
Pehin Dato Awang Abu Bakar bin Apong (19 September[1] 1948[2] - ) ialah seorang pembesar Brunei. Beliau telah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dari tahun 1998 hingga 2005, Menteri Perhubungan dari tahun 2005 hingga 2010, Menteri Pendidikan dari tahun 2010 hingga 2015, dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dari tahun 2015 hingga 2022. Beliau merupakan antara yang paling lama berkhidmat dalam kerajaan, dengan tempoh kedua terpanjang di Brunei.[3][4] Beliau juga merupakan seorang Manteri, iaitu golongan pembesar diraja, dengan gelaran 'Pehin Orang Kaya Seri Kerna'.[5]
Beliau telah memainkan peranan penting dalam pembangunan pendidikan tinggi di Brunei, khususnya sebagai salah seorang pengasas Universiti Brunei Darussalam (UBD). Beliau mendorong penghasilan graduan kedoktoran pertama universiti tersebut dan melaksanakan beberapa perubahan penting. Sebagai Menteri Pendidikan (MoE), beliau menyokong inisiatif seperti program kepimpinan dan penyertaan Brunei dalam Programme for International Student Assessment (PISA) bagi meningkatkan prestasi pelajar. Beliau juga menekankan kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan serta usaha berterusan untuk menambah baik sistem pendidikan.
Nama
Nama penuh beliau dengan terasul yang digunakan dalam persuratan rasmi bahasa Melayu di Brunei ialah 'Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong'. Nama ini juga digunakan dalam persuratan bahasa Inggeris tempatan.
Rujukan
- ^ Sidhu, Jatswan S. (20 Disember 2016). Historical Dictionary of Brunei Darussalam (ed. tiga). Lanham, MD: Rowman & Littlefield. m/s. 14. ISBN 9781442264595.
- ^ http://www.moha.gov.bn/SitePages/Menteri%20Hal%20Ehwal%20Dalam%20Negeri.aspx
- ^ Asgar, Abdullah (30 Januari 2018). "Berkenan umumkan pelantikan kabinet baharu". Pelita Brunei. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ Sim, Y.H.; Yahya, Salawati (31 Januari 2018). "Kabinet dirombak". Media Permata Online. Dicapai pada 21 Ogos 2018.
- ^ "Senarai Gelaran Pehin-Pehin Manteri Dan Manteri Ugama" (PDF). m/s. 6. Dicapai pada 21 Ogos 2018.








