Pranee Pramote | |
|---|---|
| Kelahiran | Prany Pramoth 1934 |
| Meninggal dunia | Mac 2016 (berumur 81–82) Taman Sri Gombak, Selangor, Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 1955–1973 |
| Terkenal kerana | Bujang Lapok |
| Pasangan | Ahmad Kassim |
Pranee Pramote atau nama penuhnya Pranee Pramoth serta nama Islamnya Che Hasnah binti Che Mohamed, merupakan seorang pelakon wanita Singapura. Beliau terkenal watak tambahan sebagai pelanggan restoran dalam filem Bujang Lapok arahan P. Ramlee.[1]
Kehidupan awal dan kerjaya
Watak yang paling menyerlah lakonan beliau adalah filem Bujang Lapok sebagai gadis pisau cukur yang menipu P. Ramlee di kedai kopi.
Seniwati Pranee Pramote dilahirkan di Thailand pada tahun 1934 dengan nama Prany Pramoth. Nama Islamnya adalah Che Hasnah binti Che Mohamed. Filem pertama beliau adalah Kipas Hikmat pada tahun 1955 sebagai penari dan pada tahun yang sama juga beliau terus berlakon dalam filem Empat Isteri, Jubah Hitam, Roh Membela, Penarek Becha, Bernoda dan banyak lagi. Kebanyakan filem-filem lakonannya adalah sebagai penari dan gadis kampung.
Filem terakhir Pranee adalah Bunga Mas keluaran Studio Merdeka pada tahun 1973. Pada tahun 1958, Pranee telah mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Kassim, seorang pemain piano yang kerap bersama orkestra P. Ramlee. (Untuk maklumat anda, Ahmad Kassim yang memainkan piano untuk lagu Getaran Jiwa dalam Antara Dua Darjat) Ahmad Kassim juga adalah anak kepada Seniwati Mak Enon. Ini bermakna Pranee Pramote adalah menantu Mak Enon. Admin pernah interbiu Seniwati Pranee Pramote di rumahnya di Taman Melawati untuk sebuah program TV.[2]
Kematian
Pranee Pramote meninggal dunia di Taman Sri Gombak, Kuala Lumpur pada Mac 2016 di usia 82 tahun.
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1955 | Kipas Hikmat | Penari | Filem pertama, pelakon tambahan |
| Jubah Hitam | Pelakon tambahan | ||
| Roh Membela | |||
| Penarek Becha | |||
| Bernoda | |||
| 1957 | Bujang Lapok | Pelanggan restoran | |
| 1958 | Sumpah Orang Minyak | ||
| 1959 | Musang Berjanggut | Pelakon tambahan | |
| 1960 | Antara Dua Darjat | ||
| 1973 | Bunga Mas | Filem terakhir |








