Usin UFO | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Zul Yahya |
Lakon layar | Zul Yahya |
Dibintangi | Shuib Sepah Puteri Sarah Liyana Aishah Ilias Alif Satar Joey Daud Liza Abdullah Khaty Azean |
Syarikat penerbitan | Cahaya Deejay Pictures |
Diedarkan oleh | Empire Film Solution |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 89 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Usin UFO merupakan sebuah filem komedi cereka sains Malaysia tahun 2016 yang diarahkan dan ditulis oleh Zul Yahya. Filem ini ialah percubaan pertama Zul Yahya sebagai pengarah selepas sekian lama menjadi pelakon.
Plot
Filem Usin UFO mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Usin yang amat disenangi oleh penduduk kampung dan berjaya mengusahakan sebuah resort di kampungnya. Pada suatu malam, sewaktu dia melawat kawasan resortnya, dia telah diculik oleh sekumpulan Alien. Alien-alien itu telah menjalankan uji kaji ke atasnya dan memulangkan Usin ke bumi pada keesokan harinya. Sejak dari peristiwa itu, pelbagai perkara pelik berlaku ke atasnya yang menyebabkan huru-hara di Kampungnya itu.
Pelakon
- Shuib Sepah sebagai Usin
- Puteri Sarah Liyana sebagai Husna
- Liza Abdullah sebagai Tipah/ Mak Usin
- Aishah Ilias sebagai Suraya
- Alif Satar sebagai Aliff
- Joey Daud sebagai Jojo
- Khaty Azean sebagai Mak Cik Limah
- Cat Farish sebagai Dollah
- Kazar Saisi sebagai Cikgu Osman
- Yassin Yahya sebagai Manaf
- Mimi Ernida sebagai Anak Kak Nab
- Datin Fadilah Mansor sebagai Kak Nab
- Arie Zaharie sebagai Seman
- Siti Chubby sebagai Isteri Seman (tidak dikreditkan)
Penampilan khas
- Fiza Halim sebagai Fiza
- Man Raja Lawak sebagai Bomoh Siam (tidak dikreditkan)