

Bidalasana (Sanskrit: बिडालासन; ATSA: Biḍālāsana) atau Marjariasana (Sanskrit: मार्जरीआसन; ATSA: Mārjarīāsana), kedua-duanya bermaksud Sikap Kucing (Jawi: سيكڤ كوچيڠ) dalam bahasa Sanskrit, adalah sejenis asana melutut dalam yoga moden sebagai senaman.[1] Satu variasi dengan sebelah kaki diangkat ke atas ialah Vyaghrasana (Sanskrit: व्याघ्रासन; ATSA: Vyāghrāsana), Sikap Harimau (Jawi: سيكڤ هريماو); variasi yang serupa dengan sebelah kaki diluruskan ke belakang ialah Chakravakasana (Sanskrit: चक्रवाकासन; ATSA: Cakravākāsana), Sikap Kelicap (Jawi: سيكڤ كليچڤ). Variasi dengan bahagian belakang badan direndahkan ialah Bitilasana (Sanskrit: बितिलासन; ATSA: Bitilāsana), Sikap Lembu (Jawi: سيكڤ لمبو); ini sering digunakan sebagai postur lawan, dan satu senaman yang popular ialah pergerakan berulang-ulang antara Sikap Kucing dan Sikap Lembu.
Etimologi dan asal-usul
Nama Bidalasana, बिडालासन, berasal daripada perkataan Sanskrit बिडाल, biḍāl, yang bermaksud "kucing", dan āsana yang bermaksud "postur" atau "duduk".[2] Nama alternatif Marjariasana (juga dieja Marjaryasana), मार्जरीआसन, juga berasal daripada मार्जरी, mārjārī, yang turut bermaksud "kucing".[3] Sikap yang serupa telah diterangkan dalam teks Denmark awal abad ke-20 oleh Niels Bukh, Gimnastik Asas, sebagai "posisi meniarap sambil melutut",[4] yang mana ia berasal daripada tradisi gimnastik Skandinavia abad ke-19.
Asana yang berbeza, Marjarottanasana, yang bermaksud sikap kucing rengangan terbalik, digambarkan dalam Shritattvanidhi pada abad ke-19.[5]
Postur bernama Vyaghrasana atau skap harimau disenaraikan tetapi tidak diterangkan dalam Hatharatnavali pada abad ke-17.
Penerangan
Pengamal akan melutut dengan kedua-dua tangan di lantai, kemudian perlahan-lahan menaikkan dan menurunkan belakang badan, beralih dalam vinyasa yang lembut antara Sikap Kucing dan Sikap Lembu, serta melatih otot-otot teras yang menyokong tulang belakang.[6]
Sikap ini dianggap dalam Sivananda Yoga sebagai sesuai untuk diamalkan semasa kehamilan.[7][2]
Variasi

Dalam variasi sikap ini, sebelah kaki diregangkan lurus ke belakang, dan lutut kaki yang diregangkan itu kemudiannya boleh dibengkokkan supaya tapak kaki menghala lurus ke atas; tangan yang bertentangan juga boleh diregangkan ke hadapan dalam Vyaghrasana, Sikap Harimau.[8][9] Chakravakasana atau Sikap Kelicap yang serupa, mempunyai kaki dan tangan diregangkan lurus secara mendatar.[10]
Sikap Kucing sering dilakukan berselang-seli dengan Bitilasana, Sikap Lembu, di mana perut dan punggung direndahkan manakala pinggul dan bahu tidak bergerak.[11]
Rujukan
- ^ Anon (28 August 2007). "Cat Pose - Marjaryasana" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal.
- ^ a b Holstein, Barbara B. (1988). Shaping Up for a Healthy Pregnancy. Life Enhancement Publications. m/s. 76. ISBN 978-0-87322-926-5.
- ^ "Cat Pose". Yoga Journal (dalam bahasa Inggeris). 7 January 2019 [2007].
- ^ Bukh, Niels (2010) [1924]. Primary Gymnastics. Tufts Press. m/s. 42. ISBN 978-1446527351.
- ^ Sjoman, Norman E. (1999) [1996]. The Yoga Tradition of the Mysore Palace (dalam bahasa Inggeris). Abhinav Publications. m/s. 81 and plate 14 (pose 82). ISBN 81-7017-389-2.
- ^ Schiffmann, Erich (2013). Yoga The Spirit And Practice Of Moving Into Stillness (dalam bahasa Inggeris). Simon and Schuster. m/s. 89–94. ISBN 978-1-4767-3562-7.
- ^ Lidell, Lucy; The Sivananda Yoga Centre (1983). The book of yoga (dalam bahasa Inggeris). Ebury. m/s. 166. ISBN 978-0-85223-297-2. OCLC 12457963.
- ^ "Vyaghrasana – Tiger Pose" (dalam bahasa Inggeris). Pranayoga. 27 July 2014. Dicapai pada 4 February 2019.
- ^ "Vyaghrasana: The Tiger". Yoga in Daily Life (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 March 2019.
- ^ "Sunbird Pose". Yogapedia. Dicapai pada 4 August 2022.
- ^ "Cow Pose" (dalam bahasa Inggeris). Yoga Journal. 7 January 2019. Dicapai pada 27 April 2019.








