Tugasan aktif berlawanan dengan tugasan simpanan, merupakan satu pekerjaan sepenuh masa dalam angkatan tentera.[1]
India
Angkatan Tentera India dianggap salah satu daripada negara yang mempunyai saiz anggota tugasan aktif terbesar di dunia, dengan hampir seramai 1.42 juta anggota tentera. Selain tambahan 2.20 juta anggota dalam tugasan simpanan yang boleh diaktifkan dalam masa beberapa minggu bergantung pada situasi di bawah arahan Presiden India yang juga merupakan Komander dan Panglima Angkatan Tentera India. Jumlah ini tidak termasuk tambahan 1 juta anggota separa tentera yang juga merupakan sebuah pasukan aktif dengan tanggungjawab penuh untuk menjaga kedaulatan negara daripada ancaman dalam and luar.
Israel
Dalam Pasukan Pertahanan Israel, terdapat dua jenis tugasan aktif: perkhidmatan regular (Ibrani: שרות סדיר, rumi: Sherut Sadir), dan tugasan simpanan aktif (Ibrani: שרות מילואים פעיל, rumi: Sherut Milu'im Pa'il, abbr. Shamap). Perkhidmatan regular merujuk sama ada perkhidmatan wajib (Ibrani: שרות חובה, rumi: Sherut Hova), berdasarkan undang-undang Israel, atau perkhidmatan tentera (Ibrani: שרות קבע, rumi: Sherut Keva), yang terdiri daripada NCO dan pegawai bergaji.
Perkhidmatan simpanan aktif merujuk pada masa sebenar di mana para anggota simpanan dipanggil bertugas. Ia berbeza daripada sekali pada beberapa tahun kepada setiap bulan pada setiap tahun. Semasa dalam tugasan simpanan aktif, undang-undang tentera boleh dikenakan kepada anggota simpanan, tindakan serupa kepada anggota tentera tetap.
Pakistan
Angkatan Tentera Pakistan merupakan salah satu negara yang memiliki anggota tentera aktif terbesar di dunia, dengan hampir 654,000 anggota sepenuh masa, di sebabkan keadaan kompleks dan tidak stabil dalam hubungan Pakistan dengan India dan wilayah Kashmir, sempadan yang bolos dengan Afghanistan. Tambahan 550,000 anggota simpanan separuh masa boleh diaktifkan dalam beberapa minggu bergantung pada situati, dengan arahan Presiden Pakistan yang mana merupakan Komander dan Panglima Angkatan Tentera Pakistan. Jumlah ini tidak termasuk tambahan 385,000 orang dalam Pasukan Bersenjata Awam yang juga merupakan anggota aktif yang bertanggungjawab untuk mengawal sempadan luar.
Amerika Syarikat
Dalam tentera Amerika Syarikat, tugasan aktif merujuk kepada anggota tentera yang sedang berkhidmat dan memegang status karier sepenuh masa dalam angkatan tentera.[2] Status sepenuh masa tidak terhad kepada anggota komponen aktif dalam perkhidmatan tentera; anggota mana-mana tiga komponen (aktif, simpanan, dan Pengawal Kebangsaan) mungkin diletakkan di dalam status aktif. Kesemua anggota di dalam komponen aktif adalah status aktif. Anggota simpanan mungkin diletakkan ke dalam status aktif sebagai unit atau individu. Unit mungkin akan diaturgerak untuk menyokong operasi, seperti unit-unit simpanan yang diaturgerak untuk menyokong Perang Menentang Keganasan Global atau seseorang yang dipanggil dalam Amerika Syarikat untuk menyediakan menyokong pihak berkuasa awam. Individual mungkin diletakkan ke dalam status aktif dalam sebahagian program Simpanan Pengawal Aktif, untuk melengkapi unit-unit komponen aktif atau simpanan, atau untuk menghadiri latihan tentera sepenuh masa.
Rujukan
- ^ active duty. Merriam Webster. Retrieved: 28 August 2021.
- ^ "Active Duty vs. Reserve or National Guard". www.va.gov. Dicapai pada 2020-04-03.