Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Bangsamoro , Malaysia (Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Bajau Ubian, Melayu | |
Agama | |
Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Bajau |
Kaum Bajau Ubian merupakan sub-etnik dalam rumpun Bajau (Bajao). Di Malaysia dikenali sebagai bangsa Ubian. Manakala di Filifina dikenali sebagai Bangsa Sama.
Majoriti, suku kaum Bajau Ubian tinggal di pesisir pantai dan pulau negeri Sabah. Bermula dari utara negeri Sabah iaitu Kudat, Pulau Banggi, Pulau Gaya, (Kawasan Pantai Barat), Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna (Kawasan Pantai Timur Sabah).
Di daerah Kudat, penduduk berbangsa Ubian boleh di temui di kawasan pesisir pantai seperti di Kampung Tanjung Kapor Kudat, Kampung Pengaraban, Kampung Pantai Bahagia (Tempat Kelahiran Pelawak asal Sabah Kumpulan Zero), dan Kampung Muhibbah ( Batu 3- Kawasan Kem Askar).
Kegiatan ekonomi mereka berorientasikan kelautan, seperti memancing, memukat, menyelam dan sebagainya. Kini kegiatan ekonomi mereka semakin berkembang seiring dengan peredaran masa. Kegiatan ekonomi tidak lagi terhad pada kegiatan laut, tetapi menjalar ke bahagian perniagaan kecil-kecilan dan juga perusahaan-perusahaan makro.
Kegiatan Ekonomi berasaskan kelautan
Kegiatan nelayan yang diceburi oleh kebanyakan orang Ubian di Sabah adalah seperti memancing, menyelam dan memukat ikan. Di Kudat, kita dapat perhatikan mereka terlibat dalam kegiatan memancing ikan. Antara ikan yang sering diperoleh ialah Ikan Kerapu berbagai spesies, Ikan Mamin dan sebagainya. (Bekalan Ikan di Kudat sebenarnya datang dari berbagai sumber). Selain itu, mereka juga terlibat dala aktiviti memukat menggunakan perahu kecil dan juga kapal komersial.
Perahu kecil seperti Pamboat (Bot Pancung), Tempel (Speed Boat) dan Boggo atau Gubang. Pukat yang sering digunakan ialah seperti pukat tangsi dan pukat hanyut. Perahu yang menggunakan Pukat hanyut juga dikenali sebagai Lantau. Manglantau sangat popular pada era 90-an dan awal tahun dua ribu. Kebanyakn mereka berlabuh di Jeti Angkasa Lama dan juga Kampung Tanjung Kapor Kudat. Hasil tangkapan nelayan maglantau termasukla ikan Tengiri (King Fish), Bakulan (Ikan Kayu/Ikan Tongkol),Tuna,Todak (Kandelan), Ikan Yu, Cencaru (Kobal-Kobal), Talang dan sebagainya.
Orang Ubian berasal dari Pulau Ubian, Bangsamoro yang terletak di selatan Filipina yang mula berhijrah ke Sabah sebelum Perang Dunia Kedua.[1]
Rujukan
- ^ Haji Mahali, Saidatul Nornis (2018). "Cerakinan Bahasa Ubian Mantanani: Satu Rungkasan Awal" (PDF). International Journal of the Malay World and Civilisation. doi:10.17576/jatma-2018-0602-07. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2020-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2020.