Zolkifly Md Lazim ADUN | |
|---|---|
| ذولكيفلي محمد لازيم | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi Telok Bahang | |
| Dalam jawatan 2 Ogos 2018 – 5 Mac 2023 | |
| Didahului oleh | Shah Haedan Ayoob Hussain Shah |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 13 November 1964 |
| Parti politik | PAS (-2018) |
| Pasangan | Dr. Rosnah Abu Hassan |
Yang Berhormat Tuan Haji Zolkifly Md Lazim (lahir 13 November 1964) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Telok Bahang mewakili BERSATU.[1] Sebelum menyertai BERSATU, beliau ialah anggota Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang kemudiannya menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi PASMA Pulau Pinang[2] sebelum menyertai BERSATU.
Beliau telah bertanding kerusi DUN Telok Bahang, Pulau Pinang pada PRU 14 dan telah mengalahkan penyandang kerusi dari UMNO, Datuk Shah Haedan Ayoob Hussain Shah.[3]
Pada 8 Ogos 2018, beliau telah mencadangkan agar Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan Bank Negeri Pulau Pinang bagi membiayai projek mega di Pulau Pinang tanpa mengharapkan pembiayaan dari Kerajaan Persekutuan.[4]
Keputusan Pilihan Raya
[sunting | sunting sumber]| Parti | Calon | Undian | % | ||
|---|---|---|---|---|---|
| PH | Zolkifly Md Lazim | 5,482 | 45.7 | ||
| BN | Shah Haedan Ayoob Hussain Shah | 5,057 | 42.1 | ||
| PAS | Mohd Ali Othman | 1,469 | 12.2 | ||
| Total valid votes | 12,008 | 100.0 | |||
| Total rejected ballots | 179 | ||||
| Unreturned ballots | 44 | ||||
| Turnout | 12,231 | 85.3 | |||
| Registered electors | 14,339 | ||||
| Majority | 425 | ||||
| PH ambil alih dari BN | Unjuran | ? | |||
Sumber "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, State Legislative Assembly for the State of Penang [P.U. (B) 252/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 3 May 2018. Dicapai pada 2018-08-01.[pautan mati kekal] "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, State Constituencies for the State of Penang [P.U. (B) 326/2018]" (PDF). Attorney General's Chambers of Malaysia. 28 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-08-29. Dicapai pada 2018-08-01. | |||||
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Maklumat calon DUN Telok Bahang, Pulau Pinang
- ^ Pengerusi PasMa Pulau Pinang Zolkifly Md Lazim berkata perdebatan itu tidak akan menguntungkan sesiapa memandangkan PAS sudah mengisytiharkan menjadi pembangkang negeri
- ^ Keputusan PRU 14 Pulau Pinang
- ^ Let’s have Penang state bank for projects, says rep









