=LOVE | |
|---|---|
=LOVE pada April 2024 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Jepun |
| Genre | J-pop |
| Tahun aktif | 2017–kini |
| Diskografi | Lihat: =Love discography (en) |
| Syarikat rakaman | SACRA MUSIC |
| Subkumpulan/subunit | |
| Anggota semasa |
|
| Bekas anggota |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | equal-love |
| Tanda pagar | イコールラブ |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
=LOVE (イコールラブ Ikōrurabu, dibaca sebagai "equal love") ialah sebuah kumpulan gadis idola Jepun yang terdiri daripada 10 orang anggota (juga berfungsi sebagai unit seiyuu). Kumpulan ini ditubuhkan pada 29 April 2017 hasil daripada produksi Rino Sashihara. Mereka bernaung di bawah agensi Yoyogi Animation Academy dan berafiliasi dengan label rakaman SACRA MUSIC (Sony Music Entertainment). Kumpulan ini turut dikenali dengan nama gelaran “Ikorabu”.
Sejarah
Sejarah awal (2017-2018)
Pada 28 Januari 2017, Rino Sashihara mengumumkan penubuhan kumpulan idola bersama pelakon suara dari Yoyogi Animation Academy dengan matlamat “mengatasi Yasushi Akimoto”, pencipta kumpulan popular seperti AKB48 dan Nogizaka46[1]. Uji bakat dijalankan dua hari kemudian[2], dan pada 29 April 2017, diumumkan seramai 13 orang berjaya, namun seorang iaitu Mai Chōnan menarik diri, menjadikan jumlah anggota rasmi 12 orang[3].
Penampilan pertama kumpulan =LOVE ialah di Tokyo Idol Festival 2017, di mana mereka mempersembahkan single sulung bertajuk “=LOVE”. Single ini dilancarkan pada 6 September 2017, berjaya menduduki tangga ke-8 dalam Carta Single Mingguan Oricon dan ke-14 Billboard Japan Hot 100. Single kedua mereka, “Bokura no Seifuku Christmas”, dilancarkan pada 6 Disember 2017.
Pada tahun 2018, antara 15–18 Februari, mereka muncul dalam pementasan teater pertama, sebuah muzikal 2.5D berdasarkan francais Kemono Friends. Mereka juga mengadakan persembahan luar negara buat kali pertama di Taiwan (18 & 25 Mac), serta di Japan Expo Paris pada 6 Julai.
Single ketiga mereka, “Teokure Caution”, dilancarkan pada 16 Mei 2018. Namun, pada 2 Ogos 2018, Maika Sasaki diumumkan berehat daripada aktiviti kumpulan, menyebabkan beliau tidak menyertai single keempat. Pada 17 Oktober 2018, single keempat “Want you! Want you!” dilancarkan. Maika Sasaki kembali semula ke aktiviti kumpulan pada 9 Disember 2018 selepas empat bulan bercuti.
2019-2021
Pada 24 Februari 2019, Rino Sashihara menubuhkan kumpulan saudara kepada =LOVE iaitu ≠ME (dibaca "Not Equal Me"). Kumpulan ini turut mempunyai 12 anggota dari Yoyogi Animation Academy dan juga dihasilkan oleh Sashihara. Kedua-dua kumpulan, =LOVE dan ≠ME, membuat persembahan bersama di Tokyo Idol Festival 2019, di mana ≠ME memperkenalkan single sulung bertajuk “≠ME”.
Kemudian, pada 24 April 2019, mengeluarkan single kelima mereka, “Sagase Diamond Lily”. Namun pada 19 Ogos 2019, diumumkan bahawa center kumpulan, Hitomi Takamatsu, perlu berehat kerana masalah kesihatan dan tidak dapat menyertai single keenam.
Memasuki tahun 2020, wabak COVID-19 mula memberi cabaran besar kepada industri hiburan. Pada 15 April 2020, =LOVE dan ≠ME mengeluarkan trek khas “Tsugi ni Aeta Toki Nani wo Hanasou Ka na”, yang menjadi penampilan pertama Hitomi Takamatsu selepas rehat. Tidak lama kemudian, pada 29 April 2020, mereka melancarkan single ketujuh, “Cameo”, dengan Emiri Ōtani dan Nagisa Saito sebagai double center.
Pada 6 September 2020, semasa konsert ulang tahun ke-3 mereka, Hitomi Takamatsu secara rasmi kembali aktif. Pada November 2020, mereka mengeluarkan single kelapan, “Seishun Subliminal”, yang menjadi single pertama Hitomi selepas rehat, tetapi juga merupakan single terakhir bagi Nonno Satake.
Pada 1 Februari 2021, Nonno Satake mengumumkan graduasi dari kumpulan, dengan konsert perpisahan berlangsung pada 6 Mac 2021. Kumpulan ini kemudian melancarkan album penuh pertama mereka, “Zenbu, Naisho.” pada 12 Mei 2021. Seterusnya, mereka mengeluarkan single kesembilan, “Weekend Citron”, pada 25 Ogos 2021, dan buat pertama kali muncul di rancangan muzik terkenal Music Station pada 17 September 2021. Single kesepuluh mereka, “The 5th”, dikeluarkan pada 15 Disember 2021.
2022
Pada 29 Mac 2022, kumpulan saudara baharu ≒JOY diperkenalkan secara rasmi. =LOVE kemudian mengadakan jelajah negara 2022 di 10 lokasi antara 3 April hingga 21 Mei. Mereka melancarkan single ke-11 “Ano Ko Complex” pada 25 Mei 2022. Pada 3 Julai, diadakan konsert bersama =LOVE, ≠Me dan ≒JOY bertajuk “Ikonoi Joy 2022” di Fuji-Q Highland.
Ulang tahun ke-5 disambut dengan konsert besar di Yoyogi National Gymnasium pada 25 September, dan tiga hari kemudian pada 28 September, single ke-12 “Be Selfish” dilancarkan.
Pada 15 Oktober, ketiga-tiga kumpulan mengadakan Ikonoi Joy Sports Festival 2022 di Makuhari Messe, di mana mereka berjaya menang selepas membuat pusingan akhir. Pada 19 November 2022, rakaman konsert dari 2019 hingga 2021 dikeluarkan dalam bentuk edisi digital eksklusif.
2023
Pada 13 Januari 2023, =LOVE mengadakan konsert graduasi Saito Nagisa di Pacifico Yokohama, menandakan tamatnya aktivitinya dalam kumpulan. Beberapa hari kemudian (25 Januari), mereka melancarkan koleksi MV pertama “Kakosaijou Kyun”.
Jelajah negara “Today is your Trigger” berlangsung dari 28 Januari hingga 12 Februari di 4 lokasi, dengan konsert tambahan pada 2 Mac di Nippon Budokan, yang buat pertama kali diadakan dengan kapasiti penuh. Single ke-13 “Kono Sora ga Trigger” turut dilancarkan pada 22 Februari.
Single ke-14 “Natsumatoppe” dikeluarkan pada 19 Julai, diikuti festival besar Ikonoi Joy 2023 bersama ≠Me dan ≒JOY pada 29–30 Julai di Fuji-Q Highland, menghimpunkan 20,000 penonton dalam dua hari. Mereka juga mengadakan konsert musim panas di Yokohama pada 5 Ogos.
Antara 12–18 September, berlangsung acara khas Ikonoi Joy Daikanshasai, termasuk konsert solo, parti tema, dan festival musim luruh. Pada 22 September, filem konsert pertama mereka “Today is your Trigger THE MOVIE” ditayangkan di pawagam.
Kemuncak tahun ini ialah konsert ulang tahun ke-6 di Saitama Super Arena pada 18–19 Oktober, sebelum pelancaran single ke-15, “Last Note Shika Shiranai”, pada 29 November 2023.
2024
Pada 3 Februari hingga 14 April 2024, =LOVE mengadakan arena tour pertama mereka bertajuk “Tell me what's more than LOVE” di 4 lokasi seluruh Jepun.
Mereka melancarkan single ke-16 “Norotte Norotte” pada 6 Mac, diikuti single ke-17 “Zettai Idol Yamenai de” pada 31 Julai.
Kemuncak tahun ini ialah konsert ulang tahun ke-7 yang berlangsung di K-Arena Yokohama pada 7–8 September 2024.
2025
Pada 2 Februari hingga 6 Mei 2025, =LOVE mengadakan arena tour kedua “Timeless Tales” di 5 lokasi seluruh Jepun, disusuli konsert tambahan di Ariake Arena pada 12–13 Julai[4][5].
Mereka melancarkan single ke-18 “Tokubechu, Shite / Koibito Ijou, Suki Miman” pada 26 Februari[6][7], dan menganjurkan acara khas “+LIVE ~ =LOVE & Geinin Game Battle ~” di Osaka pada 21 Mac. Filem konsert “=LOVE 7th Anniversary Premium Concert THE MOVIE” pula ditayangkan pada 4 April[8]。
Pada 26 Ogos, sebuah rancangan TV khas “Ikonoi Joy ga Yatte Yan yo!” disiarkan sebagai ganti konsert tahunan Ikonoi Joy yang dibatalkan kerana jadual padat dan faktor kesihatan anggota[9]。
Seterusnya, =LOVE 8th Anniversary Premium Tour bakal berlangsung di 8 lokasi antara 6 September hingga 24 Disember 2025[10]. Mereka juga dijangka melancarkan single ke-19 pada 8 Oktober 2025[11]
Anggota
Anggota semasa
- Emiri Ōtani (大谷映美里)
- Hana Ōba (大場花菜)
- Risa Otoshima (音嶋莉沙)
- Kiara Saitō (齋藤樹愛羅)
- Maika Sasaki (佐々木舞香)
- Hitomi Takamatsu (髙松瞳)
- Shōko Takiwaki (瀧脇笙古)
- Iori Noguchi (野口衣織)
- Sana Morohashi (諸橋紗夏)
- Anna Yamamoto (山本杏奈)
Bekas anggota
- Nonno Satake (佐竹のん乃)
- Nagisa Saito (齊藤なぎさ)
Rujukan
- ^ "指原莉乃、声優アイドルプロデュース「秋元康を超えたい」". Oricon (dalam bahasa Jepun). 30 January 2017. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ "指原莉乃:声優アイドルをプロデュース 発掘オーディション開催へ「野生の勘で選びたい」". Mantan Web (dalam bahasa Jepun). Mantan. 30 January 2017. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ "指原莉乃プロデュースアイドル、合格者13人お披露目 グループ名も発表". Modelpress (dalam bahasa Jepun). 29 April 2017. Dicapai pada 5 April 2020.
- ^ "=LOVE アリーナツアー2025 開催決定!!". =LOVE(イコールラブ) オフィシャルサイト (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2025-01-21.
- ^ @Equal_LOVE_12 (January 20, 2025). "【#イコラブイベント情報】 お待たせいたしました! #イコラブアリーナツアー2025 ツアータイトル&ロゴ 決定💗˖° =LOVE ARENA TOUR 2025 「~Timeless Tales~」 #TTツアー #イコラブ" (Twit). Dicapai pada 2025-01-21 – melalui Twitter.
- ^ "【お知らせ】=LOVE 18thシングル発売日決定のお知らせ". =LOVE OFFICIAL WEBSITE. 代々木アニメーション学院. 2024-12-10. Dicapai pada 2024-12-10.
- ^ "アニメ「クラ婚」=LOVEのOP聞ける第2弾PV、坂田将吾&矢野妃菜喜のラジオも(動画あり)". コミックナタリー. ナターシャ. 2024-11-27. Dicapai pada 2024-11-27.
- ^ "映画『=LOVE 7th ANNIVERSARY PREMIUM CONCERT THE MOVIE』公式サイト". 映画『=LOVE 7th ANNIVERSARY PREMIUM CONCERT THE MOVIE』公式サイト (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 2025-02-26.
- ^ "=LOVE・≠ME・≒JOY、3グループ合同特番決定 MCはプロデューサー指原莉乃&相席スタート山添寛【イコノイジョイがやってやんよ!】". モデルプレス. ネットネイティブ. 2025-08-09. Dicapai pada 2025-08-09.
- ^ "=LOVE 8周年ツアー「=LOVE 8th ANNIVERSARY PREMIUM TOUR」開催決定!!". =LOVE(イコールラブ) オフィシャルサイト. 代々木アニメーション学院. 2025-07-13. Dicapai pada 2025-07-13.
- ^ "=LOVE 19thシングル、2025年10月8日(水)に発売決定!". =LOVE OFFICIAL WEBSITE. 代々木アニメーション学院. 2025-07-11. Dicapai pada 2025-07-11.
Pautan luar
- Laman sesawang rasmi =LOVE (dalam bahasa Jepun)









