| Bujang Lapok | |
|---|---|
| Pengarah | P. Ramlee |
| Penulis | B. H. Chua P. Ramlee |
| Lakon layar | P. Ramlee |
| Cerita oleh | B. H. Chua |
| Dihasilkan oleh | Run Run Shaw |
| Dibintangi | P. Ramlee S. Shamsuddin Aziz Sattar |
| Sinematografi | A. Bakar Ali |
| Muzik oleh | Kassim Masdor P. Ramlee |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Shaw Brothers |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 Minit |
| Negara | Singapura |
| Bahasa | Melayu |
Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu hitam putih yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957 yang diarahkan oleh P. Ramlee.
Sinopsis
Ramli (P. Ramlee), Aziz (Aziz Sattar) dan Sudin (S. Shamsuddin) tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah (Normadiah). Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton (Zaiton Abdullah) pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu (Sri Rahayu Sudarmaji), adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Safiah (Dayang Sofia) yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Safiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Safiah dan Ramli dengan Normah.
Barisan pelakon

Pelakon utama
- P. Ramlee sebagai Ramli
- S. Shamsuddin sebagai Sudin
- Aziz Sattar sebagai Ajis
- Zaiton sebagai Zaiton
- Dayang Sofia sebagai Safiah
- Normadiah sebagai Normah
Turut dibintangi
- Siti Tanjung Perak sebagai mak Zaiton
- Sa'amah sebagai mak Sudin
- Sri Rahayu Sudarmaji sebagai Ayu 20 sen (Adik Zaiton)
- M. Babjan sebagai bapa angkat Safiah
- Shariff Dol sebagai si pemiutang bapa angkat Safiah
- Malek Sutan Muda sebagai pengurus di pejabat
- Kemat Hassan sebagai rakan sekerja Sudin
Pelakon pembantu
- M. Rafiee, Pranee Pramote, Norsiah Yem, Rokiah sebagai pelanggan restoran
- Habibah Harun sebagai adik Rokiah
- Nyong Ismail sebagai Pak Nyong (jiran)
- Minah Yem sebagai isteri Pak Nyong (jiran)
Pelakon tambahan
- Mahmud Hitam & Harun Omar sebagai penduduk kampung
- Makcik Kamariah sebagai mak cik
Penampilan kameo
- Raden Sudiro sebagai Tok Imam (kameo di babak terakhir sebelum filem tamat)
Penerbitan
Bujang Lapok merupakan filem P. Ramlee pertama dengan genre komedi. Beliau memperoleh inspirasi untuk membikin filem ini daripada barisan pelawak Barat seperti The Three Stooges, Laurel and Hardy dan Charlie Chaplin. Dengan itu, beliau memperoleh karya saduran filem Cina daripada B. H. Chua untuk filem Bujang Lapok. Menuruti filem Charlie Chaplin bertajuk The Three Stooges, trio Bujang Lapok serta pelakon utama lain menggunakan nama sebenar mereka dalam filem.
Runut
Nyanyian:
P. Ramlee
- Nak Dara Rindu
P. Ramlee dan Normadiah
- Resam Dunia
Jasni (Aziz Sattar) dan Nen Junainah (Dayang Sofia)
- Manusia
Nona Asiah
- Kampung Nelayan
Jasni Ahmad
- Pengantin Bersanding (pemain di gramafon sahaja dan ada yang dipotong kerana tidak menghabiskan lagu ini)
Penerimaan
Filem ini menerima penerimaan yang baik, dan dengan itu, filem ini kemudiannya disambungkan dengan beberapa sekuel dalam satu siri filem.
Lihat juga
Rujukan
Bibliografi
- Razali, Hidir Ali (2024). "Bermula Sebuah Komedi". P. Ramlee: Tiada Yang Kedua. Kuala Lumpur. m/s. 109–112. ISBN 9789672437871.








