Dato' Seri Bujang Ulis (12 November 1948-3 Februari 2014) atau Bujang Hadzari Ulis ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri Pendidikan (1984-1987), mantan Timbalan Menteri Perusahaan Utama (1978-1948) dan mantan Ahli Parlimen Simunjan (kini Batang Sadong) selama empat penggal (1978-1990).
Dato' Seri Bujang Ulis | |
|---|---|
| Timbalan Menteri Pendidikan | |
| Dalam jawatan 1984–1987 Berkhidmat with | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Timbalan Menteri Perusahaan Utama | |
| Dalam jawatan 1978–1984 | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Simunjan | |
| Dalam jawatan 1978–1990 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Konstituensi dijenamakan semula kepada Batang Sadong |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 12 November 1948 Simunjan, Sarawak |
| Meninggal dunia | 3 Februari 2014 (66 tahun) Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Kuching |
| Parti politik | |
| Pasangan | Maimunah binti Sebli |
| Anak | 9 orang |
| Bidang pengkhususan | Guru |
Latar Belakang dan Keluarga
Bujang Ulis dilahirkan pada 12 November 1948 (10 Muharam 1368) di Kampung Lintang, Simunjan, Batang Sadong, Sarawak. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 7 orang adik-beradik.
Melangsungkan pernikahan pada 12 November 1977 bersama isteri Datin Maimunah binti Hj Sebli.
Anak-anak
Pasangan ini dikurniakan 9 orang cahaya mata.
PENDIDIKAN
Berikut ialah jadual pendidikan yang diterima oleh Bujang Ulis:
| Bil. | Institusi | Tahap | Tahun |
|---|---|---|---|
| 1. | SK Abang Man, Simunjan | Darjah 1 - 6 | |
| 2. | SMK Simunjan No. 2, Simunjan | Tingkatan 1 - 3 | |
| 3. | SMK Dragon/Tun Abdul Razak | Tingkatan 4 - 5 | |
| 4. | SMB St. Thomas, Kuching | Tingkatan 6 - 6 atas | |
| 5. | Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching | Diploma Perguruan | |
| 6. | Universiti Malaya, Kuala Lumpur | Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) |
PEKERJAAN
| Bil. | Pekerjaan/Jawatan | Agensi | Tahun |
|---|---|---|---|
| 1. | Penolong Kanan | SMK Tun Abang Haji Openg | |
| 2. | Pegawai Pelajaran | Jabatan Pelajaran, Kuching | |
| 3. | Pengetua | SMK Tunku Abdul Rahman, Kuching
SMK Three Rivers |
|
| 4. | Ahli Parlimen Batang Sadong | ||
| 5. | Timbalan Menteri | Kementerian Perusahaan Utama
Kementerian Pelajaran |
Penglibatan Selain Politik
Beliau merupakan seorang pelajar dan mahasiswa yang aktif dalam pelbagai bidang. Antaranya:
- Mewakili Daerah Simunjan bagi pertandingan Tilawah al-Quran.
- Menyertai pasukan debat di SMK St. Thomas.
- Menyertai Angkatan Nahdatul Islam Bersatu (BINA) - kini dikenali sebagai HIKMAH.
Tragedi Villa Setiakasih 1998
Villa Setiakasih iaitu kediaman Bujang Ulis sekeluarga telah musnah dalam satu kebakaran pada 27 Januari 1998 (28 Ramadan 1418H). Lebih kurang 90% Villa Setiakasih musnah akibat daripada kebakaran tersebut yang disyaki berlaku disebabkan litar pintas.
Kejadian dianggarkan bermula pada jam 11.00 malam, ketika majoriti ahli keluarga sudah tidur. Anak sulungnya berada di dapur membuat kuih sempena persiapan menjelang hari raya Aidilfitri. Walau bagaimanapun, satu bahagian pada Villa Setiakasih (tidak dapat dipastikan) disedari oleh anak keduanya, yang terjaga dari tidur kerana mengesyaki ada sesuatu yang mengganggu, terus menuju ke bilik tidur utama untuk mengejutkan yang lain. Mereka memanggil ahli keluarga lain dan keluar menyelamatkan diri. Maimunah Sebli sedang mengendong anak ke-7 yang baru berusia 5 bulan.
Jiran-jiran turut datang membantu menyelamatkan mana-mana harta benda yang berada di luar rumah. Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat juga tiba di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. Semua bahagian Villa Setiakasih musnah kecuali bahagian dapur lama.
Lebih menyedihkan, dua anak beliau iaitu Faten Amanina (12) dan Fatin Nabiha (10) tidak dapat diselamatkan dalam kebakaran tersebut. Mayat mereka ditemukan pada keesokan harinya dan dikebumikan dalam satu liang lahad pada 28 Januari 1998 di Tanah Perkuburan Semariang, Petra Jaya, Kuching.
Selepas tragedi itu, Bujang Ulis tidak lagi membina rumah di tanah yang sama sebaliknya membawa keluarganya berpindah ke Kampung Semariang, Jaya, Petra Jaya yang terletak di sebelah Tanah Perkuburan Semariang.
Beliau juga tidak pernah terlepas menziarahi kubur anak-anaknya kecuali jika tidak berada di Kuching atau Simunjan. Bujang Ulis berbuat demikian sehingga hari terakhir sebelum beliau meninggal dunia pada 3 Februari 2014.
Meninggal dunia
Pada 3 Februari 2014,meninggal dunia di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya, Sarawak. Anak sulungnya memaklumkan arwah bapanya sempat menonton televisyen di dalam bilik sebelum rebah di pangkuan ibunya. Setengah jam kemudian ambulans tiba dan mengesahkan ayah sudah tiada. Ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit. Jenazah bapanya dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Semariang.
Antara yang sempat melawat jenazah ialah bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Ahmad Urai Abang Muhideen dan bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Jamil Johari.Selain itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera), Datuk Naroden Majais; Menteri Muda Pembangunan Belia dan Perumahan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. [1]








