Toksik Cinta ialah sebuah drama web televisyen Malaysia 2025 terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Fazli Yahya. Ia dibintangi oleh Riena Diana, Aqasha, Keith Foo dan Cristina Suzanne. Drama ini memulakan tayangan perdana di Tonton pada 27 Oktober 2025.
| Toksik Cinta | |
|---|---|
| Genre | |
| Ditulis oleh | Eirma Fatima |
| Pengarah | Pali Yahya |
Dibintangi oleh | |
| Lagu pembukaan | "Fantasia" - Jimi Kamal |
| Lagu penutup | "Fantasia" - Jimi Kamal |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 30 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Ahmad Arri Abdullah |
| Penerbit | Eirma Fatima |
| Penyunting | DibDib Studio (Pasca produksi) |
| Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra Sdn Bhd |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | Tonton |
| Format gambar | |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 27 Oktober 2025 – kini |
Sinopsis
Kisah bermula dengan Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem terkenal yang jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana), seorang pempengaruh dan pelakon muda yang semakin meningkat naik. Percintaan mereka bermula indah dan berakhir di jinjang pelamin, namun kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila Karmila memfailkan penceraian setelah mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan. Dibantu oleh peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila membawa kes tersebut ke mahkamah dan membuka kisah sebenar yang dipenuhi rahsia, manipulasi dan permainan emosi.
Pelakon
Pelakon utama
- Riena Diana sebagai Karmila
- Aqasha sebagai Alfi
Pelakon pembantu
- Keith Foo sebagai Amsyar
- Cristina Suzanne sebagai Farhana
- Dayang Areeda sebagai Eez
- Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
- Shahidan Rahmat sebagai Syamiel
- Naque Ariffin sebagai Ramli
- Atoi Tohet sebagai Hairi
Penampilan khas
- Tony Eusoff sebagai Dato' Ben
- Esma Daniel sebagai Sufian
- Izzue Islam sebagai dirinya sendiri
- Hasnul Rahmat sebagai Ayah Karmila
- Vanida Imran sebagai Ibu Karmila








