Republik Turkmenistan ريڤوبليك تورکمنيستان Türkmenistan | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Türkmenistan Respublikasynyň Döwlet Gimni | |||||
Lokasi Turkmenistan | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Ashgabat | ||||
Bahasa rasmi | Turkmen | ||||
Bahasa umumyang diakui | Rusia, Uzbek | ||||
Demonim | Turkmen | ||||
Kerajaan | Republik berpresiden | ||||
• Presiden | Serdar Berdimuhamedow | ||||
Kemerdekaan dari Soviet Union | |||||
• Pengisytiharaan | 27 Okotber, 1991 | ||||
• Pengiktirafan | 28 Oktober, 1991 | ||||
4.9 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 6,387,922 (113) | ||||
• Bancian Penduduk 1997 | 1,976,457 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $72.22 billion (85) | ||||
$11,305 (86) | |||||
HDI (2019) | 0.689 sederhana · 110 | ||||
Mata wang | Turkmen Manat ( TMM ) | ||||
Zon waktu | UTC+5 (TMT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+5 (tidak diperhati) | ||||
Kod panggilan | +993 | ||||
Kod ISO 3166 | TM | ||||
DPT internet | .tm |
Republik Turkmenistan (Bahasa Turkmen:Türkmenistan Respublikasy), juga dikenali sebagai Turkmenia (Bahasa Rusia: Туркмения). Sehingga tahun 1990, Turkmenistan masih tergolong dalam perlembagaan Kesatuan Soviet, yang bernama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan. Turkmenistan terletak di Asia Tengah dan bersempadan terus dengan Iran di selatan, Afghanistan di tenggara, Uzbekistan di utara, Kazakhstan di barat laut dan Laut Kaspia di barat. Sebahagian besar wilayahnya merupakan hamparan gurun pasir Karakum. Negara ini memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia.[1]
Sehingga kini, Turkmenistan menjalankan sistem politik parti tunggal. Sistem ini dianggap tidak memenuhi prinsip-prinsip dasar demokrasi.[2]. Sejak kemerdekaannya dari Kesatuan Soviet, Turkmenistan dipimpin oleh Saparmurat Atayevich Niyazov, bahkan beliau menggelarkan dirinya sebagai Turkmenbashi (Bahasa Turkmen: Türkmenbaşy, "Pemimpin Bangsa Turkmen"). Pada 21 Disember 2006, beliau meninggal dunia dan digantikan oleh Gurbanguly Mälikgulyýeviç Berdimuhammedow yang dilantik oleh Dewan Keamanan Negara Turkmenistan, melalui pilihan raya pada 11 Februari 2007.
Sejarah
Sejarah awal
Wilayah Turkmenistan telah lama dikenali ramai ahli pengkaji sejarah. Kebanyakan ketenteraan dari pelbagai kerajaan yang dikerah ke wilayah ini demi mendapatkan wilayah yang lebih makmur. Wilayah ini sudah lama dikenal terutama oleh pelbagai empayar Parsi. Sejarah wilayah ini dimulai waktuKaisar Akhemeniyah (empayar kuno pertama Persia) penaklukan wilayah ini dan dibahagikan kepada tiga wilayah, Margiana, Khwarezmia dan Parthia.
Alexander Agung menakluk wilayah ini pada abad keempat SM pada perjalanannya menuju Asia Tengah, dan pada waktu itu pula Laluan Sutra dibangunkan sebagai laluan perdagangan utama yang menghubungkan Asia dan kawasan Mediterranian. Beberapa abad kemudian, empayar Parthia Persia ditubuhkan dengan ibu kotanya di Nisa, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO, kini berada sekitar 18 km di barat daya Ashgabat. Setelah kejatuhan empayar Parthia, wilayah ini kerap kali dijajah oleh pelbagai empayar Iran selama beberapa abad.
Zaman Islam dan Pertengahan
Pada abad ketujuh Masihi, bangsa Arab menakluki wilayah ini dan sekaligus memperkenalkan Islam dan juga budaya Timur Tengah. Turkmenistan mulai dikenali ketika khalifah Ma'mun Ar-Rasyid dari empayar Bani Abbasiyah memindahkan ibukota kerajaan Khorasan Raya ke Merw.
Pada pertengahan abad ke-11, Empayar Turki Saljuk menumpukan kekuasaan wilayahnya di Turkmenistan dalam usaha untuk memperluaskan wilayah empayarnya hingga Khorasan. Sehingga pertengahan abad ke-12, berlakunya kejatuhan empayar ini setelah dikalahkan oleh Genghis Khan yang pada waktu itu sedang memperluaskan penjajahannya di wilayah timur Laut Kaspia dalam rangka pengembaraannya ke barat.
Tujuh abad kemudian, bangsa Turkmen hidup dibawah kekuasaan pelbagai empayar dan perang antara suku kaum. Sekitar abad ke-17 dan ke-19, perebutan ke atas Turkmenistan silih bertukar-ganti oleh Empayar Parsi, Kekahanan Khiva, para amir dari Bukhara dan penguasa Afghanistan. Selama masa ini, pemimpin tertinggi Turkmen, Magtymguly Pyragy dikenali kerana usahanya untuk menjaga kebebasan dan kedaulatan negaranya.
Pada waktu itu, wilayah yang luas di Asia Tengah, termasuk Turkmenistan belum dipetakan dan hampir tidak dikenali oleh bangsa Eropah dan Dunia Barat. Persaingan untuk menguasai wilayah tersebut antara Empayar British dan Empayar Rusia dikenali sebagai Permainan Besar. Sepanjang penaklukan mereka di Asia Tengah, Rusia menerima tentangan yang paling hebat daripada Turkmenistan. Bagaimanapun, pada tahun 1894 Rusia berjaya memperluaskan penjajahan di Turkmenistan dan memasukkan wilayah itu ke dalam wilayah empayarnya.
Zaman Kesatuan Soviet
Berdasarkan Perjanjian Anglo-Rusia 1907, perang antara Empayar Rusia dengan Empayar British di Asia Tengah telah ditamatkan. Sejak itu, Turkmenistan berada dalam penguasaan Empayar Rusia. Pelbagai pengaruh budaya Rusia, termasuk bahasa mulai diperkenalkan kepada bangsa Turkmen. Revolusi Oktober yang terjadi di Rusia dan ketidakseimbangan politik mencatuskan keinginan bangsa Turkmen untuk mengisytiharkan Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, salah satu dari enam republik Kesatuan Soviet.

Revolusi besar terjadi dalam kehidupan bangsa Turkmen. Bangsa Turkmen dipengaruhi menjadi sekular dan mengadaptasikan cara berpakaian bangsa Eropah. Penulisan yang digunakan dalam bahasa Turkmen pun diganti dari abjad Arab kuno ke Rumi dan akhirnya abjad Cyril.
Namun, proses mempengaruhi bangsa Turkmen untuk meninggalkan cara-cara tradisional mereka untuk menerima komunisme tidak sepenuhnya berhasil sehingga akhir tahun 1948. Kebijaksanaan nasional Kesatuan Soviet, antara tahun 1920 hingga 1930, sebenarnya memartabatkan "Penemuan Tradisi Bangsa Turkmen".[3] Pengiktirafan Bangsa Turkmen dalam pemerintahan Soviet dan sistem pendidikan. Ketika pemerintahan Stalin, beliau mengiktirafkan bahasa Turkmen sebagai bahasa rasmi di Republik Sosialis Soviet Turkmenistan.
Kemerdekaan dan zaman moden
Ketika Kesatuan Soviet mulai runtuh, Turkmenistan dan republik Asia Tengah lainnya cemas akan keadaan negara mereka kerana mereka bergantung kepada kekuatan ekonomi dan pasaran bebas Soviet untuk mencapai kemakmuran. Namun demikian, Turkmenistan mengisytiharkan kemerdekaannya pada tanggal 27 Oktober 1991, dan merupakan republik terakhir Soviet yang memerdekakan diri.[4]
Pada tahun 1991, Turkmenistan bergabung dalam Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS), sebuah organisasi antarabangsa yang anggotanya terdiri dari negara-negara bekas Kesatuan Soviet. Namun, Turkmenistan menurunkan status keanggotaannya dalam organisasi tersebut menjadi "anggota persatuan" pada Ogos 2004. Pernyataan yang disampaikan oleh Presiden Turkmenistan ialah negara tersebut akan berkecuali selamanya.[5]
Pemimpin lama Republik Sosialis Soviet Turkmenistan, Saparmurat Niyazov menjadi presiden pertama Turkmenistan setelah pembubaran Kesatuan Soviet. Di bawah kepemimpinan beliau, hubungan antara bangsa Rusia dan Turkmen sangat dingin. Beliau menyebut dirinya sebagai seorang penyokong budaya Muslim tradisional dan bangsa Turkmen, bahkan beliau menyebut dirinya sebagai Türkmenbaşy, "pemimpin semua bangsa Turkmen". Perpanjangan kekuasaan beliau bertambah besar pada awal 1990-an, dan pada tahun 1999, beliau menjadi "Presiden seumur hidup".
Beliau meninggal dunia pada 21 Disember 2005 tanpa meninggalkan pewaris. Seorang mantan wakil perdana menteri dikatakan adalah anak tidak sahnya beliau. Gurbanguly Berdimuhammedow dipilih untuk menggantikan beliau pada 11 Februari 2007 melalui pemilihan umum. Pada 2022, anaknya pula Serdar Berdimuhamedow memenangi suatu pilihan raya presiden yang mengejut, lalu menubuhkan suatu dinasti politik di Turkmenistan.[6] Pada 19 Mac 2022, Serdar Berdimuhamedov diangkat sumpah sebagai presiden Turkmenistan baharu lalu menggantikan ayahnya.[7]
Politik
Setelah 69 tahun menjadi sebahagian dari Kesatuan Soviet serta 67 tahun menjadi sebahagian daripada republik Kesatuan Soviet, pada tanggal 27 Oktober 1991, rakyat Turkmenistan memutuskan untuk merdeka dan berpisah daripada Kesatuan Soviet.
Presiden seumur hidup Saparmurat Atayevich Niyazov yang merupakan mantan birokrat Parti Komunis Kesatuan Soviet, memimpin Turkmenistan dari tahun 1985, ketika beliau menjadi ketua Parti Komunis Turkmenistan. Beliau mengambil alih kepemimpinan setelah keruntuhan Kesatuan Soviet dan pada tanggal 28 Desember 1999, beliau diangkat sebagai Presiden seumur hidup Turkmenistan oleh pihak majlis.
Bekas parti Komunis, sekarang dikenal sebagai Parti Demokrat Turkmenistan merupakan partai tunggal yang diizinkan oleh pemerintah. Parti politik lainnya dianggap tidak sah atau haram kecuali mendapat persetujuan dari pemerintah.
Pentadbiran
Turkmenistan dibagi menjdai lima provinsi atau welayatlar (tunggal welayat) dan sebuah wilayah ibukota. Setiap welayat dibagi menjadi beberapa etraplar (tunggal etrap).

Provinsi | ISO 3166-2 | Ibukota | Luas[8] | Jumlah Penduduk (2005)[8] | Key |
---|---|---|---|---|---|
Kota Ashgabat | Ashgabat | 470 km2 (180 bt2) | 871,500 | ||
Provinsi Ahal | TM-A | Anau | 97,160 km2 (37,510 bt2) | 939,700 | 1 |
Provinsi Balkan | TM-B | Balkanabat | 139,270 km2 (53,770 bt2) | 553,500 | 2 |
Provinsi Daşoguz | TM-D | Daşoguz | 73,430 km2 (28,350 bt2) | 1,370,400 | 3 |
Provinsi Lebap | TM-L | Türkmenabat | 93,730 km2 (36,190 bt2) | 1,334,500 | 4 |
Provinsi Mary | TM-M | Mary | 87,150 km2 (33,650 bt2) | 1,480,400 | 5 |
Geografi
Turkmenistan terletak di Asia Tengah yang sebahagian besar merupakan wilayah gurun pasir yang dibatasi oleh barisan pergunungan, dengan 80% wilayahnya diselimuti oleh gurun Karakum. Di bahagian tengah wilayah ini merupakan daerah dataran rendah Turpan. Di bahagian barat daya wilayah ini terdapat petgunungan Kopet Dag yang memiliki puncak tertinggi, Kuh-e Rizeh (Gunung Rizeh) sekitar 2,912 meter (9,553 kaki).[9]

Di bahagian barat negara ini terbentang barisan pergunungan Balkan Besar (sebagian besar terletak di Provinsi Balkan) dan juga barisan pegunungan Köýtendag di bahagian timur laut yang berbatasan dengan Uzbekistan, yakni di Provinsi Lebap. Barisan pergunungan Balkan Besar menjulang tinggi dengan puncak tertingginya Gora Arlan (Gunung Arlan) sekitar 1,880 meter (6,710 kaki)[10] dan puncak tertingginya, Ayrybaba yang terletak di Barisan Pegunungan Kugitangtau sekitar 3,137 meter (10,292 kaki).[11] Sungai-sungai besar Turkmenistan termasuk Amu Darya, Mughrab dan Hari.
Iklim
Sebagian besar wilayah Turkmenistan merupakan antara gurun pasir terkering di dunia, di beberapa tempat, curahan hujan tahunan hanya mencapai 12 mm (0.47 inci). Suhu tertinggi yang pernah tercatat yaitu sekitar 48.9 °C (120°F) dan di Kerki, sebuah kota kecil yang terletak di tepi Sungai Amu Darya, yaitu sekitar 51.7 °C (125.1 °F) pada Julai 1983.
Ekonomi
Setakat 2018, nilai KDNK berdasarkan pariti kuasa beli Turkmenistan dianggarkan sebanyak AS$112.613 bilion.[12] Pada 2014, peratus pengangguran rakyat Turkenistan dianggarkan sebanya 11%.[13]
Gas asli dan petroleum
Turkmenistan memiliki simpanan gas asli keempat terbesar di dunia serta simpanan petroleum yang ketara. Setakat 2010, negara ini mengeluarkan 202,000 tong minyak sehari, dengan kadar penggunaan petroleum domestik ialah lebih kurang 100,000 tong sehari.
Setakat Mei 2011, Lapangan Gas Galkynysh memiliki simpanan gas asli kedua terbesar dunia selepas lapangan South Pars di Teluk Parsi, dengan anggaran jumlah simpanan sebanyak 21.2 trilion meter padu.[14] Pengeluaran gas asli Turkmenistan diseliakan oleh syarikat gas kebangsaan, Türkmengaz di bawah kawalan Kementerian Minyak dan Gas negara.
China merupakan pengimport gas asli Turkmenistan terbesar, dan dijangka menjadi lebih ketara selepas pembinaan paip gas yang menghubungkan kedua-dua negara yang melalui Uzbekistan dan Kazakhstan.[15][16]
Pertanian
Kebanyakan kawasan pertanian di Turkmenistan bertumpukan pertanian kapas dan merupakan negara pengeluar kapas kesembilan terbesar dunia.[17] Pada musim 2011, negara ini menghasilkan sekitar 1.1 juta tan kapas.
Pelancongan
Pelancongan di Turkmenistan mula berkembang pesat sejak kebelakangan ini, terutamanya pelancongan kesihatan. Salah satu faktor ialah pembangunan kawasan pelancongan Awaza di pesisir Laut Kaspia.[18] Setiap pelancong mesti memohon visa pelancong sebelum melawat Turkmenistan; pelancong di kebanyakan negara memerlukan bantuan daripada pihak agen pelancongan Turkmenistan untuk memohon visa pelancong.
Mata wang
Mata wang rasmi Turkmenistan ialah manat yang bersamaan dengan 100 tenge, dengan kod mata wang berdasarkan ISO 4217 ialah TMT. Mata wang ini digunakan sejak 1 November 1993, tetapi sebuah versi baharu manat telah dirasmikan pada 2009.[19]
Demografi
Sebahagian besar penduduk Turkmenistan merupakan etnik Turkmen dan diikuti oleh etnik-etnik minoriti yang lain seperti etnik Uzbek dan Rusia. Jumlah kecil minoriti lainnya berasal daripada etnik Kazakh, Tatar, Ukraine, Azerbaijan, Armenia dan Balokh. Peratusan etnik Rusia menurun dari 18.6% di tahun 1939 menjadi 9.5% di tahun 1989.
Agama
Menurut CIA World Factbook, penganut Islam merangkumi 86% penduduk Turkmenistan manakala 9% penduduk negara menuruti Gereja Ortodoks Timur dan selebihnya dikelaskan sebagai "tidak beragama".[13] Kajian Pew Research Center pula menetapkan peratusan penduduk Islam di Turkmenistan pada 93.1%.[20]
Ketika pemerintahan Saparmurat Niyazov, beliau mengarahkan agar pendidikan Islam asas diberikan di sekolah awam. Institusi-institusi agama seperti masjid dan sekolah agama mula muncul, kebanyakannya dengan sokongan daripada Arab Saudi, Kuwait dan Turki. Pengajian Islam dijalankan di masjid-masjid serta sekolah seperti pengajian bahasa Arab, Al-Qur'an dan hadis, dan sejarah Islam.[21]
Bahasa
Bahasa Turkmen merupakan bahasa rasmi di Turkmenistan, walaupun masih banyak penduduknya yang menggunakan bahasa Rusia untuk komunikasi antara etnik. Sekitar 72% penduduknya menggunakan bahasa Turkmen, 12% menggunakan bahasa Rusia, 9% menggunakan bahasa Uzbek dan 7% menggunakan bahasa-bahasa lain.[13]
Kebudayaan
Tapak Warisan Dunia
Senarai Tapak Warisan Dunia di Turkmenistan | ||||||
Gambar | Nama | Lokasi | Catatan | Tahun Pengisytiharaan | Jenis | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Merv Purba | Mary | Kota-Oase utama di Asia Tengah pada masa Jalur Sutera | 1995 | Budaya | [22] |
![]() |
Köneürgenç | Köneürgenç | Runtuhan ibu kota Khwarezmia pada abad ketujuh | 2005 | Budaya | [23] |
![]() |
Benteng Parthia Nisa | Bagyr, Provinsi Ahal | Salah satu ibu kota pertama Empayar Parthia | 2007 | Budaya | [24] |
Rujukan
- ^ "BP Statistical Review of World Energy 2019" (PDF).
- ^ Freedom House: Freedom in the world, country report on Turkmenistan http://www.freedomhouse.org/template.cfm?page=22&year=2009&country=7723 Diarkibkan 2011-10-23 di Wayback Machine
- ^ Terry Martin- the Affirmative Action Empire (Itacha & London)
- ^ Tribe, Class, and Nation in Turkmenistan, page 1 Tribal Nation: The Making of Soviet Turkmenistan
- ^ Turkmenistan Reduces Ties To ‘Associate Member' Radio Free Europe, 29 August 2005
- ^ "Turkmenistan leader's son wins presidential election". AP NEWS (dalam bahasa Inggeris). Associated Press. 15 March 2022. Dicapai pada 15 March 2022.
- ^ "Serdar Berdimuhamedov sworn in as Turkmenistan's new president". www.aa.com.tr.
- ^ a b Statistical Yearbook of Turkmenistan 2000-2004, National Institute of State Statistics and Information of Turkmenistan, Ashgabat, 2005.
- ^ Kuh-e Rizeh on Peakbagger.com
- ^ Mount Arlan on Peakbagger.com
- ^ Ayrybaba on Peakbagger.com
- ^ "World Economic Outlook Database, October 2019". IMF.org. International Monetary Fund. Dicapai pada 16 November 2019.
- ^ a b c "Turkmenistan". CIA World Factbook. Dicapai pada 25 November 2013.
- ^ Solovyov, Dmitry (25 May 2011). "Turkmen gas field to be world's second-largest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-30. Dicapai pada 2019-12-19.
- ^ "China plays Pipelineistan'". Atimes.com. 24 December 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-24. Dicapai pada 3 May 2010.
- ^ Vakulchuk, Roman and Indra Overland (2019) “China’s Belt and Road Initiative through the Lens of Central Asia”, in Fanny M. Cheung and Ying-yi Hong (eds) Regional Connection under the Belt and Road Initiative. The Prospects for Economic and Financial Cooperation. London: Routledge, pp. 115–133.
- ^ "The ten largest cotton producing countries in 2009". Statista.com. Dicapai pada 25 November 2013.
- ^ "Las Vegas on the Caspian?". aljazeera.com.
- ^ "В Туркменистане введён в обращение новый манат деноминированного образца | Экономика | ИП "ТУРКМЕНинформ"". www.turkmeninform.com. Dicapai pada 2019-02-10.
- ^ "MAPPING THE GLOBAL MUSLIM POPULATION : A Report on the Size and Distribution of the World's Muslim Population" (PDF). Pweforum.org. October 2009. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-08-21. Dicapai pada 14 February 2016.
- ^ Larry Clark; Michael Thurman; David Tyson (March 1996). Glenn E. Curtis (penyunting). "A Country Study: Turkmenistan". Library of Congress Federal Research Division. Dicapai pada 25 November 2013. Unknown parameter
|last-author-amp=
ignored (bantuan) - ^ UNESCO. Ancient Merv State Historical and Cultural Park.
- ^ UNESCO. Köneürgenç.
- ^ UNESCO. Nisa Fortress.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Turkmenistan |
![]() |
Wikikembara memiliki panduan pelancongan bagi Turkmenistan. |
- (Inggeris) Laman Kedutaan Turkmenistan di Washington, DC Diarkibkan 2011-12-11 di Wayback Machine
- (Inggeris) Turkmenbashi's country
- (Inggeris) Turkmenistan Chaihana