| Jika anda memerlukan bantuan dari penyelia, sila pergi ke papan kenyataan penyelia. | |
Jika ingin memberi cadangan sila kemukakannya di bawah sub-tajuk cadangan.
| |
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang | |
Tolong macam mana nak buat lencongan
Wikipedia:Penyalahgunaan kotak pasir telah diciptakan hari itu tapi saya ada 1 isu, "Jalan Pintas". Laman projek ini ada dilencongan nama "WP:PASIRJAHAT", tapi semua lencongan takde laman-laman, @PeaceSeekers, @Zamwan, tolong saya buat lencongan WP:PASIRJAHAT! 113.211.220.138 08:07, 12 Mac 2025 (UTC)
- Tekan saja pautan merah "WP:PASIRJAHAT" dan di sana, letak "#LENCONG Wikipedia:Penyalahgunaan kotak pasir" (suntingan sumber) ... untuk apa-apa laman lencongan, formatnya "#LENCONG [[(nama laman destinasi)]]" saja. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 03:33, 13 Mac 2025 (UTC)
Penghapusan pukal
Mohon semak Khas:Sumbangan/103.179.70.112 dan pertimbangkan untuk penghapusan pukal. IP berkenaan dilihat berkali kali mengembalikan artikel yang telah dipadam (U4). Izzat Zuhari (bincang) 02:24, 15 Mac 2025 (UTC)
- Salam @IzzatZuhri:. Semua sumbangan pengguna awanama itu telah diundurkan dan dihapuskan. Sekian, terima kasih. 26 Ramadan (bincang) 04:08, 15 Mac 2025 (UTC)
Semak awanama
Salam,
Saya melihat ada beberapa penguna awanama yang berkemungkinan individu sama telah berulang kali mencipta rencana berkaitan filem atau pelakon yang tidak wujud dan berulang kali memadam templat KPS.
Mohon untuk semakkan penguna awanama berkenaan
- Khas:Sumbangan/82.132.216.148
- Khas:Sumbangan/82.132.236.97
- Khas:Sumbangan/82.132.234.243
- Khas:Sumbangan/82.132.217.91
- Khas:Sumbangan/82.132.216.111
- Khas:Sumbangan/82.132.216.129
- Khas:Sumbangan/82.132.216.140
- Khas:Sumbangan/82.132.217.190
Contoh rencana
- Dot and the Kangaroo (filem 2030) Log penghapusan
- Two 10 Year Old Girls Still Fight
Izzat Zuhari (bincang) 00:29, 11 April 2025 (UTC)
- Ada sebarang maklumbalas berkenaan awanama ini?
- Sampai dah tahap cipta rencana Sonic the Hedgehog 14 sudah. Khas:Sumbangan/82.132.218.250
- @26 Ramadan Izzat Zuhari (bincang) 00:22, 22 April 2025 (UTC)
- Saya sudah letakkan teg penghapusan segera untuk beberapa buah rencana terlibat. @PeaceSeekers boleh minta bantu untuk ambil tindakan? محمد حكيمي (bincang) 14:26, 22 April 2025 (UTC)
cadangan
Selamat datang, memandangkan keadaan sukar yang dilalui oleh rakyat Palestin di Gaza, saya mencadangkan agar logo Wikipedia Bahasa Melayu ditukar buat sementara waktu kepada logo ini (File:Arabic Wikipedia Logo Gaza (3).svg) untuk menunjukkan solidariti bersama mereka dalam pahit getir ini. Ini tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak dalam konflik, ia menunjukkan solidariti.جودت (bincang) 14:42, 26 Mei 2025 (UTC)
- @PeaceSeekers @Hakimi97 @26 Ramadan @Zamwan @Ustad abu gosok @Rachun Dunia @Tofeiku جودت (bincang) 14:18, 28 Mei 2025 (UTC)
Penciptaan rencana baharu
Sudah sampai masanya penciptaan rencana baharu mesti dilakukan oleh pengguna berdaftar. Pengguna awanama (anonymous) tidak lagi memiliki kebebasan untuk mencipta rencana2 rencah yang memerlukan masa dan tenaga untuk menghapuskannya. Bincang dan beri pendapat anda. Zamwan (bincang) 04:14, 11 Jun 2025 (UTC)
- Tak silap saya kita sebelum ini pernah usulkan berkenaan penyekatan pengguna IP untuk mencipta rencana, yakni pada laman Wikipedia:Permohonan pendapat/Menyekat hak penciptaan rencana bagi pengguna awanama, selepas itu pernah dibuka laman Phabricator pada tugasan T248487, tetapi kemudiannya tidak diterima berikutan:
- Wikipedia Bahasa Melayu (mswiki) tidak mempunyai bukti jelas mengenai prosedur penerimaan draf, maka tidak dapat membuktikan bahawa mswiki bersedia untuk mengendalikan draf kena pada masanya.
- Saiz mswiki (saya anggap sebagai saiz komuniti) adalah terlalu kecil pada ketika ini, maka tidak dapat membuktikan bahawa mswiki mempunyai komuniti pentadbiran dan penyuntingan yang berkembang pesat
- Sepersetujuan yang dikumpul adalah signifikan tetapi tidak seakan sepersetujuan yang dikumpul oleh "wiki-wiki gergasi" (saya anggap seperti enwiki idwiki dan seumpama dengannya), maka tidak dapat membuktikan bahawa mswiki mencapai sepersetujuan 'besar dan luar biasa' untuk perubahan untuk menyekat hak penciptaan rencana bagi pengguna awanama.
- Saya nak tanya, adakah "memerlukan masa dan tenaga untuk menghapuskannya" yang saudara @Zamwan maksudkan itu berkaitan dengan melawan aktiviti vandalisme yang semakin menular di mswiki? Kalau ya, mungkin saya cadangkan agar para penyelia seperti @SNN95 , @26 Ramadan , @Polar , @Rachun Dunia , @Tofeiku , @PeaceSeekers , @Wiki Farazi , @Rulwarih , @Aurora , @Ustad abu gosok , @CyberTroopers termasuklah @Zamwan sendiri untuk mempertimbangkan pengaktifan Automoderator (pautan rujukan) untuk menyenangkan tugasan membalikkan suntingan di mswiki. Cumanya perlu sesi undian tambahan daripada komuniti mswiki lah untuk tujuan ini. Saya percaya dengan pengaktifan Automoderator, tugasan penyelia dapat diringankan utamanya fokus kepada menghapuskan rencana vandalisme dan aktiviti lain seperti Khas:CommunityConfiguration, kemas kini modul atau templat yang hanya boleh disunting penyelia dan lain-lain. محمد حكيمي (bincang) 06:15, 11 Jun 2025 (UTC)
- Teg diri saya @Hakimi97 untuk menguji sama ada ping ini boleh digunakan mahupun tidak. محمد حكيمي (bincang) 06:21, 11 Jun 2025 (UTC)
- Secara prinsipnya, saya fikir Automoderator wajar dipertimbangkan. ...Aurora... (b) 05:03, 13 Jun 2025 (UTC)
- Saya secara amnya setuju untuk pertimbangan tersebut, setidak-tidaknya Automoderator. Polar (bincang) 02:27, 17 Jun 2025 (UTC)
- Saya juga bersetuju secara prinsip dengan penggunaan Automoderator. 26 Ramadan (bincang) 12:51, 19 Jun 2025 (UTC)
Berkenaan rencana-rencana buku individu di WBM
Selamat sejahtera. Ini usul berkenaan rencana-rencana buku individu yang berlambak di WBM, mis. 1000 Pantun Puitis dan Menghasilkan Pekerja Cemerlang, ataupun kategori buku bahasa Melayu 2011. Rencana ini pada nampakya asalnya dihasilkan oleh bot CTMakerbot milik Yosri. Saya ingin mengusul untuk memadamkan rencana-rencana sebegitu memandangkan buku-buku ni rata-ratanya tidak layak untuk memiliki rencana Wikipedia-nya sendiri mengikut standard kita sekarang, memandangkan tidak ada signifikan dalam kalangan orang awam untuk ia memiliki rencana yang tersendiri. Saya ingin cuma memperoleh pendapat anda berkenaan hal ini. Terima kasih. PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 04:32, 28 Julai 2025 (UTC)
@Hakimi97 @26 Ramadan @Zamwan @Ustad abu gosok @Rachun Dunia @Tofeiku PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 04:32, 28 Julai 2025 (UTC)
Setuju berkenaan memadam kesemua rencana buku individu yang tidak menunjukkan impak dalam komuniti penutur bahasa Melayu (sama ada di Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura atau Selatan Thailand) secara jelas. Untuk menghasilkan sebuah rencana Wikipedia, saya berpendapat sekurang-kurangnya perlulah ada dua atau tiga rujukan sumber sekunder (sama ada dalam bentuk berita mahupun karya terbitan; bukan pautan luar ya) yang menunjukkan impak komuniti berkaitan topik rencana (dalam kes ini ialah buku), tak minta banyak pun sebenarnya. Tapi malangnya ada sesetengah buku itu langsung tidak mempunyai rujukan sekunder yang menyokong penciptaan rencana tersebut. Tapi saya faham juga yang buku-buku tersebut juga mempunyai potensi untuk jadi sumber sandaran untuk topik lain, maka saya berpendapat semua kandungan berkenaan buku ini mungkin lebih elok dipindahkan ke Wikidata jika perlu. محمد حكيمي (bincang) 04:57, 28 Julai 2025 (UTC)
- Rencana2 tunas berkenaan subjek di atas, atau orang perseorangan dsb boleh dihapuskan berdasarkan alasan tiada kepentingan subjek. Setuju atas cadangan di atas dan tindakan di masa akan datang. Zamwan (bincang) 00:48, 29 Julai 2025 (UTC)
Setuju Rulwarih 09:48, 3 Ogos 2025 (UTC)
Menilai kewajaran penciptaan rencana "Senarai rancangan yang disiarkan oleh ...."
| SELESAI | |
| Mendapat maklum balas daripada 4 pengguna, dengan 3 daripadanya ialah penyelia. Kesimpulannya rencana tersebut tiada masalah untuk dicipta | |
Perbincangan berikut telah ditutup. Sila jangan mengubahnya. Komen seterusnya perlu dibuat pada laman perbincangan yang sesuai. Tiada suntingan lanjutan yang dibenarkan pada perbincangan ini.
Saya ingin menjemput pandangan para penyelia dan penyunting mengenai kewajaran penciptaan rencana yang bermula dengan "Senarai rancangan yang disiarkan oleh (nama saluran). Pada pandangan saya, melihat kepada rencana-rencana sedia ada, rencana dengan judul tersebut tidak diperlukan kerana terdedah kepada kelewahan, menjadi alasan untuk penciptaan rencana yang belum diperlukan, dan laku musnah. Bagaimana pandangan anda semua?
Memanggil perhatian: @26 Ramadan, @Aurora, @CyberTroopers, @PeaceSeekers, @Polar, @Rachun Dunia, @SNN95, @Tofeiku, @Ustad abu gosok, @Wiki Farazi, @Zamwan, @Hakimi97, @EmpAhmadK, @Ultron90. Rulwarih 05:54, 11 Oktober 2025 (UTC)
Tidak setuju, kerana saya rasa rencana "Senarai rancangan yang disiarkan oleh ..." tak ada masalah, sebab ia merupakan laman rencana senarai. Boleh rujuk en:Category:Lists of television series by network, dan kita boleh nampak berlambak senarai rancangan yang dicipta di Wikipedia Bahasa Inggeris. محمد حكيمي (bincang) 06:27, 11 Oktober 2025 (UTC)
- Contoh rencana senarai program yang kemas: en:List of programmes broadcast by Channel One محمد حكيمي (bincang) 06:30, 11 Oktober 2025 (UTC)
- Bagi saya rencana senarai ni dibolehkan sahaja. Sebab tak semua rancangan boleh diciptakan rencananya sebab tiada rujukan yang banyak dan tiada kepentingan untuk ada rencana sendiri. Jadi bagi saya wajar sahaja rencana senarai itu wujud demi mengekalkan arkib. SNN95
07:43, 11 Oktober 2025 (UTC) - Saya juga berpandangan senarai seperti ini tidak patut dihalang. Mungkin sukar dipantau tapi itu perkara yg berbeza. ...Aurora... (b) 09:22, 12 Oktober 2025 (UTC)
- Bagi saya ia bukan suatu isu dan tiada masalah. - Polar (bincang) 11:54, 1 November 2025 (UTC)
- Terima kasih atas maklum balasnya, @Hakimi97 @SNN95 @Aurora dan @Polar. Kesimpulannya, rencana tersebut tiada masalah untuk dicipta. Rulwarih 12:28, 1 November 2025 (UTC)








