Yalal Chin | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Yalal Abu bin Chin 1943 |
Meninggal dunia | 15 Oktober 2010 (berumur 66–67) |
Sebab kematian | Serangan jantung dan komplikasi pendarahan dalam otak |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Kelemak, Alor Gajah, Melaka |
Nama lain | Yalal Chin |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1978–2010 |
Kampung asal | Melaka |
Pasangan | Suriani Mohd Yusof |
Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin (1943 – 15 Oktober 2010) adalah pelakon filem dan dramatis terkenal di Malaysia.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada tahun 1943 dan berasal dari Melaka. Beliau pernah menjadi pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip. Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kebudayaan Universiti Sains Malaysia (USM) dan mengajar seni persembahan
Kerjaya
Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama[1], Paloh dan Wanita Bertudung Hitam. Selain itu adalah telemovie Aku Yang Aku Cari arahan Arief Kamarhani yang turut berganding dengan Syed Aiman dan Arif Yamin.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Wanita Bertudung Hitam | Ahmad Tabra | Filem pertama |
2003 | Paloh | Hassan | |
2011 | Misteri Jalan Lama | Pak Cik Gerai | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1978 | Hanyut | TV1 | ||
2007 | Susuk (musim 2) | Pak Nordin / Pak Din | TV3 | |
2008 | Ezora | Tony | ||
2009 | Keliwon (Musim 1) | Tok Hamid | Episod: "Pontianak" | |
Wadi Unung | Astro Prima | |||
Jongkang Jongkit | Tuan Zain | Astro Warna |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2000 | Aku Yang Aku Cari | TV1 | |
2004 | Quran Buruk | Samad | Astro Prima |
2010 | Bagaikan Sumayyah | TV3 | |
Sebelum Akhirat |
Teater
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2006 | Puteri Gunung Ledang (musim 1) | Patih |