| Wawa Semput | |
|---|---|
| Pengarah | Ismail Bob Hashim |
| Dihasilkan oleh | David Teo |
| Dibintangi | Yana Samsudin Along Cham Angah Raja Lawak |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 31 Januari 2013[1] |
| Negara | |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
| Bajet | RM 1.72 juta |
| Pecah panggung | RM 1.48 juta |
Wawa Semput ialah sebuah filem komedi aksi Malaysia yang dikeluarkan pada awal tahun 2013, diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Filem ini merupakan filem spin-off (cerita ranting) dari siri filem Adnan Sempit yang mengembangkan watak Wawa, Bobby dan Ismat sebagai watak-watak utamanya.
Sinopsis
Wawa kecewa dengan sikap Bobby yang kembali merempit dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Ismat cuba memenangi hati Wawa dan membawa Wawa pulang ke kampungnya. Ismat dan Bobby pula bersaing untuk memikat hati Wawa dan juga mengambil hati bapa Wawa, iaitu Pak Kudin. Konflik tersebut mula bertambah dengan kemunculan rakan karib Wawa, Ayuni, yang telah jatuh cinta kepada Ismat kerana Ismat mengingatkan dirinya terhadap lelaki yang pernah menawan hatinya dahulu
Pelakon

- Yana Samsudin sebagai Wawa
- Along Cham sebagai Bobby
- Angah Raja Lawak sebagai Ismat
- Adibah Yunus sebagai Ayuni
- Kazar Saisi sebagai Pak Kudin
- Mie Raja Lawak sebagai Pembantu Ayuni
Rujukan
- ^ Wawa Semput, Metrowealth Pictures, dicapai pada 2023-01-09









