Anwaar Beg Moghal | |
|---|---|
| Kelahiran | Anwaar Beg Moghal 1982 (umur 42–43) |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, pengacara |
| Tahun aktif | 2010–kini |
Anwaar Beg Moghal (lahir 1982) ialah seorang pelakon dan koreografer dari Malaysia berketurunan India. Beliau dikenali kerana peranannya dalam pelbagai produksi televisyen dan filem, sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Beliau terkenal dengan lakonannya dalam filem Punjabi pertama Malaysia, Mundey Kampung Dey
Kerjaya
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon tambahan dalam iklan televisyen sebelum beralih ke dunia lakonan dan tarian. Beliau mempunyai syarikat produksi sendiri yang dinamakan Anwaar Beg Productions. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai pengacara untuk pelbagai acara korporat. Kemahiran menarinya membolehkan beliau tampil dalam program seperti Dance India Dance, Britain’s Got Talent dan So You Think You Can Dance.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2015 | Underground | Rama | Filem pendek |
| 2018 | O My Beloved (O Meri Jaane Jaan) | Aamir Kapoor | |
| 2021 | Kerana Korona | Arman | |
| 2022 | Mundey Kampung Dey | ||
| 2025 | Keluang Man | Inspektor Sahab |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
|---|---|---|---|---|
| 2010 | Strike Back | Malak | Drama pertama | |
| 2013 | Our Girl | Captain Dutta | ||
| 2017 | Gap Year | Redza | ||
| 2019 | Fried Rice Paradise | Ikhsan | ||
| 2024 | Racun Rihanna | Sukveer | TV3 | |
| 2025 | Generasi: Perfect 10 | Dato Safiy | Astro Citra |
Anugerah
Pada tahun 2018, Anwaar memenangkan anugerah Best Filem Male Performer di South East Asia Short Filem Festival Winter 2018. Ia juga menerima anugerah Asia's The Man Achiever Award di RULA Awards.








