
Halasana (Sanskrit: हलासन; ATSA: Halāsana) atau sikap Bajak (Jawi: سيكڤ باجق)[1] ialah sebuah asana songsang dalam hathayoga dan yoga moden sebagai senaman. Variasinya termasuklah Karnapidasana dengan lutut di sisi telinga, dan Suptakonasana dengan kedudukan kaki yang terbuka luas.
Etimologi dan asal-usul
Nama Halasana berasal daripada bahasa Sanskrit hala (हला), "bajak" dan āsana (आसन), "postur" atau "sikap".[2] Sikap ini diterangkan dan digambarkan dalam kitab Shritattvanidhi dari abad ke-19 sebagai Langalasana, yang juga bermaksud sikap bajak dalam bahasa Sanskrit.[3]
Karnapidasana tidak ditemui dalam teks-teks hathayoga zaman pertengahan. Ia diterangkan secara berasingan dalam buku Complete Illustrated Book of Yoga (1960) oleh Swami Vishnudevananda dalam tradisi Sivananda Yoga, dan oleh B. K. S. Iyengar dalam bukunya Light on Yoga (1966), yang membayangkan bahawa ia mungkin mempunyai asal-usul yang lebih lama.[4][5] Nama ini berasal daripada perkataan Sanskrit karṇa (कर्ण) bermaksud "telinga", pīḍ (पीड्) bermaksud "memerah" atau "menekan", dan āsana (आसन) bermaksud "postur" atau "kedudukan".[6]
-
Sikap yang lengkap menyerupai bentuk bajak tradisional.
-
Langalasana dalam Shritattvanidhi dari Istana Mysore, sebelum 1868.
-
Guru kesihatan dan kecantikan Marguerite Agniel dalam sikap bajak, sekitar 1928. Foto oleh John de Mirjian.
Penerangan
Sikap ini dimulakan daripada sarvangasana (dirian bahu), dengan merendahkan sedikit bahagian belakang untuk keseimbangan, dan menggerakkan lengan serta kaki ke atas kepala sehingga hujung jari kaki yang melunjur menyentuh lantai dan hujung jari tangan, dalam satu variasi persediaan sikap tersebut. Lengan kemudiannya boleh digerakkan untuk menyokong bahagian belakang ke posisi yang lebih menegak, menghasilkan variasi sikap kedua. Akhir sekali, lengan boleh didepakan di atas lantai menjauhi kaki, menghasilkan sikap terakhir dalam bentuk bajak tradisional.[4][7][8][9]
Variasi

Karnapidasana (sikap menekan telinga) atau Rajahalasana (sikap bajak raja) mempunyai lutut yang dibengkokkan rapat ke kepala dan dipeluk oleh lengan.[10]
Parshvahalasana (bajak sisi) mempunyai kedudukan badan yang menegak, batang tubuh dipusingkan ke satu sisi, dan kaki melunjur lurus dengan jari kaki menyentuh lantai (ke arah sisi tersebut).[10]
Suptakonasana (sikap sudut baring) mempunyai kaki yang terbuka seluas mungkin dengan jari kaki di atas lantai, seperti Upavishthakonasana yang terbalik;[11] hujung jari tangan boleh memegang ibu jari kaki.[10]
Semua variasi ini boleh dilakukan sebagai sebahagian daripada kitaran yang bermula daripada Sarvangasana (Dirian Bahu).[10]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Anon (28 August 2007). "Plough Pose". Yoga Journal.
- ^ Sivananda Saraswati (June 1985). Health and hatha yoga. Divine Life Society. m/s. 128. ISBN 978-0-949027-03-0.
- ^ Sjoman 1999, m/s. 72.
- ^ a b Iyengar 1979, m/s. 216–219.
- ^ Sjoman 1999, m/s. 88, 92.
- ^ Sinha, S. C. (1996). Dictionary of Philosophy. Anmol Publications. m/s. 18. ISBN 978-81-7041-293-9.
- ^ "Halasana". Yoga Journal (dalam bahasa Inggeris): 7. February 1983. ISSN 0191-0965.
- ^ Robin, Mel (May 2002). A Physiological Handbook for Teachers of Yogasana (dalam bahasa Inggeris). Wheatmark. m/s. 516. ISBN 978-1-58736-033-6.
- ^ Robin, Mel (2009). A Handbook for Yogasana Teachers: The Incorporation of Neuroscience, Physiology, and Anatomy Into the Practice (dalam bahasa Inggeris). Wheatmark. m/s. 835. ISBN 978-1-58736-708-3.
- ^ a b c d Mehta, Mehta & Mehta 1990, m/s. 111–115.
- ^ "Supta Konasana" (dalam bahasa Inggeris). Yogapedia. Dicapai pada 8 February 2019.
Sumber
- Iyengar, B. K. S. (1979) [1966]. Light on Yoga: Yoga Dipika. Unwin Paperbacks. ISBN 978-1855381667.
- Mehta, Silva; Mehta, Mira; Mehta, Shyam (1990). Yoga: The Iyengar Way. Dorling Kindersley.
- Sjoman, Norman E. (1999) [1996]. The Yoga Tradition of the Mysore Palace. Abhinav Publications. ISBN 81-7017-389-2.








