| "Warisan" | |
|---|---|
| Lagu oleh Sudirman | |
| daripada album Abadi | |
| Dilancarkan | 1982 |
| Genre | Patriotik |
| Panjang | 4:00 |
| Syarikat | EMI (Malaysia) Sdn. Bhd. |
| Penulis | Syed Haron |
| Penggubah | Syed Haron |
| Senarai runut Abadi | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
"Warisan" ialah sebuah lagu patriotik nyanyian asal Sudirman yang menjadi salah satu lagu popular semasa sambutan Hari Kebangsaan di Malaysia. Lagu ini pertama kali diterbitkan pada 1982 dalam album Abadi. Lirik lagu ditulis dan digubah oleh Syed Haron.[1]
Di Malaysia, lagu ini dianggap sebagai salah satu karya agung dalam genre patriotik disebabkan liriknya yang mendalam dan penuh makna.[2] Ia terkadang dikelirukan dengan lagu "Anak Kecil Main Api" terbitan 1996 yang turut menggunakan tajuk yang sama.
Latar belakang
Lagu ini pertama kali ditulis oleh Syed Haron pada 1980. Namun, ia hanya dinyanyikan oleh Sudirman dua tahun kemudian kerana penulis dikatakan belum menemukan calon yang sesuai untuk membawakan lagu tersebut.[3] Lirik lagu ini berkisar tentang luahan hati seorang anak bangsa yang sanggup berjuang demi negara tercinta. Meskipun bukan seorang perajurit, setiap orang perlu bertanggungjawab dan memiliki semangat mempertahankan tanah air.[2]
Lagu ini telah diterbitkan pada 1982 dalam album Sudirman bertajuk Abadi yang merupakan album tempatan pertama bertemakan patriotik. Album yang sama turut memuatkan lagu popular lain seperti "Kehadiranku", "Di Bumi Bertuah", "31 Ogos" dan "Tegakkan Bendera Kita". Lagu-lagu ini diterbitkan oleh S. Atan dan dirakam di Singapura dengan mengambil masa selama tiga minggu untuk disiapkan.[4]
Legasi
Lagu ini menjadi inspirasi terlahirnya tema Hari Kebangsaan ke-57, "Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" pada 2014 lalu sempena baris pertama lagu tersebut.[5][6] Lagu dengan nama serupa, "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" nyanyian Bob Yusof pula telah dipilih sebagai lagu rasmi. Berbeza dengan lagu asal, lagu versi baru ini mengetengahkan konsep perpaduan dengan pendekatan yang lebih ceria.[7]
Sempena tema tersebut juga, Upin & Ipin tampil mengeluarkan muzik video khas lagu "Warisan" nyanyian semula pelakon suara siri tersebut, Asyiela Putri.[perlu rujukan]
Pada 2021, lagu ini telah dirakam oleh Dato' Siti Nurhaliza dengan gubahan konsep lagu "We Are The Champion" dari kugiran Queen sempena sambutan kemerdekaan ke-64.[8]
Senarai runut
| No. | Tajuk | Masa | |
|---|---|---|---|
| 1. | "Warisan" | 4:00[perlu rujukan] | |
Lihat juga
- Senarai lagu patriotik Malaysia
- Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
- Tanggal 31 Ogos
- Saya Anak Malaysia
- Jalur Gemilang
Rujukan
- ^ "Warisan - Lirik". Hezmusic. 19 Jun 2023.
- ^ a b Alauddin Sidal (31 Ogos 2024). "Seniman Patriot Sepanjang Zaman". Jendela DBP.
- ^ "Kupasan Lagu Warisan". Disember 2015.
- ^ Raziadz Radzi (11 September 2021). "'Tidak akan ada pengganti Sudirman'". Harian Metro.
- ^ "Tema Hari Merdeka Ke-57 Bawa Maksud Mendalam". MStar. 27 Ogos 2014.
- ^ Teo Kok Seong (4 September 2014). "Tema kemerdekaan semarakkan perasaan cintakan negara". Berita Harian.
- ^ lunaticg (17 Ogos 2014). "Malaysia.... di sini lahirnya sebuah cinta".
- ^ Farihad Shalla Mahmud (31 Ogos 2021). "Siti beri nafas baharu lagu Sudirman". Berita Harian.









