Umar ialah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Hadith Omar terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Mikael Noah sebagai watak tajuk utama, Izzue Islam, Uqasha Senrose dan ramai lagi. Drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Oasis pada 2 Mac hingga 4 Mei 2025.
Umar | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Umar karya Fariesya Fauzy |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | Hafiz Suid (Suhan Post) |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Oasis |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 2 Mac 2025 | – 4 Mei 2025
Sinopsis
Setelah Arman (Izzue Islam) dan Dahlia meninggal dunia, Umar (Mikael Noah) dibesarkan oleh ibu saudaranya, Damia. Namun kerana kenakalannya, Umar sangat dibenci oleh penduduk kampung. Ramai yang mahukan Umar keluar dari kampung tapi ditentang keras oleh Damia dengan alasan Umar tiada saudara-mara lain.
Muncul Firaz (Izzue Islam), kembar seiras Arman yang datang untuk menuntut hak jagaan Umar atas wasiat adiknya itu. Damia tiada pilihan lain selain melepaskan Umar kepada Firaz tanpa mengetahui Firaz sebenarnya tiada niat langsung untuk menjaga dan membesarkan Umar.
Pelakon
- Izzue Islam sebagai Adam Firaz/Adam Arman
- Mikael Noah sebagai Umar
- Uqasha Senrose sebagai Damia
- Haidar Hasanudin sebagai Qamarul
- Faye Kusairi sebagai Noryz
- Nik Rifaie sebagai Kay
- Azhar Amir sebagai Salman