Aadhira | |
---|---|
Genre |
|
Berdasarkan daripada | Syurga Itu Bukan Mudah (drama Melayu) |
Pengarah | R. Azizan |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | Unna Vida |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Tamil |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Elena Thomas |
Tempoh siaran | 30 minit |
Syarikat penerbitan | Keris Media Networks |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Vinmeen HD |
Format gambar | |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 14 Julai 2025 |
Status | Sedang disiarkan |
Kronologi | |
Mengikuti | House Kanavan |
Aadhira ialah sebuah siri televisyen drama bahasa Tamil dari Malaysia arahan R. Azizan. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di slot Vinmeen Exclusive Astro Vinmeen HD pada 14 Julai 2025.[1][2]Ia dibintangi oleh Rubini Sambanthan dalam peranan utama sebagai Aadhira, bersama-sama dengan Theebaan G sebagai Dharma. Pelakon lain yang turut serta termasuk Saarra Selva, Kavitha Sinhya, Kaarthick Jay, Angayar Kanni, dan Priscilla Nair.
Siri ini mengetengahkan isu penderaan rumah tangga, kekuatan wanita dan perjuangan untuk keluar daripada situasi toksik. Ia merupakan adaptasi Tamil kepada drama Melayu [[Syurga Itu Bukan Mudah|Syurga Itu Bukan Mudah].Siri ini merupakan kerjasama antara Astro dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) Malaysia [3]. Dengan 28 episod berdurasi 30 minit setiap satu, Aadhira disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 9 malam di Astro Vinmeen HD, dan boleh distrim melalui Astro GO serta sooka.
Sinopsis
Aadhira mengisahkan seorang wanita bernama Aadhira, yang pada zahirnya kelihatan taat dan penyayang. Namun, perkahwinannya dengan Dharma, seorang lelaki karismatik yang menyertai kumpulan "lelaki maskulin toksik", membawa penderitaan dalam bentuk fizikal, emosi, dan kewangan. Konflik memuncak apabila keselamatan anak mereka mula terancam. Aadhira dihadapkan dengan dilema besar – sama ada terus hidup dalam penderaan demi keluarga, atau memilih jalan pembebasan melalui perceraian dan keberanian untuk bermula semula.
Pelakon
- Rubini Sambanthan sebagai Aadhira – seorang isteri yang berjuang untuk keluar daripada perkahwinan toksik
- Theebaan G' sebagai Dharma – suami yang penuh dengan sikap dominan dan kejam
- Saarra Selva
- Kavitha Sinhya
- Kaarthick Jay
- Angayar Kanni
- Priscilla Nair
Rubini Sambanthan memainkan peranan utama dalam siri ini bersama-sama Theebaan G, menandakan penampilan utamanya dalam drama Tamil tempatan.[2]
Produksi
Siri ini diterbitkan oleh Keris Media Networks Sdn Bhd di bawah pengawasan penerbit Elena Thomas. Pengarah bagi siri ini ialah R. Azizan, dan jalan ceritanya diinspirasikan daripada drama Melayu *Syurga Itu Bukan Mudah*.
Tayangan
Aadhira mula disiarkan pada 14 Julai 2025 dan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 9:00 malam di Astro Vinmeen HD. Penonton juga boleh menonton secara penstriman melalui Astro GO, On Demand, dan sooka.[1]
Tema dan Kepentingan Sosial
Dengan mesej utama berkaitan penderaan rumah tangga, siri ini menyentuh isu-isu seperti penderaan emosi, penguasaan ekonomi, dan keibuan dalam perkahwinan toksik. Dengan kerjasama WAO, Aadhira menyasarkan untuk memperkasakan wanita agar lebih berani bersuara dan bertindak terhadap keganasan rumah tangga.
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "Astro premieres Aadhira on 14 July – A new drama about strength and courage". Astro Corporate. 10 Julai 2025. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ a b "Astro's Aadhira Is Set To Hit The Screens This 14th July!". Varnam.my. 9 Julai 2025. Dicapai pada 29 Julai 2025.
- ^ "Victim of domestic strife refuses to lie down". The Sun Daily. 12 Julai 2025. Dicapai pada 29 Julai 2025.