Perkhidmatan kenderaan rekreasi (recreational vehicles (RV)) dibenarkan untuk dilesenkan dan dikawal selia bagi kegunaan komersial, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. Langkah itu diambil bagi menyokong minat yang semakin meningkat terhadap segmen pelancongan berasaskan penggunaan kenderaan rekreasi (RV) yang semakin mendapat tempat di seluruh Malaysia.
Pelaksanaan menyeluruh kempen pelancongan dalam negara Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026) yang bermula mulai 1 Februari 2026. Ini merangkumi pelancongan tradisi dan budaya, warisan sejarah negara dan negeri, pelancongan berasaskan perayaan dan sambutan pelbagai kaum, aktiviti pelancongan riadah dan percutian, aktiviti pelancongan yang melibatkan penganjuran acara-acara yang berskala besar, serta penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Projek pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 (Batang Lupar Bridge 2) yang bernilai RM223.6 juta sekaligus bakal menghubungkan antara kawasan bandar Simanggang dengan kawasan Bahagian Betong berjalan lancar, dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual pada 31 Mac 2026. Jambatan sepanjang 870 meter dengan tinggi pylon 145.5 meter dan ruang pelayaran selebar 200 meter x 23 meter itu akan menjadi mercu tanda baharu di Sri Aman serta mengukuhkan jaringan jalan raya di Koridor Sri Aman–Betong.[1]
Penaiktarafan Stesen KTM Seremban dijangka siap dalam masa 3 bulan lagi iaitu pada Mac 2026.
Kejohanan bola sepak berprestij antarabangsa Piala Dunia FIFA 2026 yang bakal berlangsung serentak di tiga buah negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat, dan Mexico. Kejohanan bola sepak ini akan berlangsung mulai 11 Jun 2026 sehingga 19 Julai 2026.