Keluang Man | |
---|---|
Pengarah | Anwari Ashraf |
Penulis |
|
Berdasarkan | Keluang Man oleh Allahyarham Kamn Ismail |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Zulkifli Zain |
Disunting oleh | Irwan Ahmad |
Muzik oleh | Andrew Bong |
Syarikat penerbitan | Pasal Productions |
Diedarkan oleh | Astro Shaw |
Tarikh tayangan | 29 Mei 2025 (Malaysia) |
Masa tayangan | 131 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bajet | RM 13 juta |
Pecah panggung | RM 3.86 juta |
Keluang Man ialah sebuah filem aksi komedi adiwira Malaysia berdasarkan siri animasi bernama sama yang disiarkan di saluran TV1 pada 1998 sehingga 2005, diterbitkan dan diedarkan oleh Astro Shaw.[1][2] Filem ini ditayangkan di pawagam dalam Malaysia pada 29 Mei 2025.[3] Filem ini diarahkan oleh pengarah Anwari Ashraf yang turut menjadi penulis skrip,[4] dan Raja Jastina Arshad sebagai penerbit eksekutif.[5] Nas-T memainkan watak utama sebagai Keluang Man[6], manakala pelakon-pelakon lain seperti Rosyam Nor, Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal turut menyertai barisan pelakon.
Keluang Man ialah inspirasi daripada siri animasi yang diilhamkan oleh Kamn Ismail dengan kerjasama pengasas dan pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor. Siri animasi tersebut telah disiarkan sebanyak tujuh musim dengan lebih 140 episod. Ia mengisahkan seorang pesakit di hospital psikiatri, iaitu Borhan, bertukar wajah menjadi adiwira sebagai Keluang Man dalam membanteras jenayah.[6]
Plot
Filem bermula dengan Borhan rancak “menelefon” pengacara terkemuka, Halim Othman, yang hanya merupakan suara dalamannya, sementara melarikan diri daripada Pusat Rawatan Mental Tampoi sebelum berjaya ditangkap semula oleh warden yang mengejarnya. Borhan pada masa kecil dijual ibu bapanya sendiri kepada sindiket gelap, tetapi berjaya diselamatkan oleh pasukan diketuai Ahmad. Ketika kanak-kanak lain disatukan semula dengan ibu bapanya, Borhan dan seorang lagi, Shamsir, yang tidak dituntut kemudiannya diambil Ahmad sebagai anak angkat, dan dilatih dengan kemahiran tempur sehingga mereka bertiga menubuhkan pasukan elit rahsia bernama Tim Tiga, dan seterusnya berjaya menumpaskan aktiviti-aktiviti gelap di seluruh negara. Akan tetapi, pada satu hari, satu pertelingkahan berlaku yang menyebabkan Shamsir membunuh Ahmad, dan menembak Borhan menembusi otaknya, menyebabkan sakit jiwa yang dialaminya sekarang.
Di pusat rawatan, Borhan terserempak dengan Shamsir yang datang mari, kini merupakan ketua utama Mata Tiga, sebuah sindiket perdagangan senjata haram di Tumpoi. Shamsir berjaya mengugut pihak pusat rawatan untuk melepaskan dua orang pesakit ke tangannya. Borhan yang berang dengan Shamsir selama ini cuba menghentikannya dengan berpakaian ala adiwira tetapi gagal. Shamsir kemudiannya mempergunakan dua orang pesakit itu untuk melancarkan serangan bom di sebuah kedai mamak di Tumpoi. Serangan itu ialah satu ugutan kepada pihak polis setelah polis berjaya menumpaskan satu orang besar Mata Tiga.
Ketua polis Tumpoi, Inspektor Sahab, berusaha untuk meminta kerjasama kakaknya yang juga pemberi terapi Borhan di pusat rawatan, Dr. Malini, untuk membantu siasatan. Sementara itu, Borhan diberi petunjuk oleh orang bawahan Mata Tiga, Ated, untuk mencari Shamsir. Dengan petunjuk itu, Borhan mengalahkan satu per satu cabang-cabang Mata Tiga sehingga terbentuklah identitinya sebagai Keluang Man. Pada masa sama, Dr. Malini giat untuk merawat Borhan. Dalam satu sesi terapi, Borhan terbayang dirinya terjumpa Ahmad, tetapi “dia” menasihatinya untuk berhenti memburu Shamsir.
Borhan nafikan permintaan “dia” lalu meneruskan misinya dengan menyerbu markas Mata Panda. Beliau berjaya menewaskan geng itu, disusuli dengan bantuan polis diketuai Inspektor Sahab. Pada akhirnya, mereka terhumban ke dalam satu lubang dalam untuk menyelamatkan diri daripada satu letupan bom. Di dalam lubang, Inspektor Sahab menjelaskan tujuan beliau untuk memburunya, iaitu menghalang misi dendam Borhan untuk mengelakkan akibat yang tidak diingini seperti serangan bom di mamak yang disaksikannya, sebelum berjaya keluar daripada lubang itu. Namun begitu, Borhan tetap bertekad, dan akhirnya menjumpai Shamsir lalu menumpaskannya. Pasukan Inspektor Sahab berjaya menjejakinya dan menyuruh Borhan untuk melepaskannya.
Berang dengan Borhan, geng Mata Tiga melancarkan serangan besar terhadap Pusat Rawatan Mental Tampoi. Dalam serangan itu, Borhan menjumpai seorang kelibat yang hadir terhadapnya – Ahmad. Beliau kini teringat perihal sebenar insiden hari keramatnya: Borhan bertelingkah dengan Ahmad kerana ingin menukar Tim Tiga menjadi sindiket penjualan senjata haram setelah habis misinya menumpaskan jenayah, membawa kepada pembentukan Mata Tiga.
Setelah serangan itu barulah Borhan sedar apa yang ditakuti Inspektor Wahab berkenaan akibat yang tidak diingini. Borhan menziarahi beliau yang tidak sedar diri di hospital lalu memohon maaf sebelum menjumpai Dr. Malini. Beliau memberi nasihat untuk menentukan hala tuju dirinya pada masa depan. Dengan nasihat Dr. Malini, beliau tekad untuk menjadi Keluang Man. Beliau kemudiannya menyerbu markas utama Mata Tiga. Di sana, Keluang Man bertemu dengan Shamsir, dan cuba untuk memujuknya untuk bersama-sama menewaskan Ahmad. Ahmad yang memerhati dari jauh menyerang mereka berdua dan menjumpai Keluang Man. Akhirnya di sana, Keluang Man berjaya menumpaskan Ahmad yang kemudiannya diberkas polis, tetapi Shamsir lambat-laun maut dalam kecederaan akibat serangan tadi.
Tumpoi menjadi aman damai, dan Pusat Rawatan Mental Tumpoi pulih dan beroperasi seperti biasa, serta Inspektor Sahab kian pulih daripada kecederaannya. Sementara itu, Keluang Man kini mencari seseorang untuk menjadi adiwira bersamanya.
Barisan pelakon
Pelakon utama
- Nas-T sebagai Borhan / Keluang Man
- Remy Ishak sebagai Shamsir
- Rosyam Nor sebagai Ahmad / Mata Batu
- Anwaar Beg Moghal sebagai Inspektor Sahab
Pelakon pembantu
- Shweta Sekhon sebagai Doktor Malini
- Halim Othman sebagai Halim Othman (suara)
- Amelia Henderson sebagai Kathy Ismail, salah satu wartawan (berita bahasa inggeris)
- Shahrol Shiro sebagai Ated
- Sham Sunder Binwani sebagai Doktor Ramu
- Dennis Yin sebagai Sarjan Chen
- Naim Daniel sebagai Samad
- Farhaziq Abdul Manaf sebagai Zaim
- Yank Kassim sebagai Paan Dalang (Ketua geng Mata Panda)
- Umar Shakur sebagai Borhan (kecil)
- Danish Zamri sebagai Shamsir (kecil)
- AG Hafiz sebagai Nordin
- Pia Ernadya sebagai pembaca berita
- Syaff Shukri sebagai pembaca berita
Penampilan khas
- Daniella Sya sebagai mangsa ragut
- A. Galak sebagai Zakaria
- Azlee Jaafar sebagai salah satu pesakit mental
- Wahid Senario sebagai salah satu pesakit mental
- Said Prono sebagai salah satu pesakit
- Zaidi Mat Zin sebagai salah satu pesakit mental
- Delimawati sebagai Hantu Kak Limah, salah satu pesakit mental
- Fazziq Muqris sebagai pelukis lakaran
- Nadhir Nasar sebagai salah satu geng Mata Keranjang
- Mierul Aiman sebagai anggota polis
- Lania Fira sebagai salah satu geng mata air
- Zhafvlog sebagai Zhafvlog
Penerbitan
Perancangan
Perkembangan rasmi bermula pada 2019 apabila Astro Shaw Bilik Penulis merancang untuk membuat filem aksi langsung yang diterajui oleh Anwari Ashraf yang tahu menulis francais Polis Evo dan mencipta dua Astro Siri Asal, Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM bersama Roshfaizal Ariffin yang terkenal dengan penulisan dan pengarahan Didi & Friends The Movie.[7] Nas Muammar Zar ialah disahkan sebagai Keluang Man melalui pelakonan oleh Astro Shaw menerusi media sosial pada Julai 2023 manakala ia mendapat volum uji bakat dan reaksi yang tinggi seperti daripada Nizam Razak, Naim Daniel[8] dan media outlet.[9] Uji bakat kemudiannya dilanjutkan sehingga Ogos 2023. Anwari telah diambil sebagai pengarah dan penulis utama filem itu.[10] Filem ini akan berlatarkan asal Keluang Man[11] dan akan menyasarkan keluaran 2025 bersama-sama dengan BoBoiBoy Movie 3 yang dijadualkan pada Disember tahun yang sama.[12]
Sebelum Astro Shaw meneruskan projek mereka, Astro Shaw menjalin kerjasama dengan Iconic Animation Studio, IP asal Keluang Man. Perkongsian itu telah dimuktamadkan di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil pada Mei 2022 dengan kehadiran Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Nusantara.[13] Raja Jastina memberitahu The Vibes;
"Kami percaya bahawa jenama Keluang Man sangat dihormati dalam adegan animasi tempatan dan mempunyai pengikut setianya, yang kebanyakannya membesar dengan siri animasi itu.
“Walaupun siri ini mula disiarkan sejak lama dahulu, ia masih digemari ramai rakyat Malaysia, dan kami melihat permintaan tinggi serta penantian besar peminat untuk kepulangan Keluang Man, membuktikan adiwira ini mendapat tempat yang istimewa. di hati penonton dan sememangnya malar hijau.
"Kami berharap berita baik ini akan mengujakan peminat dan menunjukkan bahawa animasi tempatan berpotensi untuk ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi."[14]
— Raja Jastina Raja Arshad
Filem ini diumumkan pada 28 November 2023 oleh Astro Shaw bahawa filem itu akan ditayangkan pada 2025 bersama-sama dengan BoBoiBoy Movie 3 yang diterbitkan oleh Animonsta Studios yang akan diedarkan oleh mereka juga.[15]
Pra-produksi
Pembuatan filem ini telah dirangka oleh pasukan penulisan Astro Shaw sejak tahun 2019 diketuai Anwari Ashraf yang terkenal sebagai pencipta Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM serta penulis siri filem Polis EVO, Roshfaizal Ariffin yang turut merangka bersama terkenal menulis dan mengarahkan Didi & Friends The Movie dan pengarah kesan visual Bulan & Pria Terhebat dan lain-lain.[16]
Perjanjian bersama hak cipta
Hak cipta adaptasi filem diperoleh pada Mei 2022 oleh pemilik harta intelek siri asal ini, Iconic Animation Studio kepada Astro Shaw.[17] Perjanjian tersebut diadakan di ibu pejabat Astro di Bukit Jalil dengan dihadiri oleh ketua Astro Shaw & Nusantara, YM Raja Jastina Raja Arshad.[18][19]
Pemilihan pelakon
Astro Shaw mengumumkan pencarian Keluang Man di laman media sosial mereka.[20] Panggilan uji bakat bagi filem dijalankan pada Julai dan Ogos 2023.[21][22] Pencarian tersebut mendapat perhatian termasuk Naim Daniel yang turut berminat untuk menyertai ketika berkata kepada New Straits Times.[23] Barisan pelakon diumumkan pada 28 November 2023 di Kuala Lumpur, di mana Nas-T dipilih sebagai pelakon utama filem yang memainkan watak Keluang Man, di samping pelakon seperti Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal dan Rosyam Nor.[24] Dalam pengumuman barisan, penggambaran dijadualkan bermula pada April 2024 iaitu selepas Aidilfitri.
Sebelum ini, Farid Kamil pernah dipertimbang untuk memegang watak Borhan/Keluang Man dan Kamal Adli untuk watak Samad/Tiong Man. Pelakon lain yang pernah dipertimbang untuk membintangi filem ini (di bawah pengarah terdahulu) ialah Nadia Brian, Jasmine Suraya Chin, Rahhim Omar, Amar Baharin, Shakilla Khoriri, Amerul Affendi, Lia Natalia dan Iqram Dinzly.
Penggambaran
Fotografi utama akan bermula pada April 2024 selama 2 bulan, selepas Aidiladha.[25] Lagak ngeri latihan akan diketuai oleh Reza Shukor, penyelaras lagak ngeri Projek: High Council dan pengarah urusan Action Flo Films.
Pos-produksi
Filem ini akan disunting oleh Irwan Ahmad, yang sebelum ini bekerja dengan Anwari untuk Project: Anchor SPM dan Project: High Council dengan Alan Zafri dari Mira Digital menjadi salah seorang penyelia kesan visual untuk filem tersebut.
Masa depan
Keluang Man diumumkan menjadi filem pertama bagi fasa pertama Dunia Sinematik Keluang Man. Dalam siri filem bagi dunia senimatik tersebut turut menampilkan lima lagi filem yang masih belum dikenal pasti tarikh tayangan, iaitu Baling, Patani, Keluang Man 2, Besut dan Kataha.[26][27]
Rujukan
- ^ "Keluang Man bakal difilemkan selepas lebih 20 tahun". BERITA Mediacorp (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ Sabli, Mohd Fairus bin (2023-12-04). "Keluang Man Bakal Beraksi di Pawagam pada Tahun 2025". Dewan Budaya. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ Syafiq, Razin (2025-02-24). "Filem Live Action Keluang Man Akan Ditayangkan 29 Mei 2025!". gamersantai.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ Azam, Nadia (2023-11-29). "Dari simpan sut saja, kini Nas-T betul-betul jadi adiwira". Malaysiakini. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ "Jadi Lokasi Ikonik Penggambaran Filem, Mural Gergasi Keluang Man Setinggi Tiga Tingkat Diabadikan Di Kluang Johor". Gempak. 2024-09-07. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ a b "Nas-T terpilih terajui Keluang Man". www.astroawani.com. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ BuzzPopTV (24 May 2022). "KELUANG MAN: Filem Live-Action Oleh @astroshaw ?". YouTube. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ Chua, Dennis (6 September 2023). "#Showbiz: Naim Daniel untuk uji bakat peranan dalam filem 'Keluang Man'". New Straits Times. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ "Ujibakat watak utama filem aksi langsung Keluang Man kini dibuka". tergini.com. 27 July 2023. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ @anwariashraf (31 Mei 2023). "Membawa Kembali 'Binawe'" (Twit). Dicapai pada 18 Disember 2023 – melalui Twitter.
- ^ "KELUANG MAN: Tona Kartun? #keluangman". YouTube. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ Zahar, Fahim (31 Oktober 2023). "BoBoiBoy Movie 3 Akan Tiba Pada 2025". Aksiz. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ "Keluang Man bakal difilemkan". MalaysiaGazette. 23 Mei 2022. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ "Iconic superhero Malaysia 'Keluang Man' membuat kemunculannya semula di skrin besar". The Vibes. 24 Mei 2022. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ Ariffin, Raja Yusoff (4 December 2023). "Keluang Man Bakal Beraksi di Pawagam pada Tahun 2025". Dewan Budaya. Dicapai pada 18 Disember 2023.
- ^ BuzzPopTV (24 Mei 2022). "KELUANG MAN: Filem Live-Action Oleh @astroshaw ?". YouTube. Dicapai pada 13 Disember 2023.
- ^ Sudirman Mohd Tahir (24 Mei 2022). "Nantikan filem Keluang Man". Harian Metro. Dicapai pada 3 Disember 2023.
- ^ Mohamad, Zaidi (25 Mei 2022). "Siri animasi Keluang Man diangkat ke layar perak". Berita Harian. Dicapai pada 13 Disember 2023.
- ^ Daud, Ridaudin (23 Mei 2022). "Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali". Astro Awani. Dicapai pada 13 Disember 2023 – melalui astroawani.com.
- ^ Zikri, Arif (30 Julai 2023). "Astro Shaw confirms live action Keluang Man in pre-production, open audition call for titular character". malaymail. Dicapai pada 13 Disember 2023.
- ^ Leong, Adeline (2023-07-29). "Are You The Next Keluang Man? Find Out In The Auditions!". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-03.
- ^ Gempak (28 Julai 2023). "Keluang Man bakal difilemkan, pencarian bakat baharu untuk watak utama... ini ciri yang dicari!". Astro Awani. Dicapai pada 13 Disember 2023.
- ^ Chua, Dennis (6 September 2023). "#Showbiz: Naim Daniel to audition for role in 'Keluang Man' movie". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Disember 2023.
- ^ Alif Fadli Mohd Sori (2023-11-28). "Nas-T terpilih sebagai Keluang Man". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-03.
- ^ Lee, Marcus (30 November 2023). "Keluang Pelakon Lelaki Didedahkan, Akan Mula Menggambar Pada April 2024".
- ^ "Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe". siakapkeli.my. Dicapai pada 2025-03-05.
- ^ Zikri, Arif (2024-12-19). "Welcome to the Astro Shaw Cinematic Universe: inter-linked 'Keluang Man', 'High Council', 'Polis Evo' projects announced". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-03-05.