Datuk Haji Yaakob Mohammad (1949-2016) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Dewan Undangan Negeri Kedah selama dua penggal (2002-2005 dan 2005-2008). Di peringkat parti beliau merupakan mantan Setiausaha Kerja BN dari tahun 1991 hingga 2009.
Datuk Haji Yaakob Mohammad | |
|---|---|
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Dewan Undangan Negeri Kedah | |
| Dalam jawatan 2005–2008 | |
| Penggal | Kedua |
| Dalam jawatan 2002–2005 | |
| Penggal | Pertama |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1949 |
| Meninggal dunia | 8 Februari 2016 (67 tahun) Hospital Pakar KPJ, Damansara[1] |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | Ahli Politik |
Semasa berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam beliau menyandang beberapa jawatan antaranya ialah Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengarah Pentadbiran Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan.








