Imam إمام | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |||||||||
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan V | |||||||||
Pemerintahan | 1861 – 1869 | ||||||||
Didahului oleh | Yamtuan Radin | ||||||||
Diikuti oleh | Yamtuan Antah | ||||||||
Keputeraan | 1823 | ||||||||
Kemangkatan | 1869 (berumur 45–46) Seri Menanti | ||||||||
Anakanda | Tunku Ahmad Tunggal Tunku Jumaat Tunku Ma'adin Tunku Alim Tunku Alam Tunku Chindai | ||||||||
| |||||||||
Wangsa | Pagaruyung | ||||||||
Ayahanda | Raja Lenggang | ||||||||
Bonda | Tunku Ngah binti Raja Hitam |
Tuanku Ullin ibni Almarhum Raja Ali, bergelar Yamtuan Imam, merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kelima. Baginda merupakan saudara kandung kepada Yamtuan Radin. Baginda merupakan anakanda kepada pasangan Raja Lenggang dan Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Hitam. Baginda diputerakan pada tahun 1823 dan mangkat pada tahun 1869.[1]

Baginda memerintah dari tahun 1861 hingga 1869. Setelah kemangkatannya, berlaku kemelut perwarisan takhta di antara putera baginda, Tunku Ahmad Tunggal dan sepupunya, Tunku Antah yang merupakan putera kepada Yamtuan Radin. Oleh kerana tiada kesepakatan antara majlis Undang dan pegawai-pegawai istana, maka balu kepada Yamtuan Radin dan bonda kepada Tunku Antah, Tunku Puan Intan binti Tunku Alang Husain, diangkat sebagai pemangku Yang di-Pertuan Besar buat sementara waktu.
Rujukan
Didahului oleh Yamtuan Radin |
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-V 1861-1869 |
Diikuti oleh: Yamtuan Antah |