dibuat manakala sesetengah yang lain akan cuba untuk merawat saiz goiter yang membengkak.[8] Mereka yang dijangkiti perlu mengelakkan memakan makanan tinggi iodin; walau bagaimanapun, iodin diperlukan sekiranya pesakit sedang hamil. Pembedahan adalah sangat jarang didalam kes ini.[5]
Tiroiditis Hashimoto menjejaskan sehingga 5% orang Kaukasia sepanjang hidup mereka. [1] Ia biasanya dikesan diantara umur 30 hingga 50 tahun, dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki. [2] [3] Kadar jangkitan juga dilihat mengalami peningkatkan akhir akhir ini. [5] Ia pertama kali dijelaskan oleh pakar perubatan Jepun Hakaru Hashimoto pada tahun 1912. [9] Pada tahun 1957 ia diiktiraf sebagai gangguan autoimun. [10]
Rujukan
- ^ a b c d Pyzik, A; Grywalska, E; Matyjaszek-Matuszek, B; Roliński, J (2015). "Immune disorders in Hashimoto's thyroiditis: what do we know so far?". Journal of Immunology Research. 2015: 979167. doi:10.1155/2015/979167. PMC 4426893. PMID 26000316.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n "Hashimoto's Disease". NIDDK. May 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2016. Dicapai pada 9 August 2016.
- ^ a b Hiromatsu, Y; Satoh, H; Amino, N (2013). "Hashimoto's thyroiditis: history and future outlook". Hormones (Athens, Greece). 12 (1): 12–8. doi:10.1007/BF03401282. PMID 23624127.
- ^ a b Noureldine, SI; Tufano, RP (January 2015). "Association of Hashimoto's thyroiditis and thyroid cancer". Current Opinion in Oncology. 27 (1): 21–5. doi:10.1097/cco.0000000000000150. PMID 25390557.
- ^ a b c d e Akamizu, T; Amino, N; DeGroot, LJ; De Groot, LJ; Beck-Peccoz, P; Chrousos, G; Dungan, K; Grossman, A; Hershman, JM; Koch, C; McLachlan, R; New, M; Rebar, R; Singer, F; Vinik, A; Weickert, MO (2000). "Hashimoto's Thyroiditis". PMID 25905412. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ^ "Hashimoto's disease". Office on Women’s Health, U.S. Department of Health and Human Services. 12 June 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2017. Dicapai pada 17 July 2017.
- ^ "Hashimoto Thyroiditis – Endocrine and Metabolic Disorders". Merck Manuals Professional Edition (dalam bahasa Inggeris). July 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2017. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ "Hashimoto Thyroiditis – Hormonal and Metabolic Disorders". Merck Manuals Consumer Version (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2017. Dicapai pada 30 December 2017.
- ^ Shoenfeld, Yehuda; Cervera, Ricard; Gershwin, M. Eric (2010). Diagnostic Criteria in Autoimmune Diseases (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 216. ISBN 9781603272858. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 29 August 2017.
- ^ Moore, Elaine A.; Wilkinson, Samantha (2009). The Promise of Low Dose Naltrexone Therapy: Potential Benefits in Cancer, Autoimmune, Neurological and Infectious Disorders. McFarland. m/s. 30. ISBN 9780786452583. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2020. Dicapai pada 29 August 2017.









