Cai Lun | |
---|---|
蔡伦 | |
![]() Cetakan era Dinasti Qing yang menggambarkan Cai sebagai patron kepada pembuatan kertas, kurun ke-18[a] | |
Kelahiran | s. 50–62 CE Komanderi Guiyang (桂阳郡), Empayar Han (kini Leiyang, Hunan) |
Meninggal dunia | 121 CE (umur 59–71) Luoyang, Empayar Han |
Pekerjaan | Pegawai istana kasim
Jawatan di istana
|
Terkenal kerana | Pembangunan kertas dan pembuatan kertas |
Cai Lun | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() Nama Cai dalam aksara Cina tradisional (atas) dan ringkas (bawah) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 蔡倫 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 蔡伦 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jingzhong (nama timangan) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 敬仲 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 敬仲[4] | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Cai Lun (Cina: 蔡伦; nama timangan: Jingzhong (敬仲); s. 50–62 – 121 M), dahulunya diromanisasikan sebagai Ts'ai Lun, ialah seorang pegawai kasim di istana semasa Dinasti Han Timur. Beliau memainkan peranan penting dalam sejarah kertas melalui penambahbaikan dalam penggunaan pulpa dari kulit pokok dan sisa guni rami yang membawa kepada penghasilan kertas secara besar-besaran dan penyebarannya ke seluruh dunia. Walaupun secara tradisional dianggap sebagai pencipta kertas, bentuk awal kertas telah wujud sejak kurun ke-3 SM, maka sumbangan Cai lebih kepada inovasi berbanding penciptaan asal.
Cai dilahirkan di Komanderi Guiyang (桂阳郡) (kini Leiyang), dan tiba di istana diraja di Bandar Lama Luoyang sekitar tahun 75 M. Di sana beliau berkhidmat kepada Maharaja Ming dari Han sebagai penghulu istana, kemudian menjadi Xiao Huangmen, utusan maharaja kepada Maharaja Zhang dari Han. Dalam membantu Puan Dou menaikkan anak angkatnya sebagai Putera Mahkota, Cai menyoal siasat Gundik Song dan adiknya, yang akhirnya membunuh diri. Selepas Maharaja He dari Han naik takhta pada 88 M, beliau dilantik ke dua jawatan tertinggi kasim: Zhongchang shi (中常侍), penasihat politik maharaja, dan juga Shangfang Ling, penyelia bengkel istana yang mengendalikan pengeluaran alat dan senjata.
Walaupun Maharaja He berjaya melakukan kudeta terhadap keluarga Dou pada tahun 92 M, Cai tidak terjejas oleh kejatuhan sekutunya. Kuasa dan tanggungjawabnya dalam Bengkel Istana semakin meningkat; beliau kini bertanggungjawab terhadap penghasilan senjata upacara, yang menurut Hou Hanshu, dihasilkan dengan mutu kerja yang sangat tinggi dan menjadi contoh untuk generasi akan datang.
Namun, sumbangan terbesar Cai adalah pada tahun 105 M, apabila beliau memperkenalkan kaedah baru dalam proses pembuatan kertas dengan menggunakan kulit pokok, sisa guni rami, kain lusuh, dan jala ikan. Kertas baharu ini dengan cepat menggantikan lidi buluh dan papan kayu yang digunakan sebelum ini, dan Cai mendapat kemasyhuran serta kekayaan di seluruh empayar.
Pada tahun 110 M, Deng Sui, yang ketika itu menjadi permaisuri pemangku kepada Maharaja An dari Han, melantik Cai untuk menyelia 100 orang sarjana dalam penyusunan edisi baharu Lima Klasik. Pada tahun 114 M, beliau dianugerahkan dengan gelaran marquis dan dilantik sebagai tuan tanah di Longting, Yangxian 龙亭镇 (洋县), sebuah kampung kecil.
Namun, selepas kematian sekutunya Deng pada tahun 121 M, beliau diarahkan menghadap ke Kementerian Kehakiman kerana penglibatannya dalam kematian nenek maharaja, Gundik Song. Malu dengan nasibnya dan menjangkakan hukuman mati, Cai membunuh diri pada tahun tersebut dan meninggal dunia di ibu kota, tempat beliau berkhidmat hampir sepanjang hidup dewasanya.
Inovasi Cai dalam pembuatan kertas dianggap sebagai antara yang paling berpengaruh dalam sejarah peradaban manusia. Dalam kalangan pencipta Empat Penemuan Besar China iaitu kompas, serbuk letupan, pencetakan dan pembuatan kertas, beliau satu-satunya tokoh yang namanya masih dikenali. Di China, beliau dihormati melalui pemuliaan nenek moyang, dianggap sebagai dewa pembuatan kertas dan turut muncul dalam cerita rakyat Cina. Bandar asalnya di Leiyang kekal sebagai pusat aktif pengeluaran kertas.
Sumber
Sumber utama mengenai Cai Lun ialah kira-kira 300 aksara dalam jilid ke-78 Hou Hanshu (後漢書; Sejarah Dinasti Han Akhir), sebuah karya sejarah rasmi yang disusun oleh ahli sejarah dan ahli politik Dinasti Liu Song, Fan Ye.[6] Tsien Tsuen-hsuin, seorang sinologis moden, menyatakan bahawa meskipun catatan Fan merupakan yang paling lengkap, ia juga bermasalah kerana ditulis hampir 300 tahun selepas kematian Cai.[7] Sumber utama yang digunakan Fan adalah Dongguan Hanji (東觀漢記; Catatan Sejarah Han Timur) abad ke-2,[8] yang dikatakan mengandungi biografi Cai Lun hasil tulisan Yan Du.[9] Namun, catatan Yan yang ringkas hanya sekitar 70 aksara dan hanya wujud dalam bentuk yang dibina semula daripada naskhah asal yang telah hilang.[7]
Satu lagi sumber lebih lama ialah sebutan ringkas oleh sarjana abad ke-3, Dong Ba (Cina: 董巴),[10] yang dikutip dalam ensiklopedia leishu abad ke-10 Taiping Yulan (Pembacaan Zaman Taiping).[10][b]
Buku sejarah kemudian, seperti karya zaman Dinasti Song bertajuk Shiwu Jiyuan (事物紀原); Asal Usul Benda dan Peristiwa), turut menyebut peranan Cai dalam penciptaan kertas.[11] Namun, beberapa karya sejarah utama seperti Annals of the Later Han dan Zizhi Tongjian (Cermin Komprehensif untuk Membantu Pemerintahan) tidak menyentuh tentang pencapaian beliau dalam pembuatan kertas.[11][c] T. H. Barrett, seorang sinologis, mencadangkan bahawa ini kerana “Cai Lun hanyalah seorang eunuch istana, golongan yang biasanya tidak disenangi oleh birokrat rasmi yang menguasai penulisan sejarah.”[11]
Kehidupan dan kerjaya
Kelahiran dan latar belakang
Cai Lun dilahirkan di Komanderi Guiyang (桂阳郡; kini Leiyang, wilayah Hunan)[12][‡ 1] dalam era Dinasti Han Timur (25–220 M).[13][d] Tarikh lahir sebenar beliau tidak diketahui; anggaran termasuk sekitar tahun s. 50,[14] s. 57,[15] dan s. 62.[16][e] Selain diketahui berasal dari keluarga miskin, hampir tiada maklumat tentang kehidupan awalnya.[19] Kawasan Guiyang ketika itu merupakan wilayah selatan yang banyak didatangi imigran Han China bagi menanam padi.[20] Legenda menyatakan terdapat kolam berhampiran rumahnya, dan di selatannya terdapat lesung batu yang kemudiannya digunakan Cai untuk membuat kertas.[21]
Perkhidmatan awal di istana
Tidak diketahui bagaimana Cai mula berkhidmat di istana kekaisaran di Luoyang Lama (kini Luoyang, wilayah Henan), yang terletak jauh dari kampung halamannya.[17] Menurut Hou Hanshu, beliau mula bertugas pada penghujung era Yongping (58–75) di bawah pemerintahan Emperor Ming.[22][‡ 2]
Wilayah asal Guiyang ketika itu dikenali mempunyai lombong besi,[23] maka bekas pengarah Muzium Kertas Tokyo, Kiyofusa Narita, berpendapat mungkin beliau mendapat peluang ke istana melalui hubungan dengan pengendali peleburan besi tempatan.[24] Ini juga berkait dengan pelantikannya kelak sebagai penyelia bengkel senjata kekaisaran.[24] Jika dongeng-dongeng mengenai beliau ada kebenarannya, mungkin juga kebijaksanaannya dalam muslihat memberi kelebihan memperoleh jawatan di istana.[25]
Pada tahun 75 M, beliau telahpun seorang eunuch, walaupun mungkin telah bertugas lebih awal.[26] Menurut Rafe de Crespigny, ini mungkin sejak awal tahun 70-an.[17] Di bawah Dinasti Han, hanya para eunuch boleh menjalankan tugas tertentu seperti menjaga harem kekaisaran atau urusan rumah tangga istana, dan ada jawatan tertentu hanya terbuka untuk mereka.[27] Peranan awal Cai mungkin sebagai pengantara antara majlis rahsia dan maharaja, setanding dengan jawatan chamberlain.[20]
Sekitar tahun 80 M, semasa era Jianchu (76–84) di bawah Emperor Zhang, beliau dinaikkan ke jawatan Xiao Huangmen (小黄門; “Penjaga Pintu Kuning”).[22][‡ 3] Jawatan ini berpendapatan 600 dan (unit bijirin) setahun, dan bertanggungjawab menyampaikan pesanan antara kediaman istana dan mahkamah luar.[28]
Politik istana dan bengkel kekaisaran
Sejak 82 M, Liu Qing, anak kepada Consort Song, telah dilantik sebagai Putera Mahkota hasil sokongan Permaisuri Ma.[29] Namun selepas kematian Ma pada 79 M, Dou menjadi permaisuri dan mengangkat Putera Zhao sebagai anak angkatnya untuk menjadikannya pewaris.[30] Ketika Consort Song jatuh sakit, Dou menuduhnya mengamalkan sihir untuk menentang Maharaja.[31] Cai diarahkan untuk menyoal siasat Song dan adiknya hingga kedua-duanya membunuh diri.[32] Lalu, Maharaja menggantikan Liu Qing dengan Putera Zhao sebagai pewaris takhta.[29]
Selepas Zhao menjadi Emperor He, Dou mengawal kerajaan sebagai ibu permaisuri, melantik saudara-saudaranya ke jawatan tinggi. Dou Xian mengangkat Cai sebagai Zhongchang shi (中常侍; “Penjawat Tetap”) kerana kesetiannya.[33] Jawatan ini berpendapatan 2,000 dan dan merupakan jawatan eunuch tertinggi ketika itu.[28] Menurut Hou Hanshu, beliau digambarkan sebagai jujur, berhati-hati dan cekap.[34]
Pada tahun 88 atau 89 M, Cai turut dilantik sebagai Shangfang Ling (尚方令; “Pengarah Bengkel Istana”), bertanggungjawab mengendalikan penghasilan senjata dan alat rasmi.[35][‡ 4] Walaupun gaji rasmi jawatan ini hanya 600 dan, ia ditambah kepada 2,600 apabila digabungkan dengan jawatan sebelumnya.[36]
Pada 92 M, apabila Maharaja He menggulingkan keluarga Dou melalui rampasan kuasa, Cai tidak terjejas meskipun pernah bersekutu dengan mereka.[17] Pada 97 M, bidang tugas beliau diperluaskan kepada penghasilan senjata upacara. Hou Hanshu memuji hasil kerja beliau sebagai teliti dan menjadi contoh untuk generasi seterusnya.[37]
Inovasi pembuatan kertas

Pada tahun 105 M, Cai Lun mengumumkan bahawa beliau telah mencipta komposisi dan kaedah baru untuk membuat kertas.[38] Penulisan sudah lama wujud di China menggunakan papan kayu dan buluh sebagai medium, yang berat dan sukar ditulis.[39] Selepas Meng Tian mencipta berus penulisan sekitar abad ke-3 SM, sutera dan kain digunakan tetapi terlalu mahal.[39] Ketika itulah Cai memperkenalkan kaedah menggunakan pulpa (kertas) daripada kulit kayu, sisa rami, kain buruk, dan jala ikan, selain buluh.[40]
Bahan-bahan ini direbus dan dihancurkan menjadi pulpa sebelum dicampur dalam air. Campuran ini ditapis menggunakan penapis kayu, dan selepas air disalirkan, kepingan kertas dibiarkan kering.[15] Kertas yang dihasilkan dikenali sebagai "kertas Tuan Cai" (蔡侯纸).[41] Proses ini diterangkan dalam Hou Hanshu:
自古書契多編以竹簡,其用縑帛者謂之為紙。縑貴而簡重,並不便於人。倫乃造意,用樹膚、麻頭及敝布、魚網以為紙。元興元年奏上之,帝善其能,自是莫不從用焉,故天下咸称蔡侯紙。
Sejak dahulu tulisan biasanya dibuat atas batang buluh atau kain sutera, yang dikenali sebagai chih. Namun sutera mahal dan buluh berat, menjadikannya tidak praktikal. Cai Lun mencetuskan idea membuat kertas dari kulit pokok, sisa rami, kain buruk dan jala ikan. Beliau mempersembahkan proses itu kepada maharaja pada tahun pertama Yuanxing [105 M] dan dipuji atas kebolehannya. Sejak itu, kertas digunakan secara meluas dan dikenali sebagai "kertas Tuan Cai".— Hou Hanshu 78/68:2513–14[‡ 5]
Peninggalan dan penghormatan
Kertas hasil inovasi Cai Lun segera menggantikan batang buluh dan papan kayu yang digunakan sebelum itu. Penggunaan meluas ini menyumbang kepada perkembangan pendidikan dan kebudayaan, serta penyebaran ilmu pengetahuan ke seluruh dunia. Pada tahun 110 M, Deng Sui melantik beliau untuk mengetuai 100 sarjana menyusun semula Lima Klasik.[42]
Sebagai ganjaran atas jasanya, beliau dianugerahkan gelaran marquis dan diberikan tanah di Longting (龙亭镇).[9] Namun apabila Deng mangkat pada 121 M, beliau diarahkan ke Kementerian Kehakiman berhubung penglibatannya dalam kematian Permaisuri Song. Menyedari kemungkinan dijatuhi hukuman mati, Cai membunuh diri pada tahun itu.[43]
Walaupun hanya satu daripada Empat Penciptaan Besar China iaitu kompas, serbuk letupan, pembuatan kertas, dan cetak blok yang diketahui penciptanya, Cai Lun kekal sebagai tokoh dikenali.[41] Di China, beliau dipuja sebagai dewa kertas dan kekal sebagai tokoh utama dalam cerita rakyat China serta penyembahan nenek moyang. Tanah kelahirannya di Leiyang masih merupakan pusat pengeluaran kertas hingga kini.
Legenda Asal-usul
Terdapat pelbagai legenda berkenaan ilham kepada ciptaan Cai Lun; antara yang paling terkenal menyatakan bahawa Cai mendapat inspirasi dengan memerhati tawon kertas membina sarang mereka.[44] Tsien pula mencadangkan bahawa beliau terinspirasi oleh penduduk kampung halamannya yang menggunakan kulit pokok murbei untuk menghasilkan kain sebagai medium penulisan.[45] Tanpa mengira asal-usul sebenar, pada tahun 105 M, proses pembuatan kertas baharu oleh Cai telah menarik perhatian Maharaja He dan mengangkat namanya di seluruh empayar.[46]
Tahun-tahun Akhir dan Kematian
Selepas lapan bulan pemerintahan Maharaja Shang dari Han, pada tahun 106 M takhta disandang oleh Maharaja An dari Han yang berusia 13 tahun, dengan Permaisuri Janda Deng menjadi pemangku kuasa.[47] Cai Lun dan Zheng mengekalkan pengaruh dalam istana Deng.[48]
Pada tahun 110 M, Deng mengumpulkan lebih 100 orang sarjana, termasuk Liu Zhen (Dinasti Han Timur) 劉珍 (東漢), Liu Taotu (劉騊駼) dan Ma Rong di Pavilion Timur istana untuk menyemak dan menyusun semula versi rasmi Lima Klasik. Cai dilantik untuk menyelia projek ini.[49]
Pada tahun 114 M, beliau dianugerahkan gelaran marquis dan dikurniakan wilayah Longting, Shaanxi 龙亭镇 (洋县), iaitu sebuah perkampungan kecil berisi 300 keluarga.[50]
Tidak lama selepas itu, Zheng meninggal dunia dan Cai menggantikannya sebagai ketua rumah tangga Permaisuri Janda Deng.[51]
Selepas kematian Deng pada tahun 121 M, Maharaja An memegang kuasa penuh tetapi pengaruh istana didominasi oleh Yan Ji dan adik-beradiknya.[52] Maharaja yang masih ingat penglibatan Cai dalam kematian neneknya, Selir Song, memerintahkan agar Cai melapor diri ke Kementerian Kehakiman (China imperial) untuk dibicarakan.[53] Enggan menanggung malu, Cai Lun mandi, mengenakan pakaian rasmi dan membunuh diri dengan meminum racun.[54]
Legasi
Pengaruh Global
Penilaian Sejarah
Penemuan arkeologi moden membuktikan bahawa pelbagai bentuk awal kertas telah wujud di China seawal abad ke-3 SM.[55][efn 1] Namun begitu, penemuan ini tidak menafikan sumbangan besar Cai Lun.[56]
Menurut sarjana Tsien Tsuen-hsuin, istilah zào yì (造意) yang digunakan dalam biografi lama Cai boleh ditafsirkan sebagai "memulakan idea", menunjukkan bahawa beliau menyempurnakan proses sedia ada dengan menambah bahan penting.[57] Malah, beliau dianggap orang pertama yang menggunakan kulit pokok dan hamp sebagai bahan asas untuk kertas.[58] Justeru, walaupun bukan pencipta asal mutlak, para ilmuwan bersetuju bahawa Cai telah menyempurnakan teknik pembuatan kertas dan menjadikannya praktikal serta meluas penggunaannya.[59][efn 2]
Memandangkan sumbangannya begitu penting dalam penyebaran ilmu dan komunikasi, tradisi tetap menisbahkan penciptaan kertas kepada Cai Lun.[60]
Terdapat juga spekulasi bahawa Cai hanyalah penaung kepada inovasi tersebut dan mengambil kredit dari orang lain, sama seperti Feng Dao dalam teknologi percetakan.[61]
Penyebaran Kertas

Penambahbaikan oleh Cai terhadap proses pembuatan kertas sangat besar impaknya terhadap sejarah manusia, kerana ia mempercepat penyebaran sastera dan ilmu pengetahuan serta kemajuan komunikasi global.[62][63]
Walau bagaimanapun, beliau hanya dikenali secara sederhana di luar Asia Timur dan jarang disebut dalam ensiklopedia Barat.[64] Sejarawan Thomas Francis Carter membandingkan beliau dengan Johannes Gutenberg, menyifatkan mereka sebagai "ayah dan anak rohani".[65]
Dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History (1978), Michael H. Hart meletakkan Cai di tangga ke-7, mengatasi tokoh seperti Gutenberg, Christopher Columbus, Albert Einstein dan Charles Darwin.[66] Pada tahun 2007, majalah Time menyenaraikan beliau antara pencipta terbaik sepanjang zaman.[67]
Selepas usaha Cai pada tahun 105 M, seorang pembuat kertas terkenal bernama Zuo Bo dipercayai mungkin anak murid beliau yang mempertingkatkan proses tersebut sekitar tahun 150 M atau sedikit lewat semasa Dinasti Han.[68]
Prinsip asas yang diperkenalkan oleh Cai tidak banyak berubah sejak itu, dan proses tersebut merebak ke seluruh China.[69] Menurut legenda, sami Buddha bernama Damjing membawa teknik itu ke Jepun, meskipun belum disahkan secara sejarah. Beliau dihormati di Jepun sebagaimana Cai dihormati di China.[70]
Menjelang tahun 600-an, proses pembuatan kertas telah tersebar ke Turkestan, Korea, dan India,[71][efn 3]</ref> manakala tawanan perang China dalam Pertempuran Talas menyebarkan ilmu itu kepada orang Arab di Khilafah Abbasiyah.[72]
Tidak seperti banyak ciptaan China lain yang kemudiannya juga muncul secara bebas di Eropah Barat, proses pembuatan kertas adalah hasil inovasi asli China yang kemudiannya menyebar ke Barat melalui dunia Arab. Ia mula dikilang secara meluas di Eropah menjelang abad ke-12.[73]
Pada 2 Ogos 2010, Kesatuan Astronomi Antarabangsa memberi penghormatan kepada warisan Cai dengan menamakan sebuah kawah di Bulan sebagai Cai Lun.[74]
Pengaruh di China
Cerita Rakyat
Walaupun kehidupan peribadi Cai tidak banyak diketahui, terdapat kisah rakyat popular yang mendakwa beliau merupakan seorang pekedai dan penipu licik yang berkahwin serta mempunyai seorang adik lelaki, walaupun tiada pengesahan sejarah mengenainya.[75] Menurut kisah itu, selepas Cai menambah baik kaedah pembuatan kertas, permintaan terhadap produk tersebut rendah dan beliau mempunyai lebihan kertas yang semakin bertambah.[76] Maka, Cai dan isterinya merancang satu helah untuk meningkatkan jualan, mereka memberitahu penduduk bahawa kertas akan berubah menjadi wang di alam akhirat jika dibakar.[77]
Dalam versi paling popular cerita ini, Cai Mo dan Hui Niang, adik dan ipar perempuan Cai Lun mengambil peranan sebagai watak utama menggantikan Cai dan isterinya.[78] Hui berjaya meyakinkan Cai Mo untuk mempelajari cara membuat kertas dari adiknya, namun dalam masa tiga bulan hasil buatan mereka terlalu berkualiti rendah untuk dijual.[79] Untuk mengatasi masalah ini, Hui berpura-pura mati, dan Cai Mo berdiri di sisi kerandanya sambil meratap dan membakar wang sebagai penghormatan.[80] Apabila jiran-jiran datang menziarah, Hui melompat keluar dari keranda dan mendakwa wang yang dibakar telah dihantar kepadanya di alam akhirat, dan dia menggunakannya untuk membayar roh supaya membawanya kembali ke dunia.[81] Jiran-jiran mempercayai cerita itu dan segera membeli kertas dalam jumlah besar.[82][efn 1] Walaupun cerita ini bersifat rekaan, perbuatan meratap kuat dan membakar persembahan memang lumrah dalam budaya China.[83][efn 2]
Pendewaan dan Peringatan
Daripada empat Penemuan Hebat China iaitu kompas, serbuk letupan, pembuatan kertas dan percetakan hanya pencipta kertas, Cai Lun, yang dikenali secara nama.[84] Selain itu, berbanding penemuan lain seperti berus tulis dan dakwat, sejarah kertas paling lengkap didokumenkan dalam sumber sastera.[85]
Selepas kematian beliau pada tahun 121 M, sebuah kuil dan makam dibina di kampung halamannya tetapi kemudian rosak akibat banjir dan nama beliau hampir dilupakan.[86] Semasa awal Dinasti Tang, ramai wira kebangsaan diangkat menjadi dewa, seperti Li Bai sebagai dewa arak dan Guan Yu sebagai dewa perang. Cai turut dimuliakan sebagai dewa nasional pembuatan kertas.[87]
Beliau juga dianggap penaung kepada para pembuat kertas. Gambarannya sering dilukis atau dicetak pada kilang dan kedai kertas bukan sahaja di China, malah juga di Jepun.[88] Pada tahun 1267, seorang lelaki bernama Chen Tsunghsi mengumpul dana untuk membaik pulih kuil tersebut dan menambah patung serta mausoleum untuk Cai Lun.[89] Chen berkata bahawa "bakat luar biasa dan pencapaian Cai Lun menjadi teladan sepanjang zaman."[90]
Sebuah lesung batu yang dikatakan digunakan oleh Cai untuk membuat kertas mungkin telah dibawa ke mausoleum itu, walaupun ada sumber lain menyatakan ia dibawa ke Muzium Diraja di ibu kota Lin'an.[91] Satu upacara besar telah diadakan untuk pembukaan mausoleum baharu tersebut, namun ia runtuh semula dan dipulihkan pada tahun 1955.[92] Kini, kuil tersebut masih berdiri di Leiyang sebagai Kuil Cai Lun (蔡侯祠) berdekatan kolam yang dinamakan semula sebagai "Kolam Cai Lun".[93]
Semasa Dinasti Song, Fei Chu (fl. 1265) menyatakan terdapat kuil di Chengdu yang dikunjungi ratusan keluarga pembuat kertas untuk menyembah Cai.[94]

Menjelang akhir Dinasti Qing, para pembuat kertas menubuhkan kumpulan keagamaan dikenali sebagai "persatuan wang roh" (神福帮; shenfubang) atau "persatuan Cai Lun" (蔡伦会; Cai Lun hui).[95] Pada tahun 1839, persatuan shenfubang dari Yingjiang menyaman kumpulan dari Macun dan Zhongxing di Daerah Jiajiang, Sichuan.[96]
Pertikaian bermula apabila kumpulan dari Yingjiang mendakwa bahawa patung Cai yang mereka bawa keliling daerah setiap tahun memberikan mereka hak upacara tertinggi. Mereka menuntut bayaran dan penyertaan dari Macun dan Zhongxing. Kedua-dua kampung menolak dan mendakwa mereka telah lama menyembah Cai. Perselisihan itu semakin memuncak hingga dibawa ke mahkamah.[97]
Pegawai daerah menegur kedua-dua pihak dengan berkata: "Tidakkah kamu semua sedar bahawa kamu hidup kerana Tuhan Cai yang mengajarkan seni membuat kertas? Bukankah kamu semua murid Tuhan Cai yang sepatutnya berkongsi manfaat ini bersama?"[98]
Pada abad ke-21, Leiyang masih dikenali sebagai tempat kelahiran Cai dan industri kertas masih aktif di sana.[99] Makam tradisionalnya kini menjadi sebahagian daripada Muzium Budaya Kertas Cai Lun di Longting, Hanzhong, Wilayah Shaanxi.[100] Di China moden, nama Cai sering dikaitkan dengan kertas,[101] dan menjadi nama kepada sekurang-kurangnya lima jalan: Jalan Cai Lun di Pudong, Shanghai;[102] Jalan Cai Lun di Daerah Minhang, Shanghai;[103] Jalan Cai Lun di Daerah Fuyang, Hangzhou, Zhejiang;[104] Persimpangan Jalan Cai Lun Timur di Weiyang, Xi'an;[105] dan Jalan Cai Lun di Daerah Yaohai, Hefei, Anhui.[106]
- II
-
1
-
2
-
3
-
4
-
5
Rujukan
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cai Lun |
- Hart,Michael H, 1978, 100 Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah (terjemahan Mahbub Junaidi)
- ^ Tsien 1985, m/s. 108–109. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 108. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Hunter & Hunter 1978, m/s. 51.
- ^ a b de Crespigny 2007, m/s. 27. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 40. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Tsien 1962, m/s. 136. sfn error: multiple targets (4×): CITEREFTsien1962 (help)
- ^ a b Tsien 1962, m/s. 136. sfn error: multiple targets (4×): CITEREFTsien1962 (help)
- ^ Li, Denecke & Tian 2017, m/s. 195–196.
- ^ a b de Crespigny 2007, m/s. 933. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ a b Tsien 1962, m/s. 137. sfn error: multiple targets (4×): CITEREFTsien1962 (help)
- ^ a b c Barrett 2011, m/s. 203.
- ^ Tsien 1985, m/s. 40. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Holdstock 2018, m/s. 101; Provisional Urban Council & Hong Kong Museum of History 1998, m/s. 60.
- ^ Li, Denecke & Tian 2017, m/s. 51.
- ^ a b Day & McNeil 1996, m/s. 122.
- ^ Britannica 2020.
- ^ a b c d de Crespigny 2016, m/s. 176.
- ^ de Crespigny 2007, m/s. 1130. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ Narita 1966, m/s. 1–2. sfn error: multiple targets (8×): CITEREFNarita1966 (help)
- ^ a b Monro 2016, m/s. 57. sfn error: multiple targets (2×): CITEREFMonro2016 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 107; Hunter & Hunter 1978, m/s. 52.
- ^ a b de Crespigny 2007, m/s. 27. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ Poo 2018, m/s. 98; Wagner 2001, m/s. 91.
- ^ a b Narita 1966, m/s. 2. sfn error: multiple targets (8×): CITEREFNarita1966 (help)
- ^ Blake 2011, m/s. 55. sfn error: multiple targets (9×): CITEREFBlake2011 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 40; Hunter & Hunter 1978, m/s. 50.
- ^ Cartwright 2017.
- ^ a b de Crespigny 2007, m/s. 1218. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ a b de Crespigny 2007, m/s. 539. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ de Crespigny 2007, m/s. 160. sfn error: multiple targets (7×): CITEREFde_Crespigny2007 (help)
- ^ Peterson 2000, m/s. 105.
- ^ de Crespigny 2007, m/s. 27; Peterson 2000, m/s. 105.
- ^ de Crespigny 2007, m/s. 27; de Crespigny 2016, m/s. 176.
- ^ de Crespigny 2016, m/s. 177.
- ^ de Crespigny 2007, m/s. 27; Tsien 1985, m/s. 40.
- ^ Bielenstein 1980, m/s. 61.
- ^ de Crespigny 2016, m/s. 176; de Crespigny 2007, m/s. 161.
- ^ Eliot & Rose 2009, m/s. 99.
- ^ a b Hunter & Hunter 1978, m/s. 48.
- ^ Hunter & Hunter 1978, m/s. 52; Tsien 1985.
- ^ a b Tsien 1985, m/s. 295. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 58. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Tsien 1985, m/s. 42. sfn error: multiple targets (13×): CITEREFTsien1985 (help)
- ^ Holdstock (2018). ... m/s. 101.
- ^ Tsien (1985). ... m/s. 4.
- ^ Hunter (1978). ... m/s. 52.; Carter (1925). ... m/s. 3.; Hart (2000). ... m/s. 37.
- ^ de Crespigny (2007). ... m/s. 531, 580.
- ^ de Crespigny (2007). ... m/s. 27.
- ^ de Crespigny (2007). ... m/s. 27.; Hou Hanshu (78/68:2513–14) ()
- ^ Hunter (1978). ... m/s. 52.; Narita (1966). m/s. 12. Missing or empty
|title=
(bantuan); Provisional Urban Council. Hong Kong Museum of History. 1998. m/s. 60.; Hou Hanshu (78/68:2513–14) () - ^ de Crespigny (2016). m/s. 177. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ de Crespigny (2007). m/s. 935. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ de Crespigny (2007). m/s. 27. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ de Crespigny (2007). m/s. 27. Missing or empty
|title=
(bantuan); Hou Hanshu (78/68:2513–14) () - ^ Barrett (2011). m/s. 203. Missing or empty
|title=
(bantuan); Kern (2001). m/s. 89. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 41. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 41, 57. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Kern (2001). m/s. 89. Missing or empty
|title=
(bantuan); Poo (2018). m/s. 120. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ de Crespigny (2007). m/s. 27. Missing or empty
|title=
(bantuan); Holdstock (2018). m/s. 101. Missing or empty|title=
(bantuan); Monro (2016). m/s. 13. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Day, J. (1996). m/s. 122. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Missing or empty|title=
(bantuan); Britannica. 2020.; Monro (2016). m/s. 13. Missing or empty|title=
(bantuan); Tsien (1985). m/s. 4. Missing or empty|title=
(bantuan); Tsien (1962). m/s. 131. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Day, J. (1996). m/s. 122. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Missing or empty|title=
(bantuan); Tsien (1962). m/s. 135. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Eliot, S. (2009). m/s. 99. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Missing or empty|title=
(bantuan); Hart (2000). m/s. 39. Missing or empty|title=
(bantuan); Day (1996). m/s. 122–123. Missing or empty|title=
(bantuan); David (1935). m/s. 115. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 2–3. Missing or empty
|title=
(bantuan); Eliot (2009). m/s. 99. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Hart (2000). m/s. 36. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Carter (1925). m/s. 180. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Hart (2000). m/s. vii. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Time". 2007. Cite magazine requires
|magazine=
(bantuan) - ^ Hunter (1978). m/s. 53. Missing or empty
|title=
(bantuan); Britannica. 2020.; Tsien (1962). m/s. 137. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Hunter (1978). m/s. 53. Missing or empty
|title=
(bantuan); Britannica. 2020. - ^ Hunter (1978). m/s. 53. Missing or empty
|title=
(bantuan); Tsien (1985). m/s. 108. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 3. Missing or empty
|title=
(bantuan); Carter (1925). m/s. 4. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 14. Missing or empty
|title=
(bantuan); Tsien (1985). m/s. 3. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Day (1996). m/s. 122. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ . USGS Astrogeology Science Center. 2010. Missing or empty
|title=
(bantuan); Missing or empty|url=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 55. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 55. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 55. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 55. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 55–56. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 56. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 56. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 57. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Blake (2011). m/s. 57. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 1. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1962). m/s. 136. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 13. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Day, J. (1996). m/s. 123. Unknown parameter
|coauthor=
ignored (|author=
suggested) (bantuan); Missing or empty|title=
(bantuan); Tsien (1985). m/s. 106–107. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 107. Missing or empty
|title=
(bantuan); Carter (1925). m/s. 3. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 13. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 13. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 13. Missing or empty
|title=
(bantuan); Carter (1925). m/s. 3. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Narita (1966). m/s. 13. Missing or empty
|title=
(bantuan); Carter (1925). m/s. 3. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Carter (1925). m/s. 3. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Tsien (1985). m/s. 47. Missing or empty
|title=
(bantuan); Tsien (1985). m/s. 48. Missing or empty|title=
(bantuan) - ^ Eyferth (2009). m/s. 98. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Eyferth (2019). m/s. 208. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Eyferth (2019). m/s. 208. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Eyferth (2019). m/s. 209. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Holdstock (2018). m/s. 101. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Wang (2015). Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ Carter (1925). m/s. 3. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Google Maps". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Google Maps". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Google Maps". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Google Maps". Missing or empty
|url=
(bantuan) - ^ "Google Maps". Missing or empty
|url=
(bantuan)
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/>
yang berpadanan disertakan
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "‡", tetapi tiada tag <references group="‡"/>
yang berpadanan disertakan
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "efn", tetapi tiada tag <references group="efn"/>
yang berpadanan disertakan