![]() Endo pada tahun 2018 | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Wataru Endo | ||
Tarikh lahir | 9 Februari 1990 | ||
Tempat lahir | Totsuka-ku, Yokohama, Jepun | ||
Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 in)[1] | ||
Posisi permainan | Pertahanan | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Liverpool | ||
Nombor | 3 | ||
Kerjaya remaja | |||
2008–2010 | Shonan Bellmare Remaja | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2010–2015 | Shonan Bellmare | 158 | (23) |
2016–2018 | Urawa Red Diamonds | 73 | (5) |
2018–2020 | Sint-Truiden | 20 | (2) |
2019–2020 | → VfB Stuttgart (Pinjam) | 21 | (1) |
2020–2023 | VfB Stuttgart | 99 | (12) |
2023– | Liverpool | 4 | (1) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2012 | Japan B19 | 4 | (0) |
2015–2016 | Jepun B23 | 6 | (0) |
2015– | Jepun | 52 | (2) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:38, 8 Mac 2025 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:17, 19 November 2024 (UTC) |
Wataru Endo (遠藤 航, Endō Wataru, lahir Februari 9 1990) ialah seorang pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk Liverpool dan pasukan kebangsaan Jepun.
Endō memulakan kariernya di kelab Liga J1, Shonan Bellmare sebelum berpindah ke Urawa Red Diamonds pada 2016, di mana beliau memenangi gelaran liga dan Liga Juara-Juara AFC 2017. Pada 2018, beliau menyertai Sint-Truiden di Liga Pro Belgium, sebelum dipinjamkan ke kelab Bundesliga, VfB Stuttgart pada 2019. Beliau menandatangani kontrak secara tetap dengan Stuttgart pada April 2020 dan menjadi kapten pasukan pada musim terakhirnya di Jerman. Endō menyertai Liverpool pada Ogos 2023.
Endō memulakan kerjaya antarabangsa dengan pasukan kebangsaan Jepun pada tahun 2015, dan sejak itu telah mengumpul lebih daripada 60 penampilan, termasuk penyertaan dalam dua Piala Dunia FIFA dan dua Piala Asia AFC. Beliau dilantik sebagai kapten Jepun buat kali pertama pada Jun 2023.
Kerjaya kelab
Shonan Bellmare
Endō memulakan kerjaya profesionalnya bersama Shonan Bellmare. Setelah pasukannya terdegradasi pada 2013, beliau memainkan peranan penting dalam membantu Shonan mendapatkan kembali promosi ke J1 League, dengan menjaringkan tujuh gol dalam 38 perlawanan liga dan memenangi gelaran J.League Divisyen 2 pada 2014. Prestasinya terus cemerlang pada musim berikutnya apabila beliau menjaringkan empat gol dalam 31 perlawanan liga dan membantu pasukannya menduduki tempat ke-8 dengan selesa.
Endō mencatatkan sejumlah 23 gol dalam 167 perlawanan sepanjang tempoh beliau di kelab tersebut.
Urawa Red Diamonds
Prestasi Endō menarik perhatian dan beliau dengan pantas ditandatangani oleh pasukan J1 League, Urawa Red Diamonds, yang menamatkan musim sebelumnya sebagai naib juara. Dalam musim pertama bersama kelab barunya, Endō meraih Piala J.League 2016, dengan menjaringkan sepakan penalti kemenangan dalam penentuan sepakan penalti akhir. Pada musim berikutnya, beliau menjuarai Kejuaraan Bank Suruga 2017, serta meraih kejayaan terbesar dalam bola sepak Asia, iaitu Liga Juara-Juara AFC 2017.
Sepanjang tempoh beliau di Urawa Red Diamonds, Endō telah mengumpul sejumlah enam gol dalam 109 perlawanan.
Sint-Truiden
Endō menyertai kelab Liga Pro Belgium, Sint-Truiden, pada tahun 2018, bermain selama setahun di kelab tersebut dan menjaringkan dua gol.[2]
VfB Stuttgart
Pada 13 Ogos 2019, Endō dipinjamkan ke kelab Jerman, VfB Stuttgart hingga akhir musim.[3] Pada April 2020, Stuttgart menandatangani Endō secara tetap.[4] Pada 26 November 2020, Endō memanjangkan kontraknya dengan VfB Stuttgart hingga Jun 2024.[5]
Pada 25 Februari 2022, Endō menjaringkan gol tunggal Stuttgart dalam kekalahan 1–2 kepada 1899 Hoffenheim.[6] Beliau menjaringkan gol sekali lagi dalam kemenangan 3–2 pasukan terhadap Borussia Mönchengladbach.[7] Pada 14 Mei 2022, Endō menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan dalam kemenangan 2–1 ke atas 1. FC Köln untuk menyelamatkan Stuttgart daripada play-off penyingkiran dan mengesahkan tempat mereka dalam Bundesliga 2022–23.[8]
Penampilan terakhir Endō untuk Stuttgart adalah dalam perlawanan pusingan pertama DFB-Pokal menentang TSG Balingen pada 12 Ogos 2023, di mana beliau menjaringkan gol keempat dalam kemenangan 4–0.[9]
Liverpool
Pada 18 Ogos 2023, Endō menandatangani kontrak empat tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool[10] dengan bayaran sebanyak £16 juta.[11] Beliau menjadi pemain bola sepak Jepun kedua yang mewakili Liverpool selepas Takumi Minamino yang menyertai kelab pada 2020.[12] Pada hari berikutnya, beliau membuat penampilan perdana dalam Liga Perdana menentang Bournemouth sebagai pemain pengganti pada minit ke-63.[13][14] Endō dipuji untuk persembahannya kerana hanya melepaskan satu laluan yang salah.[15] Pada 27 Ogos, Endō membuat penampilan pertamanya dalam Liverpool dan Liga Perdana menentang Newcastle United.[16][17]
Pada 3 Disember 2023, Endō menjaringkan gol pertama dalam Liga Perdana Inggeris, iaitu gol penyamaan hanya empat minit selepas dimasukkan, dalam kemenangan 4–3 ke atas Fulham. Selepas itu, beliau bermula dalam tujuh perlawanan berturut-turut, di mana Liverpool mencatatkan kemenangan ke atas Sheffield United, Crystal Palace, West Ham United, dan Burnley. Sebagai penghargaan atas pencapaian tersebut, Endō telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Liverpool untuk bulan Disember. Beliau juga bermain sepanjang 120 minit dalam final EFL Cup 2024, di mana Liverpool mengalahkan Chelsea 1–0, sekaligus meraih trofi pertama beliau bersama kelab tersebut.
Kerjaya antarabangsa
Pada 23 Julai 2015, jurulatih Vahid Halilhodžić dari pasukan bola sepak kebangsaan Jepun memanggil Endō ke dalam skuad bagi perlawanan Piala Timur Asia EAFF 2015 yang akan datang.[18] Pada 2 Ogos 2015, beliau membuat penampilan antarabangsa pertamanya dalam perlawanan pembukaan pertandingan tersebut dalam kekalahan 2-1 kepada Korea Utara. Beliau dipilih ke dalam skuad Jepun dalam Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia,[19] tetapi beliau tidak bermain dalam sebarang perlawanan.
Endō sekali lagi berada dalam skuad Jepun untuk Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar,[20] di mana pasukan tersebut mencapai peringkat 16 sebelum tewas kepada Croatia dalam penentuan penalti.[21]
Pada Ogos 2023, Endō telah menjaringkan dua gol antarabangsa dalam 50 perlawanan. Beliau telah dilantik sebagai kapten pasukan kebangsaan pada Jun 2023.[22][23]
Pada Januari 2024, dia terpilih untuk skuad akhir Piala Asia AFC 2023,[24] dan menjaringkan gol lewat masa untuk Jepun dalam kekalahan 2–1 menentang Iraq dalam perlawanan kumpulan kedua mereka.
Gaya permainan
Endō kebanyakannya bermain sebagai pemain tengah bertahan, tetapi juga boleh beraksi sebagai pertahanan tengah. Kebolehannya untuk membaca permainan telah membantunya mencapai kejayaan di Bundesliga, dan dia telah mendapat reputasi sebagai pemenang bola yang prolifik. Semasa bermain di Jerman, dia menduduki tangga teratas Bundesliga untuk jumlah duel terbanyak, dan kedua untuk penguasaan bola yang dimenangi serta gerakan rebut (Takel).[25]
Laman web rasmi Liga Perdana menyatakan bahawa di Liverpool, peranan terbesar Endo adalah untuk mengambil bola longgar dan mengitar semula penguasaan bola dengan cekap. Dia juga mampu membuat gerakan aktif apabila diperlukan, memaksa kehilangan bola dan membuat gerakan rebut.[26]
Statistik kerjaya
Kelab
- Sehingga perlawanan yang dimainkan pada 8 Mac 2025
Kelab | Sesi | Liga | Piala Kebangsaan[a] | Piala Liga[b] | Kontinental | Lain | Jumlah | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Divisyen | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | Penampilan | Gol | ||
Shonan Bellmare | 2010[27] | Divisyen 1 J.League | 6 | 1 | 0 | 0 | 1 | 0 | — | — | 7 | 1 | ||
2011[28] | Liga J2 | 34 | 1 | 4 | 0 | — | — | — | 38 | 1 | ||||
2012[29] | Liga J2 | 32 | 7 | 1 | 0 | — | — | — | 33 | 7 | ||||
2013[30] | Liga J1 | 17 | 3 | 1 | 0 | — | — | — | 18 | 3 | ||||
2014[31] | Liga J2 | 38 | 7 | 1 | 0 | — | — | — | 39 | 7 | ||||
2015[32] | Liga J1 | 31 | 4 | 0 | 0 | 1 | 0 | — | — | 32 | 4 | |||
Jumlah | 158 | 23 | 7 | 0 | 2 | 0 | — | — | 167 | 23 | ||||
Urawa Red Diamonds | 2016[33] | Liga J1 | 29 | 0 | 1 | 0 | 3 | 0 | 6[c] | 0 | 0 | 0 | 39 | 0 |
2017[34] | Liga J1 | 30 | 3 | 1 | 0 | 2 | 0 | 11[c] | 1 | 3[d] | 0 | 47 | 4 | |
2018[35] | Liga J1 | 16 | 2 | 4 | 0 | 4 | 0 | — | — | 24 | 2 | |||
Jumlah | 75 | 5 | 6 | 0 | 9 | 0 | 17 | 1 | 3 | 0 | 110 | 6 | ||
Sint-Truidense V.V. | 2018–19[35] | Liga Pro Belgium | 26 | 2 | 2 | 0 | — | — | — | 28 | 2 | |||
2019–20[36] | Liga Pro Belgium | 3 | 0 | 0 | 0 | — | — | — | 3 | 0 | ||||
Jumlah | 29 | 2 | 2 | 0 | — | — | — | 31 | 2 | |||||
VfB Stuttgart (Pinjam) | 2019–20[36] | 2. Bundesliga | 21 | 1 | 1 | 0 | — | — | — | 22 | 1 | |||
VfB Stuttgart | 2020–21[37] | Bundesliga | 33 | 3 | 3 | 0 | — | — | — | 36 | 3 | |||
2021–22[38] | Bundesliga | 33 | 4 | 1 | 0 | — | — | — | 34 | 4 | ||||
2022–23[39] | Bundesliga | 33 | 5 | 5 | 1 | — | — | 2[e] | 0 | 40 | 6 | |||
2023–24[40] | Bundesliga | 0 | 0 | 1 | 1 | — | — | — | 1 | 1 | ||||
Jumlah | 120 | 13 | 11 | 2 | — | — | 2 | 0 | 133 | 15 | ||||
Liverpool | 2023–24[40] | Liga Perdana Inggeris | 29 | 1 | 1 | 0 | 4 | 0 | 9[f] | 1 | — | 43 | 2 | |
2024–25[41] | Liga Perdana Inggeris | 14 | 0 | 2 | 0 | 4 | 0 | 5[g] | 0 | — | 25 | 0 | ||
Jumlah | 43 | 1 | 3 | 0 | 8 | 0 | 14 | 1 | — | 68 | 2 | |||
Jumlah kerjaya | 425 | 42 | 29 | 2 | 19 | 0 | 31 | 3 | 5 | 0 | 509 | 46 |
- ^ Termasuk Piala Empayar, Piala Belgium, Piala DFB, Piala FA
- ^ Termasuk Piala J.League, Piala EFL Inggeris
- ^ a b Penampilan dalam Liga Juara-Juara Elit AFC
- ^ Satu penampilan dalam Piala Super Jepun, Satu penampilan dalam Piala J.League / Kejuaraan Copa Sudamericana, Satu penampilan dalam Piala Dunia Kelab FIFA
- ^ Penampilan dalam Play-off penyingkiran Bundesliga
- ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA
- ^ Penampilan dalam Liga Juara-Juara Eropah
Kebangsaan
- Sehingga Perlawanan diadakan pada 19 November 2024. [42]
Pasukan Kebangsaan | Tahun | Penampilan | Gol |
---|---|---|---|
Jepan | 2015 | 5 | 0 |
2016 | 2 | 0 | |
2017 | 4 | 0 | |
2018 | 4 | 0 | |
2019 | 7 | 1 | |
2020 | 3 | 0 | |
2021 | 9 | 1 | |
2022 | 13 | 0 | |
2023 | 8 | 0 | |
2024 | 12 | 2 | |
Jumlah | 67 | 4 |
- Sehingga Perlawanan berlangsung pada 19 November 2024
- Senarai skor dan keputusan menunjukkan jumlah gol Jepun terlebih dahulu, manakala lajur skor menunjukkan kedudukan selepas setiap gol Endō[43]
No. | Tarikh | Tempat | Penampilan | Lawan | Skor | Keputusan | Pertandingan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | 10 Oktober 2019 | Stadium Saitama 2002, Saitama, Japan | 21 | ![]() |
5–0 | 6–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022 – AFC Pusingan Kedua |
2 | 25 Mac 2021 | Stadium Nissan, Yokohama, Japan | 26 | ![]() |
3–0 | 3–0 | Persahabatan |
3 | 19 Januari 2024 | Stadium Bandar Pendidikan, Al Rayyan, Qatar | 57 | ![]() |
1–2 | 1–2 | Piala Asia 2023 |
4 | 5 September 2024 | Stadium Saitama 2002, Saitama, Japan | 63 | ![]() |
1–0 | 7–0 | Kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 |
Kehormatan
Shonan Bellmare
- Divisyen 2 J.League: 2014[44]
Urawa Red Diamonds
- Piala J.League: 2016[45]
- Kejuaraan Suruga Bank: 2017[46]
- Liga Juara-Juara Elit AFC: 2017[47]
Liverpool
- Piala EFL Inggeris: 2023–24[48]
Japan B-23
- Piala Asia B-23 AFC: 2016[49]
Japan
- Piala Asia AFC naib juara: 2019[50]
Individual
- Pemain Terbaik Bulanan Liga J2: April 2014[51]
- XI Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Jepun: 2022, 2023, 2024[52]
- Pasukan Kejohanan Piala Asia AFC: 2023[53]
- IFFHS Pasukan Lelaki Asia Tahun Ini: 2024[54]
Rujukan
- ^ "2018 FIFA World Cup Russia – List of Players" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 4 Jun 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-06-19. Dicapai pada 19 Jun 2018.
- ^ W. Endo at Soccerway.com
- ^ "Wataru Endo joins VfB". VfB Stuttgart. 13 August 2019. Dicapai pada 13 August 2019.
- ^ "Wataru Endo Transfers to VfB Stuttgart". Sint-Truidense V.V. 28 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2021. Dicapai pada 1 July 2020.
- ^ "Wataru Endo commits until 2024". VfB Stuttgart. 26 November 2020. Dicapai pada 26 November 2020.
- ^ "TSG Hoffenheim - VfB Stuttgart". Kicker. Dicapai pada 25 February 2022.
- ^ "Der coole Kalajdzic krönt eine famose VfB-Aufholjagd". Kicker. Dicapai pada 6 March 2022.
- ^ "Wataru Endo's injury-time winner over Cologne seals dramatic salvation for VfB Stuttgart". Bundesliga. Dicapai pada 15 May 2022.
- ^ "TSG Balingen 0-4 VfB Stuttgart". ESPN. 12 August 2023. Dicapai pada 19 August 2023.
- ^ Sanghera, Mandeep (18 Ogos 2023). "Liverpool menandatangani pemain pertahanan dari Stuttgart dan Jepun, Wataru Endo". BBC Sport. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ "Liverpool sign Stuttgart midfielder Endo for £16m". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-15.
- ^ "Ini Dia Sosok Pemain Jepang Kedua yang Resmi Berseragam Liverpool" [This is the second Japanese player to officially wear Liverpool's uniform] (dalam bahasa Indonesian). Natalia Endah Hapsari. 19 Ogos 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "63' - Endo is on for his Reds debut, replacing Gakpo 🔴". Twitter. Dicapai pada 19 Ogos 2023.
- ^ "Premier League: Liverpool 3-1 up but Mac Allister sent off, Brighton 4-1 ahead". BBC Sport. 18 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Ogos 2023.
- ^ "Penilaian pemain Liverpool menentang Bournemouth: Dominik Szoboszlai terus bersinar walaupun saat gila Alexis Mac Allister". Goal. 19 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Ogos 2023.
- ^ McNulty, Phil (27 Ogos 2023). "Newcastle United 1–2 Liverpool: Darwin Nunez snatches points for ten-man Reds". BBC Sport. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
- ^ Taylor, Louise (27 Ogos 2023). "Darwin Núñez's late double steals win for 10-man Liverpool to stun Newcastle". The Guardian. Dicapai pada 28 Ogos 2023.
- ^ "EAFF東アジアカップ2015(8/2~9@中国/武漢) SAMURAI BLUE(日本代表)メンバー・スケジュール". JFA. 23 Julai 2015. Dicapai pada 28 Mei 2017.
- ^ "Piala Dunia 2018: Semua skuad yang disahkan untuk kejohanan musim panas ini di Rusia".
- ^ "Samurai Blue (Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Jepun) - Piala Dunia FIFA Qatar 2022". Japan Football Association. 1 November 2022. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
- ^ "Jepun 1-1 Croatia". FIFA. Dicapai pada 21 Ogos 2023.
- ^ "trang cá cược esport uy tín tại rb88" (dalam bahasa Vietnam). 2023-06-04. Dicapai pada 2023-09-15.
- ^ "Bola sepak: Liverpool bersetuju untuk menandatangani Endo dari Stuttgart". Kyodo News.
- ^ "AFC Asian Cup 2023: Skuad Jepang Rasa Eropa, Inilah Daftar 26 Nama Pemain yang Tercatat!" [AFC Asian Cup 2023: Japanese Squad with European Flavor, Here's the List of 26 Listed Players!]. Kompasiana (dalam bahasa Indonesia). 2 January 2024.
- ^ Watach, Nestor (2023-08-17). "All you need to know about Wataru Endo, Liverpool's surprise new DM". Planet Football (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-09-16.
- ^ "How Endo has become Liverpool's midfield linchpin". Premier League. 30 December 2023. Dicapai pada 2023-04-07.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2010/2011". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2011/2012". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2012/2013". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2013/2014". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2014/2015". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2015/2016". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2016/2017". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2017/2018". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ a b "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2018/2019". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ a b "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2019/2020". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2020/2021". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2021/2022". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2022/2023". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 18 August 2023.
- ^ a b "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2023/2024". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 5 May 2024.
- ^ "Permainan yang dimainkan oleh Wataru Endo dalam 2024/2025". Soccerbase. Centurycomm. Dicapai pada 25 August 2024.
- ^ Japan National Football Team Database (dalam bahasa Jepun)
- ^ (Inggeris) Profil Wataru Endo di National-Football-Teams.com
- ^ "湘南が6試合残しJ2初優勝…開幕14連勝や最速J1復帰など偉業達成". サッカーキング (dalam bahasa Jepun). 11 October 2014. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "浦和・ペトロビッチ監督、来日初タイトル&来季も続投へ/ルヴァン杯". サンスポ (dalam bahasa Jepun). 16 October 2016. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "Chapecoense es vicecampeón de la Copa Suruga Bank". CONMEBOL (dalam bahasa Sepanyol). 15 August 2017. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "Silva strike secures ACL crown for Urawa". ESPN.com (dalam bahasa Inggeris). 25 November 2017. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ McNulty, Phil (25 February 2024). "Chelsea 0–1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 25 February 2024.
- ^ "Fixtures/Results│AFC U-23 Championship Qatar 2016|Japan National Teams|JFA|Japan Football Association". www.jfa.jp. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "Qatar 3-1 Japan (Feb 1, 2019) Game Analysis". ESPN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ "遠藤航(湘南ベルマーレ)<後編>「世界挑戦への"出航"準備」 | SPORTS COMMUNICATIONS". SPORTS COMMUNICATIONS | (dalam bahasa Jepun). 27 May 2014. Dicapai pada 2 January 2025.
- ^ Japan Pro-Footballers Association awards
- ^ "AFC Asian Cup Qatar 2023 Technical Report" (PDF). AFC. 2024-08-12. m/s. 69. Dicapai pada 2024-08-13.
- ^ "IFFHS CONTINENTAL TEAMS 2024 - AFC MEN". IFFHS. 2025-01-15. Dicapai pada 2025-01-15.
Pautan luar
- Wataru Endo – Rekod persaingan FIFA
- Sumber CS1 bahasa Vietnam (vi)
- Rencana dengan sumber bahasa Jepun (ja)
- Kelahiran 1993
- Orang hidup
- Pemain bola sepak Jepun
- Pemain pertahanan (bola sepak)
- Pemain Shonan Bellmare
- Pemain Urawa Red Diamonds
- Pemain Sint-Truidense V.V.
- Pemain VfB Stuttgart
- Pemain Liverpool F.C.
- Pemain Piala Dunia FIFA 2018
- Pemain Piala Asia AFC 2019
- Pemain Piala Dunia FIFA 2022