Ambyar Mak Byar | |
---|---|
Pengarah | Puguh P. S. Admaja |
Lakon layar | Puguh P. S. Admaja |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi |
|
Sinematografi | Arnand Pratikto |
Disunting oleh | Umar Syarif |
Muzik oleh |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 115 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Indonesia Jawa |
Ambyar Mak Byar merupakan sebuah filem drama komedi muzikal Indonesia 2025 yang diarahkan oleh Puguh P. S. Admaja. Filem terbitan BION Studios ini dibintangi oleh Gilga Sahid, Happy Asmara, dan Evan Loss. Ambyar Mak Byar ditayangkan di pawagam pada 9 Januari 2025.[1]
Plot
Filem ini mengisahkan Jeru (Gilga Sahid), seorang pemuda sederhana yang bercita-cita menjadi pemuzik berjaya bersama kumpulan muzik campursarinya, Konco Seneng. Dalam perjalanannya untuk mencapai impian, Jeru bukan sahaja berdepan pelbagai cabaran dalam dunia muzik, malah konflik percintaan dengan Bethari (Happy Asmara), seorang puteri dari Istana Kasunanan Surakarta. Hubungan mereka ditentang oleh keluarga Bethari sehingga memburukkan keadaan. Bapa saudaranya, Argo (Ariyo Wahab) menolak tegas hubungan mereka, malah mengancam masa depan Konco Seneng dan perniagaan batik yang menjadi tunjang utama keluarga Jeru.
Barisan pelakon
- Gilga Sahid sebagai Jeru
- Happy Asmara sebagai Bethari
- Evan Loss sebagai Rick
- Anggie Williams sebagai Aruna
- Erick Estrada sebagai Novian
- Yusril Fahriza sebagai Wahyu
- Ariyo Wahab sebagai Argo
- Helarius Daru sebagai Daru "Ndarboy Genk"
- Annisa Hertami sebagai Gusti Ratu
- Dyah Novia sebagai Indar
- GKR Timoer Rumbai sebagai Ibu Permaisuri
- Amos Putra sebagai Rontek
Rujukan
- ^ Milagsita, Anindya (10 Januari 2025). "Sinopsis Ambyar Mak Byar, Film yang Dibintangi Happy Asmara dan Gilga Sahid". detik. Dicapai pada 15 Mei 2025.