Andai Tiada Dia | |
---|---|
Genre | Melodrama Konflik Cinta Keluarga |
Berdasarkan daripada | Andai Tiada Dia karya Rissa Ahdiya |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Nur Cinta" — Amir Masdi |
Lagu penutup | "Andai Tiada Dia" — Isyariana Che Azmi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 36 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Penerbit | Zetty Alia Ramly Zetty Adila Ramly |
Penyunting | Global Post |
Tempoh siaran | 49 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Ria (Slot MegaDrama) Astro Go Sooka |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 Oktober 2024 – 19 Disember 2024 |
Kronologi | |
Mengikuti | Uncle Bos Mama |
Diikuti oleh | Curang Tanpa Niat |
Andai Tiada Dia ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Riza Baharudin terbitan Global Station Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Ummi Nazeera, Hisyam Hamid, Mimi Lana / Alicia Amin dan Zahiril Adzim. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria pada 21 Oktober hingga 19 Disember 2024 menggantikan Uncle Bos Mama.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Sudah 7 tahun usia perkahwinan Suri dan Haikal (Hisyam Hamid) namun belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. Kehadiran Luqman dalam hubungan Suri dan Haikal telah mewujudkan rasa tidak senang kepada Haikal. Haikal terasa dirinya disisihkan.
Sebaliknya Haikal mempunyai hubungan istimewa dengan Intan (Mimi Lana), adik Suri yang ketika itu menumpang di rumahnya. Kecurangan Haikal terbongkar dan Suri sanggup melepaskan Haikal demi Intan.
Setelah bercerai, Suri disahkan mengandung. Haikal yang mendapat tahu hal itu ingin memujuk semula Suri. Pada masa itu, munculnya Falah (Zahiril Adzim) yang sentiasa wujud apabila Suri dalam kesusahan.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Hisyam Hamid sebagai Haikal
- Ummi Nazeera sebagai Suri
- Mimi Lana sebagai Intan
- Alicia Amin sebagai Intan (menggantikan Mimi Lana mulai episod 29)
- Zahiril Adzim sebagai Falah & Fatah (2 watak).
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- Husna Mustaffa sebagai Erma
- Rahim Omar sebagai Haji Idris
- Rosnah Johari sebagai Hajah Halilah
- Lan Siro sebagai Ikhwan
- Kodi Rasheed sebagai Rafiq
- Mia Nasir sebagai Bainun
- Mas Anizan sebagai Puan Faridah
- Riz Amin sebagai Hisham
- Zarynn Min sebagai Muna
- Auni Yusrii sebagai Yasmin
- Adam Malek sebagai Wafi Chamber
- Noah Mateen sebagai Baby Luqman
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Yusuf
- Aznah Hamid sebagai Cikgu Misrah
- Amyza Aznan sebagai Uda Senah
- Bobo Rimaz sebagai Bobo
- Muaz Zabir sebagai Dr. Amir
Pelakon Tambahan
[sunting | sunting sumber]- Adik Opie sebagai Laila 8 Τahun
- Shima Bee sebagai Zarina
- Zarrin Nuqman sebagai Aiman
- Liza Kowangit sebagai Shaza
- Mizie Ahmad sebagai Aidil
- Draman Muhamad sebagai Pak Ali
- Siti Zaleha sebagai Juli
- Mazliana Mat Sor sebagai Hasnah
- Charlie Numan sebagai Bomoh
- Ros Idris sebagai Mak Gayah
- Lyqal Mokhtar sebagai Azura
- Hilmi Zerain sebagai Azman
- Rayyan Hoi sebagai Radhi
- Iki Faisal sebagai Suzie
- Paksu Fadzil sebagai Pak Darus
- Hashim sebagai Haji Hud
- Elly Suhaili sebagai Jana
- Megat Terawis sebagai Pak Ramli
- Zamir Akmal sebagai Rosyam
- Hasni Liana sebagai Zainab
Muzik dan Runut Bunyi
[sunting | sunting sumber]- "NurCinta" – Amir Masdi
- "Tapi Bukan Denganmu" – Bella Astillah
- "Andai Tiada Dia" – Isyariana Che Azmi
- "Pendam Rasa" – Evanatie Sannie
- "Maafkanlah" – Syamel
- "Soal Jiwa" – Wani Annuar & Aiman Zaidi
Kesinambungan
[sunting | sunting sumber]Selepas berkahwin, Suri dan Falah berpuasa dan menyambut Hari Raya sebagai suami isteri. Haikal, yang merawat Intan di hospital, merindui Suri dan memikirkan kehidupan bahagia bersama Suri.
Trivia
[sunting | sunting sumber]- Mimi Lana sepatutnya memegang watak Intan untuk semua episod tetapi kerana tidak dapat fokus kepada 36 episod berikutan terikat dengan projek lain akhirnya Mimi Lana hanya berlakon 28 episod dan bakinya diteruskan oleh penggantinya Alicia Amin yang mempunyai iras wajah Mimi. Bagaimanapun reaksi penonton terhadap Alicia tidak berpuas hati kerana terlalu berlebihan berbanding Mimi meskipun beliau sebagai pelakon gantian.
- Drama Andai Tiada Dia meraih 71 juta (media sosial), 6.7 juta penonton antara 21 Oktober sehingga 2 Disember 2024 dan belum termasuk penonton di aplikasi bukan Sooka iaitu Telegram, reels Facebook serta penonton dari Indonesia, Singapura dan rakyat Malaysia tinggal di luar negara.
- Watak Falah Yusof dilakonkan Zahiril Adzim hanya masuk episod 13 dan menerima pujian daripada peminatnya dan penonton.
- Di episod akhir ramai penonton tidak berpuas hati pengakhiran Intan dan mengecam pengarah drama tersebut iaitu Riza Baharuddin kerana dianggap menyeksa penonton, tetapi Riza memohon maaf kepada semua penonton jika tidak berpuas hati.
- Suami kepada Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari yang juga seorang doktor sering berkongsi ulasan drama lakonan isteri beliau serta selitkan ilmu perubatan secara jenaka, hingga mengelarkan dirinya 'Pakar ulasan tidak bertauliah' hanya untuk drama Andai Tiada Dia hakikatnya Izzar seorang bersikap positif dan menyokong kerjaya seni Ummi di awal perkahwinan sehingga sekarang. Selain itu drama ini juga selitkan ilmu agama tentang rumah tangga, kematian dalam platform Bambam Studios.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Astro Ria: Slot MegaDrama, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Andai Tiada Dia | Berikutnya |
Uncle Bos Mama | Curang Tanpa Niat |